DI TIGABU
PULAU TIGABU; Didiami sekitar 600 orang yang majoritinya nelayan merupakan antara ribuan destinasi berehat hujung minggu yang sesuai kepada yang minat suasana laut dan jauh dari kesibukan bandaraya.
Pulau seluas 2 jam berjalan kaki mengelilinginya, memang indah dan seronok untuk mereka-mereka yang minat aktiviti scuba
Selain kaya makanan laut yang terdapat disekitarnya, pulau tersebut juga merupakan kawasan penternakan balat putih atau ‘sea cucumber’ untuk eksport.
Kami menaiki bot sewa untuk pergi dan balik dari Kanibongan ke Tigabu memakan masa 3 jam perjalanan. Pada awalnya kami menduga akan mengharungi ombak besar kerana ketika itu masih dalam musim tengkujuh namun sehingga kami mendarat di pulau tersebut keadaan ombak di sepanjang perjalanan biasa-biasa sahaja, demikian juga ketika kami pulang ke Kanibongan di Pitas
Dalam lawatan tersebut kami telah disambut dengan gembira dan dialu-alukan oleh masyarakat pulau diketuai oleh Ketua Kampung Encik Amir. Selama 4 hari dan 3 malam kami berada di sana tidak dapat berhubung dengan keluarga di tanah besar kerana tiada stesen pemancar telefon
Pulau
Selama berada di pulau ini rombongan kami mengadakan beberapa aktiviti agama seperti solat berjemaah dan kuliah subuh serta maghrib
Kiri: Dr Shariman, Kanan: Encik Murshid
Pada sebelah pagi hingga zohor, rombongan kami menggalakkan masyarakat pulau terlibat dalam majlis membaca hadis nabi s.a.w. dan belajar al quran
Satu perkara yang menarik ialah kedai runcit tidak sukar didapati kerana selang beberapa rumah terdapat kedai runcit menjual pelbagai jenis makanan khususnya untuk kanak-kanak malah gula yang sukar diperolehi di sekitar Kota Kinabalu dengan mudah di perolehi disana dengan harga hanya RM2.00 setiap satu kilogram
Ketua Kampung Encik Amir , seorang yang kreatif dan dedikasi, dalam ucapan perpisahan, beliau berharap rombongan seperti ini akan sudi datang semula kerana kehadiran rombongan akan memberi manfaat yang banyak kepada penduduk baik dari segi ekonomi mahupun rohani
Beliau juga berharap kepada masyarakat pulau akan bersatu selepas ini untuk mendirikan solat jumaat dan tidak lagi solat di dua surau yang berasingan untuk mengelakkan solat jumaat tidak sempurna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan