Isnin, 6 Disember 2010

INSAN Lahirkan pegawai berpengetahuan


KENINGAU, SABAH: Bengkel Tatatertib siri 4/2010 anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri ( INSAN ) Jabatan Ketua Menteri Sabah bermula pada 29 November hingga 03 Disember 2010 di Kampus

Kepimpinan INSAN di sini, telah berjaya melahirkan anggota perkhidmatan awam yang berkebolehan dalam menyelesaikan hal-hal berkaitan Tatalaku dan Tatatertib Anggota Perkhidmatan Awam Kerajaan Negei Sabah

Bengkel tersebut disertai 17 peserta semuanya pegawai sokongan dan Profesional dari pelbagai Jabatan dan Kementerian.

Seramai 7 Fasilitator yang membentangkan 9 kertas kerja berkaitan dengan Tatatertib dan Peraturan Perkhidmatan Kakitangan Kerajaan . Fasilitator tersebut ialah Datuk Josie Bosi ( Undang-Undang), Encik Saadilah Hj Abdillah ( Imej Diri), Puan Rusnah Kuyung ( Pihak berkuasa Tatatertib) Zulkefli Kasim (SPRM ), Harmidi Zafuan Hashim ( PPPNS ) , Roslan Rampas ( Surcaj Kehingan Harta Kerajaan ) dan En Mohd Jamri Ag Damit( Tindakan Tatertib )

Encik Juraimi Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu selaku Penghulu bengkel, beliau merakamkan ucapan terima kasih bagi pihak semua peserta kepada INSAN dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri kerana mengadakan bengkel tersebut yang pasti telah memberikan banyak pengetahuan kepada para peserta dan berharap peserta bengkel tersebut akan diberi peluang untuk mengikuti bengkel lanjutan dimasa depan

Encik Rileh @ Roslee Karto, Ketua Penolong Pengarah INSAN dalam ucapan penutupan bengkel tersebut berharap para peserta akan dapat merealisasikan pengetahuan yang diperoleh sepanjang bengkel untuk meningkatkan lagi prestasi kerja di jabatan dan kementerian masing-masing. Beliau juga menjelaskan bahawa bengkel lanjutan dijangka akan bermula pada bulan Mac depan dengan pengembilan peserta bengkel siri 1 terlebih dahulu dan siri seterusnya.


Duduk tiga dari kiri, Encik Rileh @ Roslee Karto

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

Senyum (Smile) - Malique Feat. Najwa (w/Dual Language Subs)

Khamis, 18 November 2010

Khamis, 3 Jun 2010

Perhimpunan Umat Islam Sabah

31 jamaah dakwah
4 bulan dan 40 hari
dihantar ke pelusuk negeri Sabah


MASJID BINGKUL, BEAUFORT (03JUN2010 ): Tiga puluh satu jamaah dakwah berjaya dibentuk pada hari terakhir Perhimpunan Umat Islam disini kelmarin.

Enam jamaah empat bulan telah diputuskan masing-masing untuk negara India, Bangladesh dan beberapa daerah dalam negeri Sabah sementara dua puluh lima lagi jamaah untuk jangka masa empat puluh hari akan dihantar ke seluruh pelusuk negeri Sabah dan Semenanjung

Datuk Musa bersalaman dengan para peserta ^

Demikian dijelaskan oleh Encik Rosoli, salah seorang badan pemikir pengeluaran jamaah dakwah atau lebih popular dengan panggilan ahli jamaah taskel dari Kota Kinabalu.

Diakhir perhimpunan tersebut beberapa orang ketika ditemui semua melahirkan rasa gembira dan syukur dapat menghadiri perhimpunan tersebut kerana sepanjang tiga hari di sana mereka mendapat suntikan semangat baru untuk terus beramal agar kekal menjadi insan yang beriman dan bertakwa

Menurut encik Abdul Gajer, seorang jurutera awam, nasihat –nasihat yang diterima sepanjang perhimpunan daripada ulama-ulama Malaysia dan luar negara memang benar-benar dapat memujuk jiwa untuk terus sentiasa taat kepada Allah s.w.t.

Encik Iskaharuddin Ahmad pula menjelaskan bahawa nasihat Maulana Qasmi Mohammad Shauket dari India yang turut didengari oleh Ketua Menteri Datuk Musa Aman, memang memberi kesan yang sangat mendalam kepada mereka yang mendengarnya.

“ Nasihat Maulana memang padat dan memuaskan semua orang yang hadir ”. Tambahnya

Encik Mohd Zaid Said, seorang pelajar yang baru menerima tawaran Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politiknik Kota kinabalu, menjelaskan kehadiran Ketua Menteri, di perhimpunan tersebut pastinya telah berjaya menyuntik semangat juang para jamaah dakwah untuk terus cekal dan tabah meneruskan dakwah mereka di seluruh negeri Sabah

“ Kahadiran Ketua Menteri sudah pasti akan menyemarakkan lagi semangat kasih sayang dikalangan umat Islam Sabah khususnya” Jelas beliau lagi.

Perhimpunan tersebut berakhir sebelum zhohor dengan doa keselamatan dan kesejahteraan seluruh umat Islam dan selepas solat zhohor,hadirin berpeluang pula untuk solat jenazah seorang wanita yang dibawa ke tapak perhimpunan untuk disolatkan. Jenazah tersebut adalah ibu kepada salah seorang peserta yang menghadiri perhimpunan tersebut

<>


Selepas makan tengahari, tiga puluh satu jamaah dakwah yang telah dibentuk mula meninggalkan tapak perhimpunan bertolak ke kawasan yang telah ditentukan untuk mereka melaksanakan dakwah seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w yang dituntut keatas setiap umat Islam.

Sementara itu dari sumber Brunei Darussalam, satu rundingan sedang berjalan dengan rakan Islam di Beaufort untuk mendapatkan kebenaran menggunakan tapak perhimpunan yang telah dikosongkan kelmarin untuk digunakan oleh rakan-rakan dari Brunei kerana permit untuk mengadakan perhimpunan di kawasan perindusterian di Brunei telah tidak diluluskan oleh kementerian dalam negeri mereka.

Sekiranya persetujuan diperolehi dari Bingkul Beaufort, perhimpunan umat Islam Brunei akan diadakan di Bingkul bermula lepas subuh sabtu hingga asar ahad ini.

Dianggarkan sekitar 1000 umat Islam Brunei akan menghadiri majlis tersebut yang akan dikendalikan oleh Maulana Qasmi Mohammad Shauket.







Selasa, 1 Jun 2010

Perhimpunan Umat Islam di Beaufort Sabah

Datuk Musa bersama lebih 10 ribu umat Islam di Beaufort


Masjid Bingkul Beaufort , 02 Jun 2010: Lebih 10,000 menghadiri Perhimpunan umat Islam Sabah termasuk Ketua Menteri, Datuk Musa Aman, Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Taufik Datuk Abu Bakar Titingan, Penasihat Sains kepada Ketua Menteri, Datuk Salleh Tun Said, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim dan DSP Mustapha Marof

Perhimpunan yang diadakan setiap dua tahun sekali di Sabah turut dihadiri saudara Islam dari Australia,Indonesia, Brunei, Filifina, Bangladesh, India dan Pakistan

Maulana Qasmi Mohammad Shauket dari India antara lain menasihatkan umat Islam agar sentiasa memantapkan akidah mereka dan menggunakan pelbagai nikmat kurniaan Allah yang mereka miliki untuk berbakti kepada masyarakat khususnya kepada golongan miskin tanpa mengira suku kaum dan agama mereka

Beliau juga menyeru Umat Islam di Malaysia agar terlibat secara langsung dalam menyebarkan keindahan Islam kepada masyarakat dunia kerana umat Islam Malaysia memiliki pakej yang dikehendaki agama untuk disebarkan ke seluruh dunia

Datuk Musa Aman yang datang menaiki Helikopter dalam ucapan beliau merakamkan perasaan gembiranya dan mengalu-alukan kehadiran puluhan ribu umat Islam di perhimpunan tersebut kerana ianya dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara umat Islam di negara ini dengan saudara Islam dari negara lain

“ Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri dan Pusat untuk membantu rakyat tempatan yang miskin tanpa mengira kaum dan agama terutama sekali mereka yang belum memiliki tanah”. Tambah beliau.

Perhimpunan akan berakhir tengahari ini dengan menghantar beberapa jamaah dakwah untuk jangkamasa 4 bulan, 2 bulan dan 40 hari keseluruh daerah di negeri Sabah dan negara luar

Ahad, 30 Mei 2010

PERHIMPUNAN UMAT ISLAM SABAH

MAULANA SHAUKAT
DAN ROMBONGAN TIBA PAGI TADI


KOTA KINABALU( 31 MEI 2010:3.36AM): ROMBONGAN MAULANA SHAUKAT SERAMAI 17 ORANG DARI JOHOR BAHARU TELAH TIBA DI LAPANGAN TERBANG T2, KIRA-KIRA JAM 1.00 PAGI TADI.

SERAMAI 20 ORANG AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR PERHIMPUNAN DENGAN 11 UNIT KENDERAAN BERADA DI LAPANGAN TERBANG MENYAMBUT KETIBAAN MEREKA

ROMBONGAN YANG AKAN MENGENDALIKAN MAJLIS PERHIMPUNAN UMAT ISLAM SABAH INI TELAH DIBAWA UNTUK BEREHAT DI RUMAH KEDIAMAN DR HASBOLLAH DI TAMAN INDAH PERMAI SEPANGGAR.

SEBAHAGIAN DARIPADA ROMBONGAN TERSEBUT AKAN BERTOLAK KE TAPAK PERHIMPUNAN SELEPAS SOLAT SUBUH PAGI INI

SEMENTARA SEBAHAGIANYA AKAN MENYUSUL KEMUDIAN SEBAIK SELESAI MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA SS DATUK MUFTI SABAH

PERHIMPUNAN UMAT ISLAM INI BERTUJUAN ANTARA LAIN MEMOHON KEPADA ALLAH S.W.T. AGAR SETIAP MANUSIA DIKURNIAKAN HIDAYAH SUPAYA KESELURUHANYA BERIMAN DAN BERTAKWA KEPADA ALLAH S.W.T. SETIAP MASA DAN KEADAAN.

MENURUT SUMBER DARI TAPAK PERHIMPUNAN DI MASJID HAJI AKHBAR KHAN BINGKUL BEAUFORT, SETAKAT JAM 9 MALAM TADI KIRA-KIRA 5,000 UMAT ISLAM DARI SELURUH SABAH TELAH TIBA DI TAPAK PERHIMPUNAN TERSEBUT


" KEHADIRAN UMAT ISLAM DIJANGKA AKAN TERUS MENINGKAT MENJELANG PETANG NANTI". KATA SUMBER TERSEBUT LAGI.

PERHIMPUNAN UMAT ISLAM SABAH

Umat Islam dan Petugas
mula memasuki tapak perhimpunan

KOTA KINABALU: Kira –kira 1,500 umat Islam dan para petugas Majlis Perhimpunan Umat Islam Sabah di Masjid Haji Akhbar Khan Bingkul, Beaufort mula mengambil tempat yang disediakan sejak dua hari lepa s.












Bebarapa orang kenamaan negeri dan negara dijagka turut hadir di majlis tersebut yang bermula pada 31 Mei hingga 02 Jun depan.

Ahad, 23 Mei 2010

Memeluk Islam

RIKO JUBLIK PELUK ISLAM
Saudara Riko baju-T hitam, kiri beliau En Iskandar Amad

KOATA KINABALU: Syukur alhamdulillah, aku Islam secara rasmi hari ini! Sudah 5 tahun aku berhasrat untuk memeluk agama Islam namun baru hari ini tercapai, Demikian dijelaskan oleh Riko bin jublik sebaik selepas mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Nordin di tingkat 9 Blok A Wisma Muis, Ibu Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ,Kota Kinabalu pagi tadi.

Menurut sdra Riko Jublik,seorang suku kaum Dusun Keningau ini, berusia dalam 20an,juga telah mendapat restu ibu dan ayahnya untuk beliau memeluk agama Islam

"Adek dan teman wanita saya akan turut memeluk Islam sedikit masa lagi". Kata Sdr Riko yang memilih Mohd Faiz sebagai nama Islamnya.


Menurut abang angkat beliau, Encik Iskandar Ahmad , majlis kesyukuran akan di adakan di rumah beliau di taman Fu Sang, Luyang selepas maghrib 28 Mei ini.

Rabu, 28 April 2010

PERSIAPAN AWAL PERHIMPUNAN UMAT ISLAM DI BEAUFORT BERJALAN LANCAR















Menggatal, Kota Kinabalu: Penghantaran pertama buluh atau bamboo berukuran 4 dan 6 kaki panjang seberat dua tan dari Kota Kinabalu telah tiba di Masjid Haji Akhbar Khan di Bingkul Beaufort minggu lepas

Bamboo berkenaan terlebih dahulu akan diproses sebelum digunakan sebagai alas atau lantai khemah yang akan dipasang berhampiran masjid tersebut bagi menampung masyarakat Islam Sabah yang di anggarkan sekitar 10,000 orang akan menghadiri perhimpunan umat Islam Sabah pada 31 Mei hingga 02 Jun 2010 di masjid tersebut

Ketika ini persiapan awal untuk majlis tersebut berjalan lancar dilakukan oleh ahli-ahli masjid dari seluruh Sabah silih berganti setiap hari secara sukarela sejak awal bulan ini.


Menurut sumber, penghantaran bamboo seterusnya berukuran sekitar 10 hingga 15 kaki panjang perlu dilakukan secepat mungkin untuk melicinkan lagi kerja-kerja di tapak perhimpunan tersebut


Selasa, 20 April 2010

Surau Al Ikhlas

HADIAH SEORANG AYAH...!



Surau Al Ikhlas Kg Kapungit; Terletak di tepian bukit menghadap Hospital Queen Elizabeth, kira-kira empat ratus meter dari masjid negeri Kota Kinabalu.

Surau yang diperbuat daripada kayu itu boleh menampung kira-kira dua puluh orang solat berjamaah setiap waktu pada satu masa

Istimewanya, menjelang solat maghrib dan isyak surau ini akan dikunjungi oleh beberapa kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur serendah tujuh tahun lengkap dengan pakaian melayu dan baju kurung tanpa diiringi oleh ibu bapa masing-masing

Ibu bapa yang anak mereka sekecil itu sudah berjinak-jinak dengan surau atau masjid bolehlah berbangga bahawa anak mereka ini akan menjadi anak yang soleh dan solehah meskipun itu bukanlah jaminan anak meraka pasti menjadi orang yang baik suatu hari kelak, namun peratusanya adalah tinggi menjadi insan mulia suatu hari nanti


Terdapat dalam hadith bahawa Rasulullah s.a.w menyarankan ibu bapa supaya menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun mendirikan solah dan merotani anak-anak yang berumur sepuluh tahun jika mereka masih tidak mahu mendirikan solah.


Hazrat Abdullah bin Mas’ud ra. Berkata, “ Awasilah solah anak-anak, didiklah mereka dengan budi pekerti dan tingkah laku yang baik.

Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa memeberi peringatan kepada anak-anak lebih baik daripada mensedekahkan satu saa’ ( bersamaan lebih kurang 3 kg ) gandum

Rasulullah s.a.w. juga bersabda, “ Tidak ada sesuatu pemberian hadiah yang lebih baik daripada seorang bapa kepada anaknya melainkan mengajar budi pekerti yang baik kepada mereka.

Isnin, 5 April 2010




Kasih sayang dorong
saya mencintai Islam
- Stanly Liu







Gambar atas : Puan Suzanne menyerahkan borang pengislaman kpd mentornya ustaz Firdaus untuk disemak sebelum tindakan pendaftaran di JHEAINS ^

Gambar kenangan atas kiri: En Sarudin Ahmad dan Sdr Amir @ Stanly Liu,

Gambar atas kanan: Dr Mohd Kamal bersama Sdr Stanly Liu @ Amir

Tanjung Aru Beach,Kota Kinabalu ( 05 April 2010): Selepas solat maghrib isteri saya beritahu bahawa sekitar jam 8 malam anak sulung kami Firdaus akan datang ke rumah bersama tiga orang tetamu dan seorang dari mereka berhasrat untuk memeluk agama islam.

Puan Suzanne gembira selepas bergelar sebagai wanita Islam >

Tak sampai hati saya meminta isteri menyediakan makan malam untuk tetamu pada malam ini kerana baru sahaja kami meraikan adik bongsu saya sekeluarga yang datang dari Miri.Majlis tersebut membuatkan isteri saya masih keletihan.

Kita ke kedai beli biskut sahaja untuk dihidangkan! Sambil saya keluarkan seekor ikan siakap yang beku sejak dua hari lepas dalam peti sejuk

<>

‘Kalau menantu kita Yati datang sama, bolehlah abang suruh dia masak 'steam'.’ Kata saya membuatkan isteri terdiam dan mengangguk tanda setuju.

Setiba di rumah kelihatan Firdaus sekeluarga bersama 3 wanita bertudung sementara seorang dari mereka saya mengenalinya sebagai isteri kepada guru saya dalam pengajian Syariah Universiti Malaya beberapa tahun lepas.


Setelah diperkenalkan, Puan Suzanne Stephen memaklumkan bahawa dia memang berminat dengan Islam sejak sekian lama dan biasa mengamalkan beberapa ajaran islam tetapi menghadapi pelbagai halangan untuk lebih mengenali islam secara dekat

‘ Abang saya memang sudah Islam dan sudah berkeluarga kini menetap di Kemaman Terengganu’. Katanya

‘ Saya telah lama mempelajari kehidupan islam melalui internet dan pernah menelefon ustaz Firdaus beberapa bulan lepas untuk belajar agama islam setelah mendapatkan nombor telefonnya melalui iklan yang disiarkan dalam akhbar New Sabah Times’. Jelasnya lagi.


Gambar: Pn Suzanne( tudung putih) bersama dua rakan >

Menurut Puan Suzanne, dia kehilangan jejak ustaz Firdaus apabila ustaz berpindah pejabat dari Inanam. Namun dengan kuasa Allah, saya menemui ustaz Firdaus semula pada ahad lepas di Madrasah berdekatan bangunan mahkamah Syariah Kota Kinabalu, ketika beliau mengajar agama.

‘ Saya terkejut dan bersyukur orang yang saya temui ini adalah ustaz Firdaus yang pernah saya hubungi melalui telefon beberapa bulan dahulu’. Katanya

Selepas mendapat penjelasan daripada ustaz Firdaus mengenai islam pada ahad lepas , saya telah membulatkan hati untuk memeluk agama Islam pada hari ini di- hadapan beliau, kata puan Suzanne yang menpunyai sepasang cahaya mata berusia 10 dan 8 tahun

^ Pn Suzanne sebelum mengucap dua kalimah syahadah

Dengan dibimbing oleh ustaz Firdaus Puan Suzanne Stephen telah mengucap dua kalimah syahadah: ‘Asyhadu alla illaha illallah wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah’!. ( Ertinya: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah )

Syukur Alhamdulillah! Saya sekarang beragama Islam! ‘Hati saya lega dan tenang!,’ ujar ibu tunggal berumur 30 tahun itu.

Beliau berasal dari Kuala Penyu dan sekarang sedang membiasakan diri dengan perniagaan dan berharap akan menjadi seorang wanita Islam yang Berjaya dalam bidang tersebut di masa hadapan.

Sementara itu pada petang sabtu, seorang pelajar Master of Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) Encik Stanley Liu dari Beijing China, telah melafazkan kalimah syahadah dalam kereta Encik Sarudin Ahmad.

Encik Sarudin seorang eksekutif di SEDCO, terkejut apabila tiba-tiba En Stanley Liu mengeluarkan sekeping kertas dari kocek bajunya dan berkata: ‘Saksikan bahawa saya mengucap dua kalimah syahadah: Asyhadu alla illaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah’!. (Ertinya: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah )

‘Now I am a Muslim and my name is Amir.’ Kata Stanley Liu gembira.

‘Bagaimana kamu tahu dan boleh mengucap kalimah ini ? ‘ soal En Sarudin. ‘Saya belajar melalui internet, ’ kata Stanly.

Solat magrib dan isyak hari sabtu itu adalah solat yang pertama beliau sebagai pemuda muslim di masjid Pekan Menggatal. Beliau yang merupakan anak tunggal tidak menganuti apa-apa agama sebelum ini.

' Saya dan beberapa rakan akan mendaftarkan keislaman saya di JHEAINS sedikit masa lagi', katanya.

Menurut Stanly Liu, beliau tertarik dengan islam kerana ikatan kasih sayang dikalangan orang islam begitu kuat dan kental