Sabtu, 16 Januari 2010

Mesyuarat Agong Kelab SPANS


Rusnah Kuyung

Presiden baru Kelab SPANS

KOTA KINABALU: Puan Rosnah Kuyung telah ditabalkan sebagai Presiden baru Kelab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bagi tahun 2009 /2011 pada mesyuarat agong Kelab tersebut yang diadakan di bilik mesyuarat tingkat 3,Wisma Muis di sini baru-baru ini

Seperti yang diramalkan, kecuali jawatan Presiden yang lain dipertandingkan tiga hingga tujuh penjuru

Puan Hajah Latifah Datuk Abu Bakar Titingan dipilih sebagai timbalan Presiden setelah mengalahkan empat calon sementara Puan Sutynah Ag Ahmad dipilih Setiausaha Kehormat menewaskan tiga calon yang lain

Encik Jumatin Dukani berjaya mengekalkan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kehormat dengan majoriti besar dalam pertandingan tujuh penjuru

Bendahari Kehormat disandang oleh Encik Abdul Mumin Rasam setelah mengalahkan enam calon yang lain sementara Puan Jatiah Mokh dipilih sebagai Setiausaha Kebajikan menewaskan yang lain dengan mudah dalam pertandingan tujuh penjuru

Cik Dg Adey Mohd Yusof menewaskan enam calon yang lain dengan majoriti selesa untuk menjawat Setiausaha Sosial


Untuk Setiausaha Sukan Luar dengan mudah Encik Rusdi Belun menewaskan 6 calon yang lain sementara Encik Amir Hj Ibrahim dipilih sebagai Setiusaha Sukan Dalam mengalahkan lima calon yang lain

Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dalam ucapan perasmian beliau memberi jaminan akan memberi sokongan menjayakan sebarang aktiviti kepada Kelab selagi tidak bertentangan dengan dasar perkhidmatan awam dan berharap pengurusan baru Kelab akan terus berusaha membawa Kelab kearah yang lebih baik lagi dari yang sedia ada

Sementara itu Pemangku Kelab yang tidak bertanding sebarang jawatan dalam ucapan terdahulu, beliau menjelaskan bahawa beliau telah berusaha sedaya upaya membawa Kelab bukan sahaja bersukan semata-mata tetapi juga membawa ke suatu tahap dimana ahli-ahli mendapat suasana yang baik untuk percambahan daya berfikir yang akhirnya memberi manfaat yang banyak kepada diri dan organisasi keseluruhanya

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha SPAN, Encik Yunos Hj Ashmat dan Pengerusi SPAN, Datuk Ismail Ag Besar kerana dengan restu mereka berdua semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sentiasa turut sama berganding bahu menjayakan aktiviti Kelab sepanjang beliau memangku Presiden Kelab SPANS

Puan Rosnah Kuyung dalam ucapan sulung beliau sebagai Presiden baru Kelab berharap akan terus mendapat sokongan padu daripada semua ahli Kelab supaya semua aktiviti yang dirancang nanti dapat di laksanakan dengan baik dan berjaya


Mesyuarat Agong tahunan yang ke 19 Kelab SPAN ini di pengerusikan oleh Encik Harris Awang Tahir, Ketua Bahagian Memangku.

Turut hadir dimesyuarat tersebut ialah Encik Ag Ibrahim Ag Latif, Ketua Bahagian Pentadbiran dan

Kewangan, Encik Ag Dzulkernail Ag Hassan, Ketua Bahagian Qualiti dan Cik Nurul Harlijah, Ketua Bahagian Pengesahan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan