Isnin, 5 April 2010




Kasih sayang dorong
saya mencintai Islam
- Stanly Liu







Gambar atas : Puan Suzanne menyerahkan borang pengislaman kpd mentornya ustaz Firdaus untuk disemak sebelum tindakan pendaftaran di JHEAINS ^

Gambar kenangan atas kiri: En Sarudin Ahmad dan Sdr Amir @ Stanly Liu,

Gambar atas kanan: Dr Mohd Kamal bersama Sdr Stanly Liu @ Amir

Tanjung Aru Beach,Kota Kinabalu ( 05 April 2010): Selepas solat maghrib isteri saya beritahu bahawa sekitar jam 8 malam anak sulung kami Firdaus akan datang ke rumah bersama tiga orang tetamu dan seorang dari mereka berhasrat untuk memeluk agama islam.

Puan Suzanne gembira selepas bergelar sebagai wanita Islam >

Tak sampai hati saya meminta isteri menyediakan makan malam untuk tetamu pada malam ini kerana baru sahaja kami meraikan adik bongsu saya sekeluarga yang datang dari Miri.Majlis tersebut membuatkan isteri saya masih keletihan.

Kita ke kedai beli biskut sahaja untuk dihidangkan! Sambil saya keluarkan seekor ikan siakap yang beku sejak dua hari lepas dalam peti sejuk

<>

‘Kalau menantu kita Yati datang sama, bolehlah abang suruh dia masak 'steam'.’ Kata saya membuatkan isteri terdiam dan mengangguk tanda setuju.

Setiba di rumah kelihatan Firdaus sekeluarga bersama 3 wanita bertudung sementara seorang dari mereka saya mengenalinya sebagai isteri kepada guru saya dalam pengajian Syariah Universiti Malaya beberapa tahun lepas.


Setelah diperkenalkan, Puan Suzanne Stephen memaklumkan bahawa dia memang berminat dengan Islam sejak sekian lama dan biasa mengamalkan beberapa ajaran islam tetapi menghadapi pelbagai halangan untuk lebih mengenali islam secara dekat

‘ Abang saya memang sudah Islam dan sudah berkeluarga kini menetap di Kemaman Terengganu’. Katanya

‘ Saya telah lama mempelajari kehidupan islam melalui internet dan pernah menelefon ustaz Firdaus beberapa bulan lepas untuk belajar agama islam setelah mendapatkan nombor telefonnya melalui iklan yang disiarkan dalam akhbar New Sabah Times’. Jelasnya lagi.


Gambar: Pn Suzanne( tudung putih) bersama dua rakan >

Menurut Puan Suzanne, dia kehilangan jejak ustaz Firdaus apabila ustaz berpindah pejabat dari Inanam. Namun dengan kuasa Allah, saya menemui ustaz Firdaus semula pada ahad lepas di Madrasah berdekatan bangunan mahkamah Syariah Kota Kinabalu, ketika beliau mengajar agama.

‘ Saya terkejut dan bersyukur orang yang saya temui ini adalah ustaz Firdaus yang pernah saya hubungi melalui telefon beberapa bulan dahulu’. Katanya

Selepas mendapat penjelasan daripada ustaz Firdaus mengenai islam pada ahad lepas , saya telah membulatkan hati untuk memeluk agama Islam pada hari ini di- hadapan beliau, kata puan Suzanne yang menpunyai sepasang cahaya mata berusia 10 dan 8 tahun

^ Pn Suzanne sebelum mengucap dua kalimah syahadah

Dengan dibimbing oleh ustaz Firdaus Puan Suzanne Stephen telah mengucap dua kalimah syahadah: ‘Asyhadu alla illaha illallah wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah’!. ( Ertinya: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah )

Syukur Alhamdulillah! Saya sekarang beragama Islam! ‘Hati saya lega dan tenang!,’ ujar ibu tunggal berumur 30 tahun itu.

Beliau berasal dari Kuala Penyu dan sekarang sedang membiasakan diri dengan perniagaan dan berharap akan menjadi seorang wanita Islam yang Berjaya dalam bidang tersebut di masa hadapan.

Sementara itu pada petang sabtu, seorang pelajar Master of Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) Encik Stanley Liu dari Beijing China, telah melafazkan kalimah syahadah dalam kereta Encik Sarudin Ahmad.

Encik Sarudin seorang eksekutif di SEDCO, terkejut apabila tiba-tiba En Stanley Liu mengeluarkan sekeping kertas dari kocek bajunya dan berkata: ‘Saksikan bahawa saya mengucap dua kalimah syahadah: Asyhadu alla illaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah’!. (Ertinya: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah )

‘Now I am a Muslim and my name is Amir.’ Kata Stanley Liu gembira.

‘Bagaimana kamu tahu dan boleh mengucap kalimah ini ? ‘ soal En Sarudin. ‘Saya belajar melalui internet, ’ kata Stanly.

Solat magrib dan isyak hari sabtu itu adalah solat yang pertama beliau sebagai pemuda muslim di masjid Pekan Menggatal. Beliau yang merupakan anak tunggal tidak menganuti apa-apa agama sebelum ini.

' Saya dan beberapa rakan akan mendaftarkan keislaman saya di JHEAINS sedikit masa lagi', katanya.

Menurut Stanly Liu, beliau tertarik dengan islam kerana ikatan kasih sayang dikalangan orang islam begitu kuat dan kental

Tiada ulasan:

Catat Ulasan