Khamis, 31 Mei 2012

PERHIMPUNAN UMAT ISLAM DI SABAH

KOTA KINABALU: Selepas 24 bulan 18 hari sekali lagi Perhimpunan umat Islam terbesar di Sabah akan diadakan. Dua tahun lepas perhimpunan tersebut diadakan di Masjid Akhbar Khan Bingkul kira–kira 100km dari sini, namun kerana jumlah kehadiran dijangka meningkat berkali ganda pada tahun ini berbanding dua tahun lepas maka perhimpunan kali ini akan diadakan di dua tempat berasingan, iaitu di bingkul Beaufort dan di Masjid Iman Lahad Datu kira-kira 600 kilometer dari ibu Kota. Dua tapak perhimpunan berasingan akan memudahkan umat Islam menghadiri perhimpunan yang terhampir dengan mereka selain mengurangkan kesesakan kerana umat Islam di sebelah Pantai Barat memadai menghadiri perhimpunan di Bingkul dan umat Islam di Pantai Timur menghadiri perhimpunan di Lahad Datu.
Perhimpunan yang dijadualkan pada 20 hingga 23 di Masjid Akhbar Khan Bingkul dan 23 hingga 25 Jun di Masjid Iman Lahad Datu dijangka dihadiri puluhan ribu umat islam dari seluruh pelusuk negeri sabah. Beberapa ulama terkenal didalam dan luar negara dijangka menghadiri perhimpunan tersebut. Setakat 27 Mei 2012 kerja-kerja menyiapkan tapak perhimpunan di kedua-dua tempat tersebut sedang giat dilaksanakan.
Perhimpunan ini bertujuan antara lain memohon kepada Allah s.w.t supaya setiap manusia dikuriakan hidayah agar keseluruhanya beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t. setiap masa dan keadaan.