Isnin, 6 Disember 2010

INSAN Lahirkan pegawai berpengetahuan


KENINGAU, SABAH: Bengkel Tatatertib siri 4/2010 anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri ( INSAN ) Jabatan Ketua Menteri Sabah bermula pada 29 November hingga 03 Disember 2010 di Kampus

Kepimpinan INSAN di sini, telah berjaya melahirkan anggota perkhidmatan awam yang berkebolehan dalam menyelesaikan hal-hal berkaitan Tatalaku dan Tatatertib Anggota Perkhidmatan Awam Kerajaan Negei Sabah

Bengkel tersebut disertai 17 peserta semuanya pegawai sokongan dan Profesional dari pelbagai Jabatan dan Kementerian.

Seramai 7 Fasilitator yang membentangkan 9 kertas kerja berkaitan dengan Tatatertib dan Peraturan Perkhidmatan Kakitangan Kerajaan . Fasilitator tersebut ialah Datuk Josie Bosi ( Undang-Undang), Encik Saadilah Hj Abdillah ( Imej Diri), Puan Rusnah Kuyung ( Pihak berkuasa Tatatertib) Zulkefli Kasim (SPRM ), Harmidi Zafuan Hashim ( PPPNS ) , Roslan Rampas ( Surcaj Kehingan Harta Kerajaan ) dan En Mohd Jamri Ag Damit( Tindakan Tatertib )

Encik Juraimi Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu selaku Penghulu bengkel, beliau merakamkan ucapan terima kasih bagi pihak semua peserta kepada INSAN dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri kerana mengadakan bengkel tersebut yang pasti telah memberikan banyak pengetahuan kepada para peserta dan berharap peserta bengkel tersebut akan diberi peluang untuk mengikuti bengkel lanjutan dimasa depan

Encik Rileh @ Roslee Karto, Ketua Penolong Pengarah INSAN dalam ucapan penutupan bengkel tersebut berharap para peserta akan dapat merealisasikan pengetahuan yang diperoleh sepanjang bengkel untuk meningkatkan lagi prestasi kerja di jabatan dan kementerian masing-masing. Beliau juga menjelaskan bahawa bengkel lanjutan dijangka akan bermula pada bulan Mac depan dengan pengembilan peserta bengkel siri 1 terlebih dahulu dan siri seterusnya.


Duduk tiga dari kiri, Encik Rileh @ Roslee Karto

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

Senyum (Smile) - Malique Feat. Najwa (w/Dual Language Subs)