Isnin, 18 Mei 2015

KOTA KINABALU: Syukur alhamdulillah negaraku aman damai.Tidak dapat ku bayangkan sekiranya negaraku bergolak. Apa kah jaminan bahawa seratus tahun akan datang negara tercinta ini masih aman dan damai? Lihat dan bantulah insan - insan yg dalam keperitan dan kesusahan inshaAllah kita akan sentiasa dalam perlindungan dan bantuan Allah

Khamis, 12 September 2013

KOTA KINABALU: Filem Tanda Putera buat pertama kalinya ditayangkan di negeri Sabah pada 4.9.2013. Ada pengajaran boleh diperolehi apabila anda menonton filem ini. Sebagai warga negara ini jika anda berpeluang tontonlah filem ini.. Filem arahan Datuk Paduka Suhaimi Baba ini, dibintangi antara lain Rusdi Ramli sebagai Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Jumaat, 26 April 2013

Selasa, 2 April 2013

Siapa Sebenarnya Dalang Penceroboh Lahad Datu?

MANILA - Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III menafikan dia membayar upah kepada askar-askar pasukan Keselamatan Diraja untuk memasuki Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu, lapor akhbar dalam talian Philstar .com semalam. Jurucakapnya, Abraham Idjirani berkata, Jamalul Kiram tidak mampu untuk membayar mereka dan para pengikutnya itu. Idjirani turut berkata, Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman telah mengaku tidak menyalurkan dana kepada Jamalul Kiram. Bagaimanapun, katanya, Muhammad Ridhwan mengaku menyalurkan sumbangan kepada Muedzul Lail Tan Kiram yang didakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah. "Muhammad Ridhwan mengaku tidak kenal Jamalul Kiram dan adiknya, Azzimuddie Kiram. Itu bermakna wujud konspirasi di Malaysia. Mereka (Malaysia) menggunakan yayasan amal untuk mencabar kesahihan Kesultanan Sulu," kata Idjirani. Menurutnya, Muhammad Ridhwan merupakan individu yang membiayai istiadat pertabalan Muedzul sebagai Sultan Sulu pada Disember lalu. Idjirani menegaskan bahawa walaupun Muedzul yang merupakan anak saudara Jamalul Kiram, dia sebenarnya berada pada kedudukan ke-14 sebagai pengganti Sultan Sulu. Dia menyatakan, Malaysia kini terlibat dalam kempen memberikan maklumat yang palsu. Idjirani turut menyelar Malaysia kerana mendakwa lapan orang lelaki yang dilaporkan telah ditangkap sebagai para penyokong Tentera Kesultanan Sulu. Katanya, daripada lapan nama itu hanya seorang sahaja merupakan anggota tentera Kesultanan Sulu. Para pengikut Jamalul Kiram memasuki Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu bagi menuntut tanah yang didakwa milik nenek moyang mereka. Sementara itu, menurut portal berita, ABS-CBNnews.com kelmarin, Jamalul Kiram menemui Ketua Persidangan Biskop Katolik Filipina, Jose Palma dengan harapan tuntutannya ke atas Sabah akan mendapat perhatian Pope Francis I yang merupakan Ketua Gereja Roman Katolik. Jamalul Kiram menemui Palma hampir sejam di pejabatnya di sini. Palma berjanji untuk membawa kes itu ke Majlis Vatican di Vatican. - Agensi Artikel dikeluarkan oleh Kosmo online 3 April 2013.

Khamis, 21 Mac 2013

Kota Kinabalu: Hanya bantal tidur bapa menjadi peneman mengubat rindu Nur Izzaty Syafiqah Baharin, 11, apabila dia terlalu merindui bapanya, Sarjan Baharin Hamit yang terkorban dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, 2 Mac lalu. Menurut ibunya, Sumiati Suarah, 51, meskipun kejadian itu hampir tiga minggu berlalu, anak bongsunya tetap merindui bapanya. “Dia selalu masuk ke bilik tidur kami dan tidur di atas bantal ayahnya kerana terlalu merindui ayahnya yang sudah tiada. “Saya nasihatkan dia supaya tidak terlalu kerap berkelakuan sebegitu kerana bimbang terbiasa,” katanya yang ditemui selepas majlis Penyerahan Sumbangan Peribadi dan Tabung Wira Lahad Datu Media Prima di Kampung Darau, Menggatal, dekat sini, semalam. Penyerahan sumbangan itu disempurnakan Pengerusi Eksekutif Yayasan 1 Suria, Datin Seri Raya Erom. Sumiati berkata, anaknya itu belum dapat menerima kehilangan bapa tersayang berbanding anak sulungnya, Muhd Izzat Syafiq Baharin, 16. “Dia sukar menerima apa yang terjadi kepada ayahnya, tetapi sejak seminggu lalu dan selepas kembali bersekolah, dia kelihatan kembali bersemangat. “Rakan dan gurunya yang datang melawat memberinya semangat supaya tabah menghadapi dugaan“ katanya. Bagaimanapun, menurut Sumiati, sehingga kini anaknya itu masih tidak menonton sebarang berita di televisyen kerana amat sedih setiap kali terdengar lagu patriotik dan wajah bapanya diselitkan pada akhir siaran berita. Nur Izzaty bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11 pada 25 Mac ini, sama dengan tarikh hari ulang tahun Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Biasanya kami empat beranak menyambut hari jadinya di rumah ini, tetapi kali ini dia mahu membeli kek dan makan bersama keluarga di rumah ibu saudaranya,” katanya. Bagaimanapun, hajat anak bongsunya itu tidak tercapai kerana mereka akan menyambutnya dengan melakukan majlis tahlil untuk bapanya. “Setiap tahun dia tidak meminta hadiah sebaliknya ayahnya bertanya apa yang dia mahu,” kata Sumiati yang berkahwin dengan Baharin pada 1997 dan mereka dikurniakan dua anak dengan Muhammad Izzaty bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Inanam dan Nur Izzaty Syafiqah di Sekolah Kebangsaan (SK) St Agnes, Likas. Baharin yang bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah antara enam pegawai dan anggota polis yang terbunuh akibat serang hendap pengganas di Semporna, 2 Mac lalu. Oleh Norasikin Daineh MyMatro Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21

Jumaat, 15 Mac 2013

Jumaat, 21 Disember 2012

Orang Islam terlalu bergantung pada orang lain

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebab utama orang Islam lemah ialah kerana mereka tidak boleh mempertahankan diri sendiri dan terlalu bergantung kepada orang lain. "Mereka juga mengabaikan pengetahuan seperti matematik, sains, seni bina dan teknologi yang diperlukan oleh agama. "Jadi kita ketinggalan jauh di belakang. Kita bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dari mereka (orang bukan Islam), malah dalam mempertahanakan ummah. "Kita tidak boleh bergantung kepada mereka," kata beliau semasa berucap pada majlis anugerah Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di ibunegara malam tadi. Antara penerimanya ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Dr Mahathir menekankan adalah penting untuk mempelajari ilmu pengetahun yang lain bagi setanding dengan orang lain. "Dengan ini, orang Islam boleh menentang mereka atau tidak dipandang rendah oleh orang lain yang akhirnya mereka akan menghormati kita. "Jika tidak belajar sains sebagai contoh, kita akan ketinggalan. Kita boleh menggunakan benda tetapi tidak boleh mengeluarkannya kerana kita bergantung kepada orang lain. Bagaiman kita boleh mempertahankan ummah jika kita lemah," katanya. Beliau berkata bagi memperoleh pendidikan agama dan sekular, kerajaan menubuhkan UIAM untuk mempertingkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa. "Semasa saya menjadi perdana menteri, kita memperkenalkan UIAM kerana kita tahu agama dan pengetahun adalah penting. Al-Quran adalah panduan untuk kita. Kita juga perlu bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa komunikasi," tambahnya. Dr Mahathir berkata orang Islam perlu belajar ilmu pengetahuan dari negara lain sama ada Islam atau negara bukan Islam sebagai cara mendapat lebih banyak maklumat dan membantu menjadi ummah yang lebih baik. dipetik dari BERNAMA