Sabtu, 16 Januari 2010

Mesyuarat Agong Kelab SPANS


Rusnah Kuyung

Presiden baru Kelab SPANS

KOTA KINABALU: Puan Rosnah Kuyung telah ditabalkan sebagai Presiden baru Kelab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bagi tahun 2009 /2011 pada mesyuarat agong Kelab tersebut yang diadakan di bilik mesyuarat tingkat 3,Wisma Muis di sini baru-baru ini

Seperti yang diramalkan, kecuali jawatan Presiden yang lain dipertandingkan tiga hingga tujuh penjuru

Puan Hajah Latifah Datuk Abu Bakar Titingan dipilih sebagai timbalan Presiden setelah mengalahkan empat calon sementara Puan Sutynah Ag Ahmad dipilih Setiausaha Kehormat menewaskan tiga calon yang lain

Encik Jumatin Dukani berjaya mengekalkan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kehormat dengan majoriti besar dalam pertandingan tujuh penjuru

Bendahari Kehormat disandang oleh Encik Abdul Mumin Rasam setelah mengalahkan enam calon yang lain sementara Puan Jatiah Mokh dipilih sebagai Setiausaha Kebajikan menewaskan yang lain dengan mudah dalam pertandingan tujuh penjuru

Cik Dg Adey Mohd Yusof menewaskan enam calon yang lain dengan majoriti selesa untuk menjawat Setiausaha Sosial


Untuk Setiausaha Sukan Luar dengan mudah Encik Rusdi Belun menewaskan 6 calon yang lain sementara Encik Amir Hj Ibrahim dipilih sebagai Setiusaha Sukan Dalam mengalahkan lima calon yang lain

Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dalam ucapan perasmian beliau memberi jaminan akan memberi sokongan menjayakan sebarang aktiviti kepada Kelab selagi tidak bertentangan dengan dasar perkhidmatan awam dan berharap pengurusan baru Kelab akan terus berusaha membawa Kelab kearah yang lebih baik lagi dari yang sedia ada

Sementara itu Pemangku Kelab yang tidak bertanding sebarang jawatan dalam ucapan terdahulu, beliau menjelaskan bahawa beliau telah berusaha sedaya upaya membawa Kelab bukan sahaja bersukan semata-mata tetapi juga membawa ke suatu tahap dimana ahli-ahli mendapat suasana yang baik untuk percambahan daya berfikir yang akhirnya memberi manfaat yang banyak kepada diri dan organisasi keseluruhanya

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha SPAN, Encik Yunos Hj Ashmat dan Pengerusi SPAN, Datuk Ismail Ag Besar kerana dengan restu mereka berdua semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sentiasa turut sama berganding bahu menjayakan aktiviti Kelab sepanjang beliau memangku Presiden Kelab SPANS

Puan Rosnah Kuyung dalam ucapan sulung beliau sebagai Presiden baru Kelab berharap akan terus mendapat sokongan padu daripada semua ahli Kelab supaya semua aktiviti yang dirancang nanti dapat di laksanakan dengan baik dan berjaya


Mesyuarat Agong tahunan yang ke 19 Kelab SPAN ini di pengerusikan oleh Encik Harris Awang Tahir, Ketua Bahagian Memangku.

Turut hadir dimesyuarat tersebut ialah Encik Ag Ibrahim Ag Latif, Ketua Bahagian Pentadbiran dan

Kewangan, Encik Ag Dzulkernail Ag Hassan, Ketua Bahagian Qualiti dan Cik Nurul Harlijah, Ketua Bahagian Pengesahan



PERTANIAN


Mygrow Fertilizer
jimat dan ringkas


SANDAKAN: Mygrow Agriculture Enterprise, sebuah syarikat 100% milik Bumiputra muncul sebagai syarikat alternatif baru kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh Malaysia khususnya Sabah dalam penyediaan baja pilihan yang mudah dan ringkas digunakan

Mygrow Fertilizer buatan Malaysia ini adalah satu rumusan yang lengkap dan seimbang mengandungi unsur-unsur makro (N,P,K ) dan mikro (Mg, Cu, Fe,Mn,B,Mo dll )

Sesuai untuk tanaman kekal ( seperti kelapa sawit , pokok getah, dan buah-buahan ), tanaman jangka pendek seperti Padi, sayur-sayuran ), dan tanaman kontan (seperti tebu, jagung, ).


Mudah menyerap pada akar, ringkas dan menjimatkan kos serta telah diuji berkesan oleh pakar pertanian.

Mygrow Fertilizer dicipta khas dalam setiap beg seberat 2.5kg, mencukupi untuk pembajaan satu ekar kelapa sawit untuk jangka masa tiga bulan. Cara penggunaan Mygrow Fertilizer ini ada tercatat dalam setiap beg baja tersebut.

Pekebun-pekebun kecil atau sesiapa yang yang berminat untuk membeli Mygrow Fertilizer ini terus dari syarikat dengan tawaran harga istimewa , hubungi terus pemilik, pengurus syarikat.

Syarikat Mygrow Agriculture Entrprise, juga mempelawa sesiapa yang berminat menjadi agen atau stokis di daerah masing-masing dengan perolehan keuntungan yang baik. Hubungi terus:

Tuan Haji Said Bin Hj USman ,
Pemilik Mygrow Agriculture Enterprise
Lot 107, Lorong 4, Hillside, Taman Khong Lok
90000 Sandakan, Sabah, Malaysia,
Tel: 014 371 4324, 019 860 4324

No 80,Jalan Selangor,Tg Aru,88100 Kota Kinabalu,Sabah Malaysia,
Tel: 014 371 4324, 019 860 4324

Pengurus,
Mygrow Agriculture Enterprise
Tuan Haji Mohd Suhaimi
BATU PAHAT, JOHOR, Tel: 0137778037