Rabu, 24 Mac 2010

Lawatan

Jangan lupa jasa orang tua
- Yunos Ashmat

Gambar: Datuk Ismail Ag Besar( Tengah),puan Sharifah Nurafizah ( Kanan) dan En Yunos Ashmat ( Kiri )

KOTA KINABALU: Seramai 16 pelajar Diploma Pengurusan Ladang UITM Sabah bersama pensyarah, Puan Sharifah Nurafizah Syed Annuar mengadakan lawatan akademik ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri ( SPAN ) di tingkat 3, Wisma MUIS pagi tadi di sini.


Lawatan tersebut sebagai memenuhi keperluan Kursus Human Resources Management pelajar berkenaan

Taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha SPAN menerangkan mengenai Peranan dan Fungsi Suruhanjaya terutamanya dalam bidang pengurusan sumber manusia selama lebih sejam dan diakhiri dengan sesi soaljawab


Semasa sesi soaljawab, beliau menasihatkan pelajar agar tidak hanya berharap semata-mata untuk berkhidmat sebagai anggota perkhidmatan awam sahaja, mereka harus berani menceburi perkhidmatan dalam pelbagai bidang seperti agensi swasta dan bidang perniagaan kerana jawatan dalam perkhidmatan awam terhad

'Bekerja sebagai anggota perkhidmatan awam cukup-cukup makan sahaja tetapi glamourlah’, kata beliau disambut dengan ketawa yang hadir

Beliau juga menarik perhatian pelajar agar tidak melupakan jasa orang tua mereka apabila sudah dikemuncak kejayaan kelak

“ Seorang ayah menjaga kebajikan setiap anak mereka sejak kecil hingga dewasa sekalipun mereka mempunyai anak yang ramai, tak kan kita tidak boleh menjaga kebajikan hanya seorang ayah “. Katanya lagi yang terserlah sifat kebapaan beliau.

Sebelum sesi taklimat, Puan Sharifah Nurafizah Syed Annuar telah diringi oleh Setiausaha SPAN mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi SPAN, Datuk Ismail Ag Besar di tingkat 4,

Puan Sharifah Nurafizah, merakamkan terima kasih kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang sudi menerima lawatan rombongan 15 pelajarnya

Beliau yakin pelajar telah mendapat banyak manfaat daripada taklimat Setiausaha SPAN mengenai fungsi dan peranan khususnya dalam bidang pengurusan sumber manusia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Turut hadir dimajlis tersebut ialah Pn Rusnah Kuyung, Penolong Setiausaha( Kenaikan Pangkat ), Puan Fatimah Materang, Penolong Setiausaha ( Tatatertib),


Puan Hjh Latifah Datuk Ab Titingan, Penolong Setiausaha ( Pembambilan dan Pelantikan ), Cik Nurul Harlijah Hj Osman, Penolong Setiausaha ( Pengesahan Jawatan ), Encik Ag Ibrahim Ag Latif, Penolong Setiausaha ( Pentadbiran dan Kewangan ), Encik Harris Ag Tahir, Penolong Setiausaha ( Pemangkuan ) dan Encik Ag Dzukernain Ag Hassan, Penolong Setiausaha ( Kualiti )


Khamis, 11 Mac 2010

Maulidur Rasul

Gambar: Datuk Ismail (tengah), En Yunos Ashmat( dua dari kanan ),
En Ag Ibrahim,( dua dari kiri), En Jamri ( kanan ) dan Abdurrahman, 5 tahun (kiri sekali)

KOTA KINABLU: Kira-kra 10,000 umat Islam menyertai perarakan Maulidur Rasul bulan lepas diketuai oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Haji Ahmadshah Abdullah diiringi oleh YAB Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri dan beberapa kabinet negeri Sabah yang beragama Islam

Sebanyak 88 kontinjen dari pelbagai peringkat organisasi termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, diketuai oleh Pengerusinya Datuk Ismail Awang Besar dengan diringi oleh Setiausaha, Encik Yunos Hj Ashmat dan Encik Ag Ibrahim Ag Latif, Pengerusi BKI SPAN menyertai perarakan tersebut

Sepanjang jalan raya dari padang merdeka hingga ke dewan Saadah di Wisma Muis sejauh kira-kira dua km dipenuhi oleh umat Islam berumur serendah 5 tahun yang turut serta sebagai bersyukur dan gembira menyambut hari kelahiran nabi Muhamad s.a.w. yang jatuh pada bulan Rabi’ul Awwal setiap tahun

Nabi Muhamad s.a.w.adalah nabi terakhir yang diutus Allah swt, di tengah-tengah masyarakat musyrikin, yang menyembah berhala, berpecah belah, berpuak, zalim, yang kuat menindas yang lemah, yang kaya memeras yang miskin, yang pandai menipu yang bodoh bahkan bertebaran kejahatan di daratan dan di lautan disebabkan amal perbuatan mereka. Nabi s.a.w sebagai pesuruh Allah pada masa itu menjadi idola kepada masyarakat umum di bumi arab dan sekitarnya.


Rasulallah s.a.w.adalah contoh teladan yang sebaik-baiknya bagi manusia, Beliau telah berjaya membawa perubahan yang luar biasa dalam semua bidang dalam masa yang begitu singkat. Islam agama yang dibawa oleh nabi s.a.w.kini berada disetiap penjuru dunia
Gambar: En Yunos Ashmat dan isteri bersama kontinjen SPAN

Dr Haji Muhiddin Yusin dan Datuk Maznah Ghani telah diumumkan sebagai tokoh Maulidur Rasul Sabah tahun 1431H/2010M



Cuti sambil belajar

CUTI HUJUNG MINGGU
DI TIGABU


Gambar kenangan: KK Amir ( Tengah baju biru)

PULAU TIGABU; Didiami sekitar 600 orang yang majoritinya nelayan merupakan antara ribuan destinasi berehat hujung minggu yang sesuai kepada yang minat suasana laut dan jauh dari kesibukan bandaraya.

Pulau seluas 2 jam berjalan kaki mengelilinginya, memang indah dan seronok untuk mereka-mereka yang minat aktiviti scuba

Selain kaya makanan laut yang terdapat disekitarnya, pulau tersebut juga merupakan kawasan penternakan balat putih atau ‘sea cucumber’ untuk eksport.

Kami menaiki bot sewa untuk pergi dan balik dari Kanibongan ke Tigabu memakan masa 3 jam perjalanan. Pada awalnya kami menduga akan mengharungi ombak besar kerana ketika itu masih dalam musim tengkujuh namun sehingga kami mendarat di pulau tersebut keadaan ombak di sepanjang perjalanan biasa-biasa sahaja, demikian juga ketika kami pulang ke Kanibongan di Pitas
En Mohamad di tapak ternakan Sea Cucumber ^

<: Encik Sazali meneliti Sea Cucumber

Dalam lawatan tersebut kami telah disambut dengan gembira dan dialu-alukan oleh masyarakat pulau diketuai oleh Ketua Kampung Encik Amir. Selama 4 hari dan 3 malam kami berada di sana tidak dapat berhubung dengan keluarga di tanah besar kerana tiada stesen pemancar telefon
Makanan seperti ikan, lobster, ketam dan ‘ white sea cucumber’ atau balat putih jauh lebih murah berbanding harga di tanah besar. Rombongan kami tak henti henti memuji nelayan pulau tersebut kerana keenakan lobster dan ikan segar yang mereka miliki

Pulau
tersebut menempatkan sebuah sekolah rendah untuk mendidik seramai kira-kira 100 pelajar tahun satu hingga 6 dan Polis Gerak Am (PGA) juga ditempatkan di pulau tersebut

Selama berada di pulau ini rombongan kami mengadakan beberapa aktiviti agama seperti solat berjemaah dan kuliah subuh serta maghrib
Kiri: Dr Shariman, Kanan: Encik Murshid
menunjukan lobster mereka

Pada sebelah pagi hingga zohor, rombongan kami menggalakkan masyarakat pulau terlibat dalam majlis membaca hadis nabi s.a.w. dan belajar al quran
Selepas asar sebahagian dari rombongan akan menziarahi penduduk dari rumah ke rumah untuk menghubungkan silaturahim dan mengajak mereka untuk turut sama- menjayakan majlis mengimarahkan surau
Sementara pada sebelah malam ahli rombongan dan masyarakat pulau sama-sama belajar dan mengamalkan beberapa adab seperti adab makan, adab tidur, adab masuk masjid dan bangun malam untuk solat tahajud memohon hidayah, kesejahteraan diri, keluarga dan seluruh manusia agar sentiasa mendapat petunjuk dari Allah s.w.t.


Kanan: Hj Said dengan durian lautnya

Satu perkara yang menarik ialah kedai runcit tidak sukar didapati kerana selang beberapa rumah terdapat kedai runcit menjual pelbagai jenis makanan khususnya untuk kanak-kanak malah gula yang sukar diperolehi di sekitar Kota Kinabalu dengan mudah di perolehi disana dengan harga hanya RM2.00 setiap satu kilogram

Ketua Kampung Encik Amir , seorang yang kreatif dan dedikasi, dalam ucapan perpisahan, beliau berharap rombongan seperti ini akan sudi datang semula kerana kehadiran rombongan akan memberi manfaat yang banyak kepada penduduk baik dari segi ekonomi mahupun rohani

Beliau juga berharap kepada masyarakat pulau akan bersatu selepas ini untuk mendirikan solat jumaat dan tidak lagi solat di dua surau yang berasingan untuk mengelakkan solat jumaat tidak sempurna

Antara yang turut dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Pengarah Jabatan Cetak Sabah, Encik Mursid Apong, Dr Shariman, Doktor Pakar HQE Kota Kinabalu, Encik Mohamad, Kementerian Belia dan Sukan(N), Encik Sazali ( Akauntan Negara ) Ustaz Asis ( Pitas), Mohd Khairom ( Swasta), Encik Khamis Kaya ( Guru) dan Hj Said Hj Usman (SPAN)
sebahagian ahli rombongan di atas bot menuju ke Tigabu