Rabu, 30 Disember 2009

AHLI SPAN

Datuk Noni J Said,
Prins Robert James
Ahli baru SPAN


KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah berkenan melantik semula Datuk Ismail Ag Besar sebagai Pengerusi, Datuk Cladius Roman JP sebagai Timbalanya dan lima Ahli SPAN yang lain serta dua muka baru bagi tempoh mulai 01 Disember 2009 sehingga 30 November 2012.

Lima ahli yang dilantik semula ialah Datuk Philip Chiu Nam Kiong, Datuk Ir David Chiu Siong Seng, Datuk Udin Dullah, Datuk Mohamad Jafry dan Datuk Peter Athanasius.
Datuk Noni J Said, mantan timbalan SKN menggantikan Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh, dan Encik Robert James @ Prins Robert James seorang peguam dari syarikat guaman PRINS & CO, menggantikan Encik J Michael Evan.
Datuk Ismail Ag Besar mengetuai senarai tujuh Ahli mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Datuk Clement Allah Skinner di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Blok B Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, kira-kira 11.00 pagi 16 Disember yang lepas

Datuk Noni J Said dan Datuk Peter Athanasius dijangka akan mengangkat sumpah pada awal bulan Januari 2010 kerena mereka ketika ini berada di luar negeri

Setiausaha SPAN Encik Yunos Hj Ashmat dan Penolong setiausaha ( Pentadbiran) En Ag Ibrahim Ag Latif Turut hadir di upacara mengangkat sumpah tersebut

Sabtu, 5 Disember 2009

Ibadah Korban

Ibadah Korban
tanda kesyukuran


Datuk Ismail dan Datin Adeline memerhati lembu korban mereka sebelum di sembelih( atas)


KOTA KINABALU: Ibadah Korban sangat dituntut bagi setiap keluarga Islam yang mampu melakukanya. Korban adalah haiwan ternakan yang disembelih pada hari selepas solat Aidil Adha dengan niat taqqarub pada Allah. Menurut Imam Malik dan Imam Syafi’i berkorban itu diwajibkan bagi orang-orang kaya. Allah SWT berfirman ( Mahfumnya)


" 1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu ( Wahai Muhammad)kebaikan yang banyak didunia dan akhirat)
2. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata , dan sembelihlah korban
( sebagai bersyukur)
3. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus ( dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). "
( Surah Al Kautsar: 1-3 )

Sekiranya umat Islam yang berkemampuan berkorban setiap tahun, saya percaya ramai umat Islam yang berada dibawah paras miskin akan dapat merasai nikmat makan daging korban


< ( T/Pengerusi BKI, En Rosli turut sama melapah lembu korban)
Pada Hari Raya Aidil Adha kedua, dua ekor lembu dikorbankan oleh Ybhg Datuk Ismail Ag Besar, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bersama sekeluarga serta beberapa orang kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

Majlis ibadah korban tersebut di uruskan oleh Badan Kebajikan Islam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sabah diketuai oleh pengerusinya ,En Ag Ibrahim Ag Latif

Majlis tersebut seperti juga tahun lepas, diadakan di perkarangan kediaman Puan Faridah Hj Abdul Ahmad, pegawai Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah

Pengerusi BKI, Ag Ibrahim menerangkan sesuatu
kpd Datuk Ismail( berdiri dua dari kanan)>

Majlis berkenaan diakhiri dengan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Ismail, pengetua Madrasah Tahfiz Al Quran kg Warisan Inanam.


Turut hadir Ketua bahagian Memangku En Haris Tahir, Ketua bahagian Pelantikan Puan Hjh Latifah dan Ketua bahagian Pengesahan Puan Nurul Hj Osman

Ketika diminta oleh Datuk Ismail Ag Besar untuk saya menguruskan pembahagian daging korban tersebut, saya teringat ketika berada di laut selama seminggu antara kudat dan Sandakan tahun lepas.

Ketika itu saya dapat menikmati keindahan alam semula jadi dengan batu karang dan pelbagai spesis ikan mendiami lautan yang jernih. Kelihatan indah sekali sehingga saya merasakan soronok dan lupa seketika segala masalah kehidupan yang dihadapi. Nikmat sekali melihat banyaknya khazanah Allah yang terdapat di dasar laut.

Melihat keindahan dasar laut memang terserlah ketenangan dan kebahagian hidup masyarakat laut meskipun kehidupan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang


<( Setiausaha BKI, Ag Dzulkernain (duduk t- shirt gelap)berhempas pulas mengurus tulang lembu korban)

Ketika kami berlabuh di sebuah pulau kecil yang tidak berpenghuni ,sebuah bot kecil kira-kira 20 kaki panjang dan 7 kaki lebar serta 4 kaki tinggi menghampiri bot kami. Dalam bot kecil tersebut kelihatan seperti satu keluarga besar terdiri daripada datuk, nenek, anak, menantu dan beberapa orang cucu berumur kira-kira 3 tahun hinga belasan tahun.

Mereka menghampiri kami untuk meminta garam dan gula. Abang saya yang tua merupakan serang ( kapten) bot kami telah memberikan apa yang mereka inginkan tanpa mendapatkan apa-apa bayaran. Hati saya memprotes perlakuan abang tua saya itu kerana gula dan garam yang kami bawa hanya cukup untuk seminggu sahaja, terbayanglah saya akan minum kopi tanpa gula dan makan tanpa garam untuk beberapa hari akan datang

Pn Hjh Latifah, Ketua bhg Pelantikan,(kanan )memerhati lembu korban dari jauh)>


Selepas bot tersebut beredar, saya menghampiri abang tua yang memang menjadi nelayan sejak 40 tahun. Orang Palauuh! katanya ringkas, seakan dapat membaca protes hati saya. Kasian mereka! Kataya lagi tanda simpati. Menurut beliau mereka sentiasa berpindah tempat mengikut musim angin dari Sempurna, Lahad Datu, Sandakan, Kudat dan kadang-kadang kelihatan bot dari kumpulan mereka berada di perairan pantai barat Sabah. Mereka mencari nafkah dengan memacing ikan dan menyelam mencari sesuatu yang berhaga untuk di tukar dengan beras, ubi, gula,kopi, garam dan pakaian dengan nelayan-nelayan yang mereka temui di laut


Peristiwa didatangi pelauuh itu sentiasa menjadi ingatan saya hingga kini. Bila teringatkan mereka saya merasa sangat bertuah dan bersyukur kerana berada dalam kedudukan saya ketika ini. Kadang-kadang terfikir juga bagaimana mereka tidur di bot tersebut yang sempit yang sentiasa dipukul gelombang tanpa ada bilik pemisah antara mereka yang telah berkeluarga dengan anak-anak lelaki dan perempuan yang sudah bujang.



Bagaimana mereka makan dan mencari makanan setiap hari khususnya apabila musim bergelora?


< Yang lain sedang melegakan pinggang..Setiausaha BKI masih tekun melapah daging korban

Pernahkan mereka merasai nikmat makan daging korban disepanjang kehidupan mereka?

Tidak berdaya saya untuk menghantar daging korban kepada mereka! Lagi pun kedudukan mereka pasti sudah berubah mengikut musim angin.


Melihat kehidupan mereka yang sangat daif itu, agaknya sukar sekali mereka dapat membeli belah di pasaraya atau kedai seperti kebiasaan kita. Peluang mereka untuk bergembira, berseronok dan menikmati kehidupan bahagia di daratan memang sukar melainkan ada pihak yang sudi membantu mereka.Pihak berkuasa mungkin perlu mencari kaedah untuk membimbing dan melatih mereka agar sudi dan biasa hidup di daratan.

Bendahari BKI, Cik Hassa senyum dalam keletihan?>

Berdasarkan pengelaman, untuk hidup senang dan mewah di laut adalah satu harapan yang belum pasti dapat diperolehi tetapi kehidupan didaratan sekalipun tidak menjanjikan kesenangan dan kemewahan namun kita boleh duduk tenang tanpa dipukul gelumbang setiap hari.

Sekiranya berlaku apa-apa musibah di laut kepada mereka kita tidak akan mengetahui kerana mereka tidak punya siapa-siapa di daratan dan mereka tidak berpendidikan malah untuk membalas ucapan salam pun mereka tidak tahu menjawab apatah lagi membaca fatihah.

Sangat besar sumbanganya kepada sesiapa yang dapat membantu orang pelauuh keluar daripada kemiskinan yang mereka warisi sejak turun temurun itu


< Cik Nurul dan Cik Rosimah tauke daging korban...Timbang Simah...!Jangan tak timbang

Seandainya umat Islam yang berkemampuan di Sabah ini khususnya dan Malaysia amnya, sentiasa mengadakan ibadah korban setiap tahun saya yakin orang-orang yang sangat miskin seperti mereka pasti suatu ketika dapat merasakan nikmatnya daging korban mereka

Menjelang tengahari ramai yang keletihan..Rosli dan Ag Dzulkernain tetap mantap menyelesaikan kerja..>
Semoga ditahun-tahun mendatang kita berkemampuan mengadakan ibadah korban sekurang-kurangnya seekor kambing setiap tahun di setiap daerah, bandar, kampung dan kepulauan yang banyak berselerak di seluruh Malaysia. Insyaallah.

Ahad, 8 November 2009

UMUM

PERPISAHAN SATU PENYEKSAAN…!


RANAU: Perpisahan atau perceraian suami dan isteri dalam islam adalah perbuatan halal yang di benarkan tetapi sangat di benci Allah S.W.T.

Perceraian tidak hanya berlaku kepada satu kelompok masyarakat sahaja malah melangkaui jauh ke dalam setiap organisasi masyarakat. Boleh terjadi kepada raja, menteri, hakim, ahli koperat, artis, pegawai kerajaan, petani, nelayan, semua golongan masyarat tidak terkecuali.

Jodoh sama seperti kehidupan, kematian dan rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Tiada sesiapa yang berupaya menghindarkan diri dari ketentuan Allah S.W.T.

Pada penghujung bulan saaban 1430H yang lalu, penyanyi popular Indonesia Kris Dayanti telah menggemparkan dunia hiburan Indonesia dan Malaysia apabila diceraikan oleh suaminya Anang Hermansyah dengan talak tiga sekaligus. Bagaimanapun Pengadilan Agama Jakarta Selatan pada 22 Oktober 2009 lalu memutuskan hanya sah diceraikan dengan talak satu. Dua anak mereka sekarang dalam jagaan Anang Hermansyah

Sementara itu di Malaysia awal bulan ini dramatis, Noorakma Yunus atau dikenali sebagai Emma Akma, 40 dengan deraian air mata menerima keputusan Mahkamah Rendah Gombak Timur mengesahkan perceraian kali ke tiga dengan talak ba’in kubra, yakni talak yang tidak boleh rujuk dengan bekas suaminya Mohd Kamal Jaafar Sidik 35, kerana mereka mengesahkan sebelum ini telah dua kali bercerai sejak 2008. Mereka berdua mempunyai seorang anak angkat dan kini dalam jagaan Emma Akma.

Ketika membaca akhbar perceraian artis ini, pada masa yang sama saya terdengar radio rakan sepejabat yang mengumandangkan lagu Aku Bukan Superman ciptaan Dhani Ahmad Prasetyo dari Indonesia, dinyanyikan oleh 3 anak lelakinya yang mengangotai kumpulan THE LUCKY LAKI

Saya tertarik menghayati lagu tiga beradek ini kerana penyanyi dan pencipta lagu tersebut adalah satu keluarga secara langsung mengalami dan merasai sendiri perit, sakit dan deritanya perpisahan dengan insan yang tersayang ?

Bagi mereka yang berjiwa halus dan sensetif mungkin boleh menyelami betapa rintihan anak-anak Dhani Ahmad Prasetyo dengan Maia Estianty ini yang telah bercerai tidak lama dulu. Lagu tersebut mempunyai maksud yang mendalam, ianya boleh membawa maksud rintihan seorang anak yang merindui ibu mereka. Mungkin juga luahan hati seorang ayah yang ditinggalkan isteri atau juga mungkin rintihan seorang isteri yang ditinggalkan suami dan Mungkin juga bermaksud luahan hati seorang ayah meninggalkan anaknya? Ianya bergantung kepada siapa yang mendengar dan dimana serta bagaimana kedudukan hatinya ketika itu

Lagu tiga beradik ini boleh menyentuh hati khususnya mereka-mereka yang pernah dan sedang melalui perpisahan dengan orang yang dikasihi.



Cuba perhatikan lirik dan lagu Aku Bukan Superman mungkin anda menemui sesatu;


Lirik lagu Aku Bukan Superman:

A..ku bukanlah superman
A..ku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggal kan aku


Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus selalu kuat
Harus selalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting
Sakit teryata sakitnya cinta
Buat aku menangis
A..ku bukan lah superman
A..ku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggal kan aku
Ayahku selalu memerahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah slalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan
Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga…
A..ku bukanlah superman
A..ku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggal kan aku


Ayahku tersayang maafkan lah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau
Kita berjanji tuk tidak lagi
Menangis karena cinta..
A..ku bukanlah superman
A..ku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku pergi meninggal kan aku
A..ku bukanlah superman
A..ku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggal kan aku
A..ku bukanlah superman
A..ku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku pergi meninggal kan aku

Tidak dapat digambarkan betapa sedih dan sakitnya jiwa anak-anak yang terlibat akibat perceraian kedua orang tua mereka?

Sekiranya menghadapi situasi kurang menyenangkan dalam perhubungan suami isteri maka tetap teguh, tabah dan sabarlah selalu dengan pasangan masing-masing.

Jika berpeluang atau luangkan sedikit masa untuk berdamping dengan guru-guru agama agar sentiasa mendapat nasihat yang baik daripada mereka kerana banyak manfaat yang diperolehi sekiranya kita sentiasa berdamping dengan guru-guru agama atau dengan perkataan lain para ulama, seperti mana sabdaan nabi s.a.w. yang mahfumnya:

“ Barangsiapa makan bersama seorang alim dua suap atau mendengarkan daripadanya dua kata atau berjalan denganya dua langkah, maka Allah S.W.T memberikan kepadanya dua syurga yang tiap-tiap syurga seperti dua kali dunia” ( dipetik dari kitab Durratun Nasihin )

Sebagai insan biasa kita jangan merasa malu untuk belajar agama walaupun lanjut usia dan tinggi kedudukan dalam masyarakat, teruslah mendalami ilmu agama kerana pengetahuan agama bukan sahaja benteng kukuh rumah tangga kekal harmoni malah akan menjadi bekalan yang berberterusan di akhirat kelak

Berdoalah selalu agar rumah tangga setiap daripada kita sentiasa damai, aman dan bahagia
hingga akhir hayat dan berterusan ke alam akhirat, suatu alam yang tidak berpenghujung.



Rabu, 28 Oktober 2009

Anugerah

Ucapan
Setinggi-tinggi Tahniah


Kota Kinabalu: Puan Rainah Lajis telah menerima anugerah Bintang Setia Kinabalu (BSK) sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah yang ke-63 minggu lepas,

Beliau yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kanan, berkhidmat di Bahagian Pengambilan dan Pelantikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di Wisma Muis di sini adalah antara dua pegawai SPAN yang menerima pingat pada tahun ini.
( ^ Encik Yunos Ashmat )
( Puan Rainah Lajis >)

Pada bulan Jun yang lepas, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Encik Yunos Hj Ashmat telah menerima pengurniaan Bintang Kesatria Mangku Negara ( K.M.N. ) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XIII

Khamis, 22 Oktober 2009

UMUM

BUKANKU PINTA
JADI BEGINI..!

KOTA KINABALU: Sipolan ada girlfriend! Si polan sudah kahwin lagi! Sipolan pencuri! Sipolan menganiaya! Sipolan kejam! Sipolan perasuah! Sipolan pembunuh! dan banyak lagi kata-kata sipolan begitu dan begini.

Cakap-cakap dan gosip seperti ini tidak terlalu asing pada kita kerana kenyataan sedemikian sentiasa dipaparkan secara tersirat atau tersurat dalam banyak penulisan untuk tatapan umum

Kesan daripada tulisan sedemikian sangat merbahaya kepada diri yang empunya gosip, kepada yang di gosip, masyarakat umum juga kepada negara keseluruhanya

Gosip sedemikian boleh mendatangkan dosa kepada pencetus gosip, kemudaratan berpanjangan kepada yang digosipkan dan mewujudkan suasana tidak tenteram kepada masyarakat umum juga boleh menjatuhkan maruah sesebuah negara andainya pembesar negara tersebut yang digosipkan,

Berasas atau tidak dan segaja atau tidak, cetusan sesuatu gosip pastinya akan menimbulkan suasana gelisah, sakit hati, risau, tidak tenteram serta mewujudkan berbagai andaian dan buruk sangka masyarakat terhadap mereka yang kena gosip

Satu contoh betapa bahayanya gosip ialah mengenai seorang wanita yang telah meninggal dunia beberapa bulan lalu, menjadi mangsa gosip yang berpanjangan. Beliau seorang yang punya nama besar dalam bidang dan kerjaya yang diceburinya. Pernah digosip bahawa beliau sebenarnya adalah seorang lelaki . Ada cakap-cakap yang mengatakan beliau telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan. Gosip atau cerita-cerita ini telah berlaku sejak beliau masih hidup lagi dan telah dihebahkan secara meluas apabila beliau telah meninggal dunia

Semasa hayatnya, dia tidak pernah memberi komen, beliau mendiamkan diri mengenai gosip tersebut begitu juga kaum keluarganya namun masyarakat umum terus mendapat maklumat berupa gosip ini sehinggalah dikhabarkan, ibu Allahyarham tampil memaklumkan bahawa beliau ada bukti bertulis daripada mufti berupa fatwa yang membenarkan Allahyarham memilih samada menjadi wanita atau lelaki kerana dia adalah khunsa!

Maknaya Allahyarham tidak menukar jantina sepertimana digosipkan sebelum ini! Allahyarham tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai khunsa! Itu adalah ketentuan Allah S.W.T !

Beliau dengan tabah dan sabar terus mencurahkan bakti kepada bangsanya sekalipun ada antaranya yang tanpa usul periksa telah menyebabkan beliau diaibkan sebelum ini.
Beliau telah meninggalkan untuk tatapan kita beberapa karya yang bermutu mengisahkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum , umpamanya filem pendek kisah burung Murai dan kisah remaja India yang lebih gemar menggunakan nama barat. Karya tersebut benar-benar menyentuh hati setiap yang berkesempatan menontonnya.

Nabi s.a.w. telah ditanya oleh seseorang, “ Apakah itu mengumpat?” Baginda bersabda, “ Bercakap tentang sesuatu yang tidak disukai oleh seseorang di belakangnya.” Penyoal tadi bertanya lagi, “ Bagaimana kalau perkara yang diperkatakan itu sememangnya ada padanya?” Baginda s.a.w. menjawab, “ itulah mengumpat, kalau ia sememangnya tidak ada maka itu adalah fitnah.”

Sekali Nabi s.a.w. telah lalu berdekatan dua buah kubur. Baginda s.a.w. telah bersabda, “ Mereka berdua sedang mengelami azab kubur. Seorang daripadanya kerana menumpat dan seorang lagi kerana tidak berjaga-jaga ketika kencing.”

Mudah-mudahan Allah S.W.T mengampunkan segala dosa kita yang pernah bersikap buruk sangka terhadap sesiapa sahaja baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Semoga Allah S.W.T mecucuri rahmat atas roh Allahyarham yang merupakan seorang insan yang memiliki sifat, minda, dan jasmani lelaki dan wanita sekaligus, telah memilih untuk menjadi wanita

Alfatihah untuk beliau , seorang insan yang memiliki jiwa yang besar dan mulia

Khamis, 15 Oktober 2009

Mesyuarat Agong BKI SPANS

Ag Ibrahim Pengerusi baru
BKI SPANS

KOTA KINABALU: Encik Ag Ibrahim Ag Latif telah dipilih sebagai Pengerusi Badan Kebajikan Islam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ( SPANS ) yang baru bagi tahun 2009/2011.

Encik Rosli Abas dipilih menduduki Timbalan Pengerusi manakala Encik Ag Zulkernain Ag Hassan sebagai Setiausaha dan Cik Hassa Matjin sebagai Bendahari sementara Cik Rosimah Abdul Rahman, Penolong Setiausaha.

Enam telah dipilih dari 13 orang yang menawarkan diri menduduki Ahli Jawatankuasa BKI SPANS, mereka ialah Encik Amir Hj Ibrahim,Puan Katijah Kassim,Puan Rainah Lajis,Encik Yahya Ramli,Cik Nurulharlijah Othman dan Encik Jumatin Dukani

Demikian diumumkan oleh Tuan Hj Said Bin Hj Usman, mantan pengerusi BKI yang tidak bertanding dalam mesyuarat agong tahun ini

Mesyuarat agong BKI ini telah diadakan di bilik mesyuarat tingkat 3, Wisma Muis Blok B dan dirasmikan oleh Encik Yunos Hj Ashmat, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pagi tadi.

Dalam ucapan perasmian, beliau berharap jawatankuasa yang dipilih akan terus meningkatkan lagi kecemerlangan BKI dimasa depan agar pencapaian BKI akan lebih baik atau sekurang-kurangnya sama seperti yang telah dicapai oleh pengurusan BKI ketika ini

Beliau juga merakakamkan ucapan terima kasih kepada BKI yang telah Berjaya mengadakan aktiviti keagamaan sepanjang tahun khususnya kelas pengajian Al Quran setiap Isnin hingga khamis dan majlis Qurban setiap tahun

Terdahulu, Tuan Hj Said dalam ucapan beliau berharap semoga Allah S.W.T. sentiasa membimbing, melindungi dan memberi kekuatan kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dalam merealisasikan setiap program yang akan dilaksanakan demi kebajikan kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Beliau mengakhiri ucapan dengan membaca firman Allah S.W.T ,mahfumnya : “ Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru ( berdakwah )kepada kebajikan ( mengembangkan Islam ), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah ( buruk dan keji ). Dan mereka yang bersifat demikian itulah orang yang Berjaya.” ( Ali-Imran :104 )

Encik Ag Ibrahim Ag Latif dalam ucapan beliau selepas diisytiharkan sebagai Pengerusi BKI yang baru, memaklumkan bahawa BKI di bawah pimpinanya akan meneruskan program-program yang telah dirancang disamping mengadakan program-program baru sedikit masa lagi
Turut menghadiri mesyuarat agong tersebut ialah Puan Rosnah Kuyung, Ketua Bahagian Kenaikan Pangkat, Puan Hajah Latifah Datuk Abu Bakar Titingan dan Puan Fatimah Materang, Ketua Bahagian Tatatertib.

Khamis, 8 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya SPANS

Terserlah
slogan 1Malaysia
Encik Yunos Hj Ashmat, Setiausaha SPANS^

KOTA KINABALU: Majlis Jamuan Hari Raya Aidil- Fitri Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ( SPANS ) yang diadakan setiap tahun di sini bagai menepati slogan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Majlis yang disambut oleh semua kakitangan tidak mengira kedudukan, sukubangsa dan anutan agama ini berjaya mengiratkan lagi hubungan persaudaraan sesama kakitangan SPANS




Datuk Claudius Roman ( dua dari kanan)>

Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Encik Yunos Hj Ashmat semasa memberi ucapan di majlis jamuan hari raya SPANS disini pagi tadi.

“ Sempena Hari Raya Aidil- Fitri ini saya memohon maaf kepada semua kakitangan atas segala kekasaran dan tingkahlaku saya sekiranya ada yang tidak menyenangkan tuan-tuan dan puan-puan”, Tambah beliau

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa Kelab SPANS yang telah berjaya menganjurkan majlis tersebut


Encik Ag Ibrahim,tiga dari kiri (belakang)



Sementara itu dalam ucapan mengalu-alukan kedatangan kakitangan dan ahli lembaga, saya sebagai Pemangku Presiden Kelab SPANS, merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Yunos Hj Ashmat selaku ketua jabatan yang banyak memberi sokongan dan dorongan sehingga Kelab dapat melaksanakan aktiviti dengan jayanya

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengumumkan tidak akan bertanding sebarang jawatan dalam mesyuarat agong Kelab yang akan diadakan pada 12 November depan, juga tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi Badan Kebajikan Islam dalam mesyuarat agongnya yang akan diadakan pada 15 Oktober ini






Datuk Claudis Roman mengagih-agihkan pinggan kepada Ahli SPANS,sambil diperhati oleh Datuk Mohamad Jafry

Saya menjelaskan bahawa mengurus satu-satu persatuan umpama lari berganti-ganti. Pada awal larian nampak hebat namun lama-kelaman akan menjadi lemah, saya sudah penat dan tidak dapat lagi memberi komitmen kepada BKI dan Kelab SPAN selepas ini

Saya berharap kakitangan SPANS dapat memilih kepimpinan baru supaya Kelab akan lebih baik lagi selepas ini

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan atas sokongan dan kerjasama mereka sepanjang saya memangku Presiden Kelab sejak tahun 2007 dan berharap sokongan sedemikian akan terus diberikan kepada kepimpinan baru Kelab nanti.

Sebelum menikmati hidangan yang tersedia Encik Ag Ibrahim Ag Latif mengetuai sekumpulan tiga belas kakitangan pelbagai peringkat bergabung menyanyikan tiga buah lagu hari raya bagi memeriahkan lagi majlis tersebut



Puan Justina bertambah anggun selepas Ramadan ( empat dari kanan ) >

Antara yang menghadiri majlis jamuan hari raya ini ialah Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Claudius Roman, Datuk Peter Athanasius, Datuk Ir. David Chiu Siong Seng, Datuk Philip Chiu Nam Kiong, Datuk Udin Bin Dullah dan Datuk Mohammad Jafry

Pengerusi SPANS Ybhg Datuk Ismail Ag Besar tidak dapat hadir di majlis tersebut kerana kurang sehat





Selasa, 6 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya di Masjid Menggatal

Sate dan Sup tulang
antara yang dihidangkan..



^ Pengerusi Masjid, Tn Hj Sono ( duduk dua dari kiri ) bergambar bersama tetamu pada majlis tersebut sebagai kenangan

KOTA KINABALU: Sekitar 500 orang ahli masjid dari Banggi, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Kota Belud ,Ranau, Kundasang, Tuaran dan sekitar Kota Kinabalu menghadiri majlis jamuan tengah hari sempena Hari Raya Aidil-Fitri di Masjid Pekan Menggatal sabtu lepas.

Jamuan tersebut dianjurkan oleh ahli masjid Pekan Menggatal, menyediakan enam kaunter makanan, minuman dan buah-buahan, mula di penuhi orang ramai sebaik selepas solat zohor dan berakhir asar . Antara yang dihidangkan,nasi beriani, sup tulang, kelopis, rendang, lemang, sate,rambutan dan air bandung


Ahli Masjid adalah masyarakat Islam yang sentiasa menjadikan masjid dan surau sebagai Pusat Dakwah, Gedung pembelajaran ilmu, Tempat Ibadah dan Pusat Khidmat Masyarakat setempat

Selepas Asar diadakan muzakarah meningkatkan iman dan diteruskan perbincangan tersebut selepas solat Maghrib.

Selepas Isyak Ustaz Mohd Shah Jahan, seorang pendakwah Islam dari New Delhi mengambil tempat untuk memulakan muzakarah meningkatkan kesedaran agama di kalangan wanita Islam.

Antara lain beliau menyeru, setiap lelaki Islam sentiasa memberi peringatan kepada wanita-wanita di bawah jagaan mereka betapa pentingnya mereka memiliki ilmu dan mengamalkan agama Islam yang betul selaras dengan anutan kita yakni mengamalkan ajaran Islam Ahli Sunnah Waljamaah, kerana wanita merupakan orang yang paling rapat dan banyak bergaul dengan keluarga, tentunya memberi kesan secara langsung kepada komuniti keluarga tersebut

Sekiranya wanita dalam sesuatu komuniti seorang yang berilmu dan beriman, insyaallah ahli komuniti tersebut dalam situasi yang baik dan dikehendaki agama, namun sebaliknya jika wanita berkenaan jauh dari amalan agama islam maka dikuatiri keluarga atau komuniti tersebut akan hidup dalam suasana yang jauh dari ajaran dan amalan Islam yang sebenar

Sebab itulah kata beliau; lelaki Islam yang merupakan ketua sesebuah keluarga wajib mempertingkatkan ilmu dan mendidik isteri serta anak-anak sebaik mungkin seperti mana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T dan Muhamad Rasulullah S.A.W.

Selepas muzakarah, majlis pembacaan Hayatussabah bahasa Arab dan diterjemahkan dalam bahasa Melayu oleh Ustaz Al Amin Bin Hj Munib.

Hayatussabah adalah himpunan riwayat kehidupan sahabat-sahabat Nabi S.A.W., riwayat ini jika sentiasa di perdengarkan akan menimbulkan minat dan keinginan kepada yang mendengar untuk meningkatkan amal agama dalam kehidupan mereka seperti mana amalan umat Islam di zaman kegemilangan Islam dahulu

Pengerusi Masjid Pekan Menggatal Tuan Hj Sono, ketika ditemui; mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk menjayakan majlis jamuan tersebut.




“ Diharapkan di masa akan datang kita boleh mengendalikan majlis yang lebih baik lagi dari apa yang sudah kita lakukan pada hari ini” Tambahnya.

Antara yang menghadiri majlis jamuan tengah hari tersebut ialah Datuk Hj Sanin Pandin, mantan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Presiden Perniagaan India Muslim Sabah Datuk Baisul Khan Salman Faris, Prof Madya Hj Wahi, Universiti Teknologi Mara Kota Kinabalu, Dr Mohd Kamal Mohd Shah, Pensyarah Universiti Malaysia Sabah( UMS ),
Timbalan Pengarah Penyiaran Sabah Tn Hj Hashim Jafry, Timbalan Pengarah Jabatan Komputer Sabah, Encik Abdul Wahid Ali, Ketua Penolong Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Encik Mohd Sayuti Hatt Abdullah, dan Tn Hj Hussin Bappo, Cawanagan Khas Polis DiRaja Malaysia Sabah



Ahad, 4 Oktober 2009

Baja Mygrow Fertilizer

Baja Mygrow Fertilizer
100% milik bumiputera,
ringkas dan jimat


SANDAKAN: Mygrow Agriculture Enterprise, sebuah syarikat 100% milik Bumiputra muncul sebagai syarikat alternatif baru kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh Malaysia khususnya Sabah dalam penyediaan baja pilihan yang mudah dan ringkas digunakan.


Baja Mygrow Fertilizer buatan Malaysia ini adalah satu rumusan yang lengkap dan seimbang mengandungi unsur-unsur makro (N,P,K ) dan mikro (Mg, Cu, Fe,Mn,B,Mo dll )

Sesuai untuk tanaman kekal ( seperti kelapa sawit , pokok getah, dan buah-buahan ), tanaman jangka pendek seperti Padi, sayur-sayuran ), dan tanaman kontan (seperti tebu, jagung, ).

Mudah menyerap pada akar, ringkas dan menjimatkan kos serta telah diuji berkesan oleh pakar pertanian.

Mygrow Fertilizer dicipta khas dalam setiap beg seberat 2.5kg, mencukupi untuk pembajaan satu ekar kelapa sawit untuk jangka masa tiga bulan. Cara penggunaan Mygrow Fertilizer ini ada tercatat dalam setiap beg baja tersebut.

Pekebun-pekebun kecil atau sesiapa yang yang berminat untuk membeli baja baru ini terus dari syarikat dengan tawaran harga hanya RM90.00 setiap beg, hubungi terus pemilik, pengurus atau agen-agen syarikat.

Syarikat Mygrow Agriculture Entrprise, juga mempelawa sesiapa yang berminat menjadi agen atau stokis di daerah masing-masing dengan perolehan keuntungan yang baik. Hubungi terus:

Tuan Haji Said Bin Hj USman ,
Pemilik Mygrow Agriculture Enterprise

Lot 107, Lorong 4, Hillside, Taman Khong Lok
90000 Sandakan, Sabah, Malaysia,
Tel: 014 371 4324, 019 860 4324

No 80,Jalan Selangor,Tg Aru,88100 Kota Kinabalu,SabahMalaysia
Tel: 014 371 4324, 019 860 4324

Pengurus,
Mygrow Agriculture Enterprise
Tuan Haji Mohd Suhaimi

BATU PAHAT, JOHOR, Tel: 0137778037

AGEN JUALAN:

SANDAKAN- Encik Amid Dul: 0148742707,Encik Mapindo @ Zubair Mohammad 0198421541,Tuan Imam Saudi Osman: 019583377 PITAS-Encik Sharif Ali: 018 208 9308,013 676 0210 BANGGI-Tuan Ustaz Ismail: 012 821 6330

Khamis, 1 Oktober 2009

Mesyuarat Agong BKI & Kelab SPANS


Dijangka Persaigan sengit
isi pelbagai jawatan

KOTA KINABALU: Mesyuarat Agong Badan Kebajikan Islam ( BKI ) dan Kelab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ( Kelab SPANS ) akan diadakan pada 15 Oktober dan 12 November 2009

Borang pencalonan untuk mengisi pelbagai jawatan kedua-dua organisasi tersebut akan diedarkan awal minggu hadapan, dijangka pertandingan sengit untuk semua jawatan akan berlaku kerana ramai pemegang jawatan kedua –dua organisasi ini khususnya Pengerusi BKI yang juga Pemangku Presiden Kelab SPANS tidak akan bertanding untuk memberi laluan kepada kakitangan lain mengisi jawatan tersebut

Encik Jumatin Dukani, Setiausaha BKI yang juga Penolong Setiausaha Kehormat Kelab SPAN berkata demikian selepas mesyuarat serentak BKI dan Kelab SPAN sebentar tadi di bilik Mesyuarat SPAN tingkat 3 Wisma Muis disini.

Badan Kebajikan Islam dianggotai oleh pegawai-pegawai Muslim manakala Kelab SPANS oleh semua pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Isnin, 21 September 2009

Hari Raya

Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya

Aidil Fitri 1430H/2009M

Selamat Hari Raya kepada pembaca yang sentiasa setia melayari blog ini, rakan-rakan, sanak saudara dan semua umat Islam di mana jua anda berada

Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua dan tetap serta teguh selalu beriman kepada Allah SWT di hari-hari mendatang

Maaf zahir dan Batin

Daripada saya anakusman dan keluarga

Rumah terbuka Hari Raya Ketua Menteri & Kabinet Sabah

Seketika bersama Ketua Menteri

Adik Siti Fatimah disambut YAB Datuk Musa Haji Aman^


















^ Cik Siti Sakinah dan Abdurrahman bersama YAB Datuk Musa Haji Aman

KOTA KINABALU: Pada awal tahun 1970an, saya adalah antara puluhan pelajar sekolah Rendah Kg Suan Lamba kira kira 2 jam perjalanan menaiki bot ( kapal ) dari bandar Sandakan, berbaris di tepi padang menyambut ketibaan Ketua Menteri ketika itu , Allahyarham ( Tun ) Datu Mustapha Bin Datu Harun dan beberapa kabinet negeri Sabah yang datang melawat kampung kami selama sehari menaiki helikopter Nuri milik angkatan tentera Malaysia.

Ribuan masyarakat kampung dan sekitarnya turut sama berpusu-pusu menyambut kedatangan rombongan Ketua Menteri ini .



<
Norhidayah( Mendukung anak ) dan adik-adik bergambar sebagai kenangan bersama YB Datuk Masidi Manjun

Pembesar kampung kami , Allahyarham Datuk Pengiran Digadong Mohd Galpam Bin Pengiran Indar dan Allahyarham Datuk Pengiran Ahmad Bin Pengiran Indar ketika itu merupakan wakil rakyat Kinabatangan dan Sekong adalah antara yang turut mengalu-alukan ketibaan rombongan tersebut

Saya hanya sekadar memerhati dan melihat dari jauh rombongan kerana yang boleh menghampiri dan berjabat tangan dengan Ketua Menteri dan rombongan adalah pembesar-pembesar negeri, ADUN, KAN, ketua kampung, ketua-ketua parti politik dan orang-orang dewasa. Orang macam saya ketika itu yang baru berusia belum pun mencapai 12 tahun, mana mungkin boleh menghampiri apatah lagi berjabat tangan dengan pembesar negeri. Masih segar dalam ingatan saya peristiwa itu! Itu pun sudah cukup untuk saya gembira dapat melihat dari jauh dan saya bangga kerana adalah antara orang yang hadir menyambut ketibaan rombongan pembesar negeri ke kampung kami. Hari itu saya memang sangat gembira dan seronok .

<: YAB Datuk Musa bersama Mohd Zaid dan Abdurrahman


Pendek kata kampung kami ketika itu tujuh hari sebelum dan selepasnya meriah sekali , penuh sesak dengan kehadiran rakyat jelata dan orang politik dari bandar dan kampung-kampung dalam bahagian parlimen kinabatangan.

40 tahun kemudian, yakni pada 20 September 2009 bersamaan 01 Syawal 1430H pembesar negeri di ketuai oleh Ketua Menteri , YAB Datuk Seri Hj Musa Haji Aman, seorang anak didik politik Allahyarham Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun , mengadakan majlis rumah terbuka Hari Raya Ketua Menteri dan Kabinet Negeri Sabah di Dewan Serbaguna Komplek Sukan Likas .


< YB Datuk Masidi Manjun memegang erat bahu Mohd Zaid,pelajar SMK Dato Paduka Mat Salleh Ranau



Ribuan masyarakat berbilang suku bangsa dan agama, tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak dari segenap pelusuk negeri datang mengunjungi majlis tersebut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Ketua Menteri dan ahli kabinet negeri .

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah Binti Awang Japar adalah antara yang hadir.

Saya sangat terharu melihat Ketua Menteri dan ahli Kabinet negeri Sabah yang sangat mesra rakyat. Setahu saya peristiwa seperti ini tidak pernah berlaku di sini sejak puluhan tahun lepas. Datuk Haji Masidi Bin Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Negeri Sabah, umpamanya sanggup meninggalkan hidangan makanan serta orang kenamaan yang duduk semeja dengan beliau semata-mata ingin memenuhi permintaan untuk bergambar dengan anak-anak saya , orang awam biasa yang sangat gembira dapat menemuinya .

V: Gambar kenangan YAB Datuk Musa Haji Aman bersama Nurtaqqiyyah Iffah dan
ibunya Norhidayah, kakitangan Jabatan Cetak Kerajaan, Kota Kinabalu

Sekiranya pemimpin-peminpin Barisan Nasional ( BN) di seluruh negara mempunyai sifat mesra rakyat seperti ketua Menteri Sabah YAB Datuk Haji Musa Haji Aman, YB Datuk Masidi Manjun ,YB Dato Hajah Azizah Datuk Mohd Dun dan menteri-menteri kabinet yang lain , saya yakin Barisan Nasional ( BN) agak sukar digugat dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Nampaknya slogan 1MALAYSIA , RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN yang di perkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi senjata ampuh Barisan Nasional ( BN ) melumpuhkan kekuatan parti-parti politik yang menentang Barisan Nasional khususnya di Pilihanraya Umum Malaysia yang akan datang.