Rabu, 28 April 2010

PERSIAPAN AWAL PERHIMPUNAN UMAT ISLAM DI BEAUFORT BERJALAN LANCAR















Menggatal, Kota Kinabalu: Penghantaran pertama buluh atau bamboo berukuran 4 dan 6 kaki panjang seberat dua tan dari Kota Kinabalu telah tiba di Masjid Haji Akhbar Khan di Bingkul Beaufort minggu lepas

Bamboo berkenaan terlebih dahulu akan diproses sebelum digunakan sebagai alas atau lantai khemah yang akan dipasang berhampiran masjid tersebut bagi menampung masyarakat Islam Sabah yang di anggarkan sekitar 10,000 orang akan menghadiri perhimpunan umat Islam Sabah pada 31 Mei hingga 02 Jun 2010 di masjid tersebut

Ketika ini persiapan awal untuk majlis tersebut berjalan lancar dilakukan oleh ahli-ahli masjid dari seluruh Sabah silih berganti setiap hari secara sukarela sejak awal bulan ini.


Menurut sumber, penghantaran bamboo seterusnya berukuran sekitar 10 hingga 15 kaki panjang perlu dilakukan secepat mungkin untuk melicinkan lagi kerja-kerja di tapak perhimpunan tersebut


Selasa, 20 April 2010

Surau Al Ikhlas

HADIAH SEORANG AYAH...!



Surau Al Ikhlas Kg Kapungit; Terletak di tepian bukit menghadap Hospital Queen Elizabeth, kira-kira empat ratus meter dari masjid negeri Kota Kinabalu.

Surau yang diperbuat daripada kayu itu boleh menampung kira-kira dua puluh orang solat berjamaah setiap waktu pada satu masa

Istimewanya, menjelang solat maghrib dan isyak surau ini akan dikunjungi oleh beberapa kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur serendah tujuh tahun lengkap dengan pakaian melayu dan baju kurung tanpa diiringi oleh ibu bapa masing-masing

Ibu bapa yang anak mereka sekecil itu sudah berjinak-jinak dengan surau atau masjid bolehlah berbangga bahawa anak mereka ini akan menjadi anak yang soleh dan solehah meskipun itu bukanlah jaminan anak meraka pasti menjadi orang yang baik suatu hari kelak, namun peratusanya adalah tinggi menjadi insan mulia suatu hari nanti


Terdapat dalam hadith bahawa Rasulullah s.a.w menyarankan ibu bapa supaya menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun mendirikan solah dan merotani anak-anak yang berumur sepuluh tahun jika mereka masih tidak mahu mendirikan solah.


Hazrat Abdullah bin Mas’ud ra. Berkata, “ Awasilah solah anak-anak, didiklah mereka dengan budi pekerti dan tingkah laku yang baik.

Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa memeberi peringatan kepada anak-anak lebih baik daripada mensedekahkan satu saa’ ( bersamaan lebih kurang 3 kg ) gandum

Rasulullah s.a.w. juga bersabda, “ Tidak ada sesuatu pemberian hadiah yang lebih baik daripada seorang bapa kepada anaknya melainkan mengajar budi pekerti yang baik kepada mereka.

Isnin, 5 April 2010




Kasih sayang dorong
saya mencintai Islam
- Stanly Liu







Gambar atas : Puan Suzanne menyerahkan borang pengislaman kpd mentornya ustaz Firdaus untuk disemak sebelum tindakan pendaftaran di JHEAINS ^

Gambar kenangan atas kiri: En Sarudin Ahmad dan Sdr Amir @ Stanly Liu,

Gambar atas kanan: Dr Mohd Kamal bersama Sdr Stanly Liu @ Amir

Tanjung Aru Beach,Kota Kinabalu ( 05 April 2010): Selepas solat maghrib isteri saya beritahu bahawa sekitar jam 8 malam anak sulung kami Firdaus akan datang ke rumah bersama tiga orang tetamu dan seorang dari mereka berhasrat untuk memeluk agama islam.

Puan Suzanne gembira selepas bergelar sebagai wanita Islam >

Tak sampai hati saya meminta isteri menyediakan makan malam untuk tetamu pada malam ini kerana baru sahaja kami meraikan adik bongsu saya sekeluarga yang datang dari Miri.Majlis tersebut membuatkan isteri saya masih keletihan.

Kita ke kedai beli biskut sahaja untuk dihidangkan! Sambil saya keluarkan seekor ikan siakap yang beku sejak dua hari lepas dalam peti sejuk

<>

‘Kalau menantu kita Yati datang sama, bolehlah abang suruh dia masak 'steam'.’ Kata saya membuatkan isteri terdiam dan mengangguk tanda setuju.

Setiba di rumah kelihatan Firdaus sekeluarga bersama 3 wanita bertudung sementara seorang dari mereka saya mengenalinya sebagai isteri kepada guru saya dalam pengajian Syariah Universiti Malaya beberapa tahun lepas.


Setelah diperkenalkan, Puan Suzanne Stephen memaklumkan bahawa dia memang berminat dengan Islam sejak sekian lama dan biasa mengamalkan beberapa ajaran islam tetapi menghadapi pelbagai halangan untuk lebih mengenali islam secara dekat

‘ Abang saya memang sudah Islam dan sudah berkeluarga kini menetap di Kemaman Terengganu’. Katanya

‘ Saya telah lama mempelajari kehidupan islam melalui internet dan pernah menelefon ustaz Firdaus beberapa bulan lepas untuk belajar agama islam setelah mendapatkan nombor telefonnya melalui iklan yang disiarkan dalam akhbar New Sabah Times’. Jelasnya lagi.


Gambar: Pn Suzanne( tudung putih) bersama dua rakan >

Menurut Puan Suzanne, dia kehilangan jejak ustaz Firdaus apabila ustaz berpindah pejabat dari Inanam. Namun dengan kuasa Allah, saya menemui ustaz Firdaus semula pada ahad lepas di Madrasah berdekatan bangunan mahkamah Syariah Kota Kinabalu, ketika beliau mengajar agama.

‘ Saya terkejut dan bersyukur orang yang saya temui ini adalah ustaz Firdaus yang pernah saya hubungi melalui telefon beberapa bulan dahulu’. Katanya

Selepas mendapat penjelasan daripada ustaz Firdaus mengenai islam pada ahad lepas , saya telah membulatkan hati untuk memeluk agama Islam pada hari ini di- hadapan beliau, kata puan Suzanne yang menpunyai sepasang cahaya mata berusia 10 dan 8 tahun

^ Pn Suzanne sebelum mengucap dua kalimah syahadah

Dengan dibimbing oleh ustaz Firdaus Puan Suzanne Stephen telah mengucap dua kalimah syahadah: ‘Asyhadu alla illaha illallah wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah’!. ( Ertinya: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah )

Syukur Alhamdulillah! Saya sekarang beragama Islam! ‘Hati saya lega dan tenang!,’ ujar ibu tunggal berumur 30 tahun itu.

Beliau berasal dari Kuala Penyu dan sekarang sedang membiasakan diri dengan perniagaan dan berharap akan menjadi seorang wanita Islam yang Berjaya dalam bidang tersebut di masa hadapan.

Sementara itu pada petang sabtu, seorang pelajar Master of Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) Encik Stanley Liu dari Beijing China, telah melafazkan kalimah syahadah dalam kereta Encik Sarudin Ahmad.

Encik Sarudin seorang eksekutif di SEDCO, terkejut apabila tiba-tiba En Stanley Liu mengeluarkan sekeping kertas dari kocek bajunya dan berkata: ‘Saksikan bahawa saya mengucap dua kalimah syahadah: Asyhadu alla illaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah’!. (Ertinya: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah )

‘Now I am a Muslim and my name is Amir.’ Kata Stanley Liu gembira.

‘Bagaimana kamu tahu dan boleh mengucap kalimah ini ? ‘ soal En Sarudin. ‘Saya belajar melalui internet, ’ kata Stanly.

Solat magrib dan isyak hari sabtu itu adalah solat yang pertama beliau sebagai pemuda muslim di masjid Pekan Menggatal. Beliau yang merupakan anak tunggal tidak menganuti apa-apa agama sebelum ini.

' Saya dan beberapa rakan akan mendaftarkan keislaman saya di JHEAINS sedikit masa lagi', katanya.

Menurut Stanly Liu, beliau tertarik dengan islam kerana ikatan kasih sayang dikalangan orang islam begitu kuat dan kental

Khamis, 1 April 2010



KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

SUMBER: KOSMO 01 APRIL 2010