
En Ag Ibrahim,( dua dari kiri), En Jamri ( kanan ) dan Abdurrahman, 5 tahun (kiri sekali)
KOTA KINABLU: Kira-kra 10,000 umat Islam menyertai perarakan Maulidur Rasul bulan lepas diketuai oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Haji Ahmadshah Abdullah diiringi oleh YAB Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri dan beberapa kabinet negeri Sabah yang beragama Islam

Sebanyak 88 kontinjen dari pelbagai peringkat organisasi termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, diketuai oleh

Sepanjang jalan raya dari padang merdeka hingga ke dewan Saadah di Wisma Muis sejauh kira-kira dua km dipenuhi oleh umat Islam berumur serendah 5 tahun yang turut serta sebagai bersyukur dan gembira menyambut hari kelahiran nabi Muhamad s.a.w. yang jatuh pada bulan Rabi’ul Awwal setiap tahun


Rasulallah s.a.w.adalah contoh teladan yang sebaik-baiknya bagi manusia, Beliau telah berjaya membawa perubahan yang luar biasa dalam semua bidang dalam masa yang begitu singkat. Islam agama yang dibawa oleh nabi s.a.w.kini berada disetiap penjuru dunia

Dr Haji Muhiddin Yusin dan Datuk Maznah Ghani telah diumumkan sebagai tokoh Maulidur Rasul Sabah tahun 1431H/2010M
Tiada ulasan:
Catat Ulasan