Jumaat, 21 Disember 2012

Orang Islam terlalu bergantung pada orang lain

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebab utama orang Islam lemah ialah kerana mereka tidak boleh mempertahankan diri sendiri dan terlalu bergantung kepada orang lain. "Mereka juga mengabaikan pengetahuan seperti matematik, sains, seni bina dan teknologi yang diperlukan oleh agama. "Jadi kita ketinggalan jauh di belakang. Kita bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dari mereka (orang bukan Islam), malah dalam mempertahanakan ummah. "Kita tidak boleh bergantung kepada mereka," kata beliau semasa berucap pada majlis anugerah Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di ibunegara malam tadi. Antara penerimanya ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Dr Mahathir menekankan adalah penting untuk mempelajari ilmu pengetahun yang lain bagi setanding dengan orang lain. "Dengan ini, orang Islam boleh menentang mereka atau tidak dipandang rendah oleh orang lain yang akhirnya mereka akan menghormati kita. "Jika tidak belajar sains sebagai contoh, kita akan ketinggalan. Kita boleh menggunakan benda tetapi tidak boleh mengeluarkannya kerana kita bergantung kepada orang lain. Bagaiman kita boleh mempertahankan ummah jika kita lemah," katanya. Beliau berkata bagi memperoleh pendidikan agama dan sekular, kerajaan menubuhkan UIAM untuk mempertingkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa. "Semasa saya menjadi perdana menteri, kita memperkenalkan UIAM kerana kita tahu agama dan pengetahun adalah penting. Al-Quran adalah panduan untuk kita. Kita juga perlu bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa komunikasi," tambahnya. Dr Mahathir berkata orang Islam perlu belajar ilmu pengetahuan dari negara lain sama ada Islam atau negara bukan Islam sebagai cara mendapat lebih banyak maklumat dan membantu menjadi ummah yang lebih baik. dipetik dari BERNAMA

Khamis, 31 Mei 2012

PERHIMPUNAN UMAT ISLAM DI SABAH

KOTA KINABALU: Selepas 24 bulan 18 hari sekali lagi Perhimpunan umat Islam terbesar di Sabah akan diadakan. Dua tahun lepas perhimpunan tersebut diadakan di Masjid Akhbar Khan Bingkul kira–kira 100km dari sini, namun kerana jumlah kehadiran dijangka meningkat berkali ganda pada tahun ini berbanding dua tahun lepas maka perhimpunan kali ini akan diadakan di dua tempat berasingan, iaitu di bingkul Beaufort dan di Masjid Iman Lahad Datu kira-kira 600 kilometer dari ibu Kota. Dua tapak perhimpunan berasingan akan memudahkan umat Islam menghadiri perhimpunan yang terhampir dengan mereka selain mengurangkan kesesakan kerana umat Islam di sebelah Pantai Barat memadai menghadiri perhimpunan di Bingkul dan umat Islam di Pantai Timur menghadiri perhimpunan di Lahad Datu.
Perhimpunan yang dijadualkan pada 20 hingga 23 di Masjid Akhbar Khan Bingkul dan 23 hingga 25 Jun di Masjid Iman Lahad Datu dijangka dihadiri puluhan ribu umat islam dari seluruh pelusuk negeri sabah. Beberapa ulama terkenal didalam dan luar negara dijangka menghadiri perhimpunan tersebut. Setakat 27 Mei 2012 kerja-kerja menyiapkan tapak perhimpunan di kedua-dua tempat tersebut sedang giat dilaksanakan.
Perhimpunan ini bertujuan antara lain memohon kepada Allah s.w.t supaya setiap manusia dikuriakan hidayah agar keseluruhanya beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t. setiap masa dan keadaan.