Khamis, 27 Ogos 2009

TAZKIRAH


MATA PANAH SYAITAN!




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan dan umat Islam dimana jua anda berada.

Sempena bulan Ramadan ini, dicatatkan beberapa sabdaan Nabi s.a.w. untuk bacan kita bersama, mudah-mudahan akan memberi manfaat sebagai pedoman ringkas dan santai untuk meningkatkan lagi mutu puasa kita tahun ini:

Umar r.anhuma berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “ Allah s.w.t. dan para malaikatNya menurunkan rahmat keatas orang yang bersahur.”

Abdullah Bin Harith r.a. telah meriwayatkan daripada seorang sahabat bahawa beliau berkata , saya pernah bertemu Nabi s.a.w. sewaktu Baginda sedang makan sahur. Baginda telah bersabda, “ Bersahur adalah satu perkara yang diberkati yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu. Janganlah kamu meninggalkan bersahur.”

Dalam hadis yang lain Baginda telah bersabda, “ Jika tiada apa-apa ,maka makanlah walaupun dengan sebiji tamar kering ataupun seteguk air”.

Abu Ubaidah r.a berkata saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Puasa adalah perisai, selama dia tidak memecahkannya.”

Dalam riwayat lain menyatakan bahawa puasa adalah penjaga yang akan menyelamatkan seseorang daripada azab Allah s.w.t. Dinyatakan juga bahawa puasa akan menyelamatkan seseorang dari neraka jahanan. Dalam satu riwayat seseorang telah bertanya, “ Wahai Rasulullah! Apakah perkara yang merosakkan puasa?” Beginda menjawab, “ Berbohong dan mengumpat.”

Nabi s.a.w. bersabda, “ Penglihatan adalah satu daripada anak-anak panah syaitan. Sesiapa yang menjaga penglihatan kerana takutkan Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. akan mengurniakannya cahaya keimanan yang dapat dirasakan kemanisan dan kelazatan di dalam hatinya.”

Pada zaman Nabi s.a.w. terdapat dua orang perempuan yang berpuasa. Mereka mengalami kelaparan yang teramat sangat sehingga tidak tertanggung lagi, mereka hampir-hampir mati.
Para sahabat r.anhum telah bertanyakan Nabi s.a.w tentang mereka lalu Nabi telah hantarkan kepada mereka satu bekas dan telah perintahkan mereka supaya muntah kedalam bekas itu. Mereka berdua pun muntah lalu keluar ketulan-ketulan daging dan darah yang dimakan mentah-mentah. Orang ramai kehairanan.

Nabi s.a.w. telah bersabda, “ Kedua-dua perempuan itu telah mulakan puasa dengan rezki yang halal tetapi kemudianya mereka telah mengumpat orang ramai, sama sepeti mereka makan makanan yang haram.”

Pada suatu ketika, setelah melihat beberapa orang sahabat, Baginda s.a.w. telah bersabda “ Cungkillah gigi-gigmu.” Mereka berkata, Hari ini kami tidak makan sedikit dagingpun.” Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Daging saudaramu si polan terselit di celah-celah gigi kamu.”

Nabi s.a.w. telah ditanya oleh seseorang, “ Apakah itu mengumpat?” Baginda bersabda, “ Bercakap tentang sesuatu yang tidak disukai oleh seseorang di belakangnya.” Penyoal tadi bertanya lagi, “ Bagaimana kalau perkara yang diperkatakan itu sememangnya ada padanya?” Baginda s.a.w. menjawab, “ itulah mengumpat, kalau ia sememangnya tidak ada maka itu adalah fitnah.”

Pada suatu ketika Nabi s.a.w. telah lalu berdekatan dua buah kubur. Baginda s.a.w. telah bersabda, “ Mereka berdua sedang mengelami azab kubur. Seorang daripadanya kerana mengumpat dan seorang lagi kerana tidak berjaga-jaga ketika kencing.”

Satu hadith Nabi s.a.w. menyatakan, “ Riba mempunyai lebih tujuh puluh cabang. Yang paling rendah dan ringan ialah sama dengan dosa berzina dengan ibu sendiri. Satu dirham riba adalah lebih dahsyat daripada berzina tiga puluh lima kali. Sementara riba yang paling buruk dan keji ialah mencemari maruah seorang Islam.”

Semoga Allah s.w.t. memberi kita kekuatan untuk menghindari sifat suka mengumpat dan berjaga-jaga ketika kencing serta menjauhkan diri daripada riba. Allah s.w.t. jualah yang berkuasa menjauhkan kita dari penyakit- penyakit rohani dan sifat-sifat yang tidak baik.

Politik

ASET NEGARA LETAK
TEMPAT SESUAI


KOTA KINABALU: Beberapa minggu lepas saya telah diminta menghadiri satu taklimat mengenai promosi Malaysia Airlines di auditorium pejabat persekutuan Likas Kota Kinabalu

Antara yang berucap adalah CEO MAS, Datuk Seri Idis Jala. Beliau merupakan ahli koperat yang saya kagumi. Kadang-kadang saya akan mencari maklumat tentangnya melalui akhbar . Arahan untuk menghadiri taklimat tersebut diterima dengan hati yang gembira.
Beliau berucap tidak terlalu lama namun apa yang beliau perkatakan mengenai MAS adalah jelas dan berfakta. Rakan saya berbisik , ‘Bagus sekali kalau dia ni jadi menteri’.

Selepas mendengar ucapan beliau secara ’life,’ saya berazam untuk menggunakan penerbangan MAS selepas ini sekalipun mahal sedikit berbanding dengan AIRASIA.

Cara beliau berbicara yang banyak dalam bahasa inggeris, ringkas, padat dan jelas, menunjukan beliau adalah aset negara yang bernilai dan mesti diletak ditempat yang sesuai.

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Datuk Seri Idris Jala dilantik sebagai Menteri tanpa portfolio di jabatan perdana menteri merupakan satu keputusan bijak, kena dan tepat pada masanya.

Beliau yang memiliki ijazah university Sains Malaysia dan Sarjana dari Warwick,United Kingdom adalah antara tokoh bukan Islam yang harus kagumi dari segi kepakaran dan kebijaksanan menyelesaikan sesuatu masalah.

Mudah-mudahan pelantikan beliau sebagai menteri ini akan memberikan banyak manfaat kepada Malaysia. Tahniah Datuk Idris Jala!

Ahad, 23 Ogos 2009

Perkahwinan

USTAZ BONGSU NIKAH…!



MASJID UMS: Cik Ofelia Binti Yaakob,Sarjana dalam bidang Micro Biologi, Universiti Malaysia Sabah telah dinikahkan dengan Ustaz Bongsu Aziz, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Teknologi MARA , Kota Kinabalu pada 21 Ogos 2009, selepas Asar di Masjid Universiti Malaysia Sabah ( UMS ).



Majlis tersebut dilakukan oleh Imam Haji Lamsin Bin Anggali bersaksikan Ustaz Sarif Adol dan Ustaz Abdullah Khalid dengan mas kahwin satu set kitab Al Quran dan kitab Tafsir Ibnu Katsier.



Turut hadir menyaksikan majlis tersebut , Ustaz Ishaq Ramli, Ustaz Arshad Hj Hussien, Imam masjid UMS Ustaz Razali , dan rakan-rakan serta keluarga terdekat pengantin

Ustaz Bongsu berasal dari Membakut dan cik Ofelia dari Sandakan telah mengenali pasangan masing-masing sejak tahun lepas.

Semoga Allah merahmati mereka berdua sehingga ke anak cucu. Selamat Pengantin Baru.

TAZKIRAH

TINGKATKAN TAKWA
DI BULAN RAMADAN
- USTAZ BONGSU





KOTA KINABALU : Badan Kebajikan Islam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah mengadakan ceramah agama khas kepada ahli dan kakitangan Islam sempena menyambut bulan Ramadan di tingkat 3, Blok B, Wisma Muis pada khamis lepas.





Ceramah tersebut disampaikan oleh tuan Ustaz Bongsu Aziz, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Institut Teknologi MARA ( UITM ) Kota Kinabalu, dihadiri hampir kesemua kakitangan muslim seramai 51 orang

Dalam ceramah tersebut, beliau antara lain menyeru agar bulan Ramadan ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan amal kebaikan dan berusaha mendapatkan malam lailatul qadar yakni malam yang lebih baik dari seribu bulan






Beliau juga berharap bulan Ramadan ini akan menjadi medan untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt dengan bersyukur atas nikmat yang diperolehi dan berusaha memiliki sifat sentiasa mengingati kebaikan seseorang dan berterima kasih kepada orang yang pernah berbuat kebaikan serta sentiasa mengingati kesalahan diri yang pernah dilakukan terhadap seseorang. Juga berusaha sentiasa melupakan kebaikan yang pernah kita lakukan dan melupakan kesalahan seseorang yang pernah lakukan terhadap kita.





Dengan berbuat demikian seseorang itu akan menjadi ikhlas dalam setiap amalan dan sentiasa memperbaiki kekurangan diri serta menjadi insan yang penyabar.





Majlis yang diakhiri dengan tahlil dan doa itu turut dihadiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Y.bhg. Datuk Ismail Ag Besar, Puan Nurul Harlijah Osman, Puan Fatimah Hj Materang, Encik Harris Awang Tahir, Encik Ag Ibrahim Ag Latip dan Encik Awg Zulkernain Ag Hassan

Persidangan

Sabah bakal pengeluar
batik dan songket Malaysia


Datuk Yahya Hussin berucap merasmikan persidangan bagi pihak Ketua Menteri


KOTA BELUD: Puan Seri Haslin Abd Karim, isteri kepada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Jamaluddin Bin Hj Ahmad Damanhuri, mengetuai rombongan kira-kira 100 orang isteri dan suami kepada ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah melawat Kota Belud , sempena Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ke 12, yang diadakan di Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah pada 10 hingga 13 Ogos 2009

Puan Seri Haslin dan rombongan yang diiringi oleh Datin Adeline Dusil, isteri kepada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Ismail Ag Besar, meluangkan masa kira-kira sejam melawat dan melihat kerja tangan menghasilkan batik dan songket di pusat tersebut yang di kelola oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah

Pusat latihan membuat batik dan menenun songket ini kira-kira satu kilometer dari pusat pekan adalah petanda bahawa Kota Belud yang sehingga kini yang masih popular dengan panggilan Pekan Koboi , suatu hari kelak akan muncul sebagai pembekal tenaga mahir dari kalangan anak-anak Sabah sendiri kepada industri batik dan songket Malaysia






Suasana persidangan di Le Meridien Kota Knabalu

Melihat kepada situasai dan prasarana di pusat tersebut, Sabah di masa akan datang diyakini akan muncul sebagai pusat pengeluar batik dan songket . Rakyat Sabah seharusnya berterima kasih dan bersyukur kerana kerajaan telah menyediakan pusat tersebut di Negeri Bawah Bayu ini sebagai persiapan menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka menjadi negara maju ketika itu.

Menurut Encik Laduna, pengurus pusat tersebut , pusat latihan berkenaan telah beroperasi melatih anak-anak Sabah sejak 3 tahun lepas dan setiap tahun selepas keputusan SPM iklan pengambilan akan disebarkan melalui akhbar dan pengambilan terhad kepada 20 orang setiap sesi untuk jangkamasa selama 6 bulan. Selepas latihan tersebut pelatih boleh memilih untuk melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau menceburi kerjaya membuat batik dan songket secara sepenuh masa

Tidak ramai terfikir Sabah akan mempunyai pusat latihan sendiri dalam industri yang sudah sinonim dengan Terengganu dan Kelantan. Dengan wujudnya pusat latihan tersebut Sabah boleh berbangga kerana setiap tahun pusat tersebut akan melahirkan ramai anak watan yang berkebolehan dalam bidang pembuatan batik dan menenun songket



Gambar atas: Pegawai Perhubungan, En Ag Zulkernain Ag Hassan memberi taklimat kpd Urus Setia SPAN
Gambar bawah: Urus Setia persidangan tiba dan beroperasi di Le Meridien

Kerajaan, baik di peringkat negeri mahupun perseketuan harus terus menerus dan melipat gandakan lagi sokongan dan bantuan kepada pelatih-pelatih di pusat tersebut khususnya apabila mereka menamatkan latihan supaya bakat dan pengetahuan mereka dapat di manfatkan sebaik mungkin dan tidak menjadi sia-sia akhirnya

Cik Normawati Ismail berusia dalam 20an, seorang pelatih bercita-cita menjadi pengusaha batik dan berhasrat untuk menggunakan kemahiran yang diperolehi memulakan perniagaan dalam industri tersebut sebaik sahaja menamatkan pengajian . Beliau sudah menghabiskan masa lebih 4 bulan, menunjukkan kemahiran membuat batik kepada ahli rombongan. Beliau memang mempunyai bakat dan tidak mustahil akan menjadi pengusaha batik yang berjaya pada masa akan datang



Atas kiri: TYT Tun Datuk Seri Panglima Hj Ahmadshah bergambar kenangan bersama para peserta riadah Golf
Atas Kanan: Datuk Ismail mengirigi SKN, Datuk Sukarti ke kaunter pendaftaran riadah Golf
Bawah kiri: Encik Pudin memusatkan tenaga sebelum memulakan balingan boling
Bawah kanan: Pengerusi Penganjur boling, Datuk Udin Dullah sedang berucap

Sementara Cik Inziana Saitim juga dari Kota Marudu, sudah 4 bulan mengikuti latihan dalam bidang menenun songket berkongsi hasrat dengan Cik Normawati untuk memulakan kerjaya dalam bidang masing-masing sebaik tamat latihan kelak

Promosi dan sokongan moral penggunaan dan pembuatan batik Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah dimulakan oleh Allahyarham Datin Seri Endon, isteri mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi, tentunya akan gembira seandainya beliau berkesempatan untuk melihat kejayaan Sabah menjadikan industri batik dan songket ini bertapak di sini. Allahyarham yang bertanggunjawab mempopularkan lagi batik dan songket Malaysia ini pasti akan di ingati oleh mereka yang terlibat dalam industri itu di seluruh negara





Gambar atas: Puan Seri Haslin menyampaikan cendera
kenangan kepada Tn Hj Jimin di GDW Kg Bobot Kota Belud

Selepas meluangkan masa di pusat latihan tersebut, para rombongan telah disambut meriah oleh masyarakat Gabungan Desa Wawasan ( GDW ) Kg Bobot kira-kira 3 kilometer dari pusat latihan tersebut dengan sambutan penuh tradisi sukukaum bajau. Mereka telah diarak sejauh kira-kita 500 meter diiringi pemuda-pemuda berkuda bersama pukulan gong, gendang dan kompang
Turut sama mengiringi rombongan adalah Pegawai Daerah, En Mohd Najib Muntok, Ketua Daerah, OKK Datuk Golkhan Bin Hasbullah dan Pengerusi JKK GDW Kg Bobot, Tuan Haji Jimin Md Taib

Pengerusi JKK, Tuan Haji Jimin Md Taib dalam ucapan alua-aluan menyambut ketibaan robongan, mengucapkan terima kasih kerana memilih GDW Kg Bobot sebagai destinasi lawatan tersebut. Beliau berharap pada masa akan datang ahli rombongan sudi bersama keluarga masing-masing berkunjung semula ke Kota Belud khususnya GDW Kg Bobot dan beliau sedia menguruskan di mana perlu ketika lawatan akan datang

Puan Seri Haslin Abd Karim, dalam ucapan balas merakamkan ucapan terima kasih kerana diberikan sambutan yang sangat meriah oleh masyarakat GDW Kg Bobot. Beliau menyeru agar golongan wanita di GDW Kg Bobot terus meningkatkan ilmu pengetahuan mereka bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi dan pendidikan keluarga masing-masing kerana kedua bidang tersebut adalah penting untuk membangunkan sosioekonomi mereka

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang silih berganti mengiringi rombongan di setiap sempadan daerah yang dilalui bagi memudahkan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Le Meridien di Kota Kinbalu sejauh kira-kira 80KM

Sementara itu, di Papar sehari sebelum ke Kota Belud sambutan meriah juga diadakan di Dewan Masyarakat Papar oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, YB Datuk Gulam Haidar @ Yusof Bin Khan Bahadar , Ahli Dewan Undangan Negeri Bongawan, YB Datuk Karim Bujang dan Pegawai Daerah Papar , Encik Iman Ali meraihkan rombongan puan Seri selepas melawat Kg Papaga



Gambar atas: Puan Seri Haslin menyampaikan cendera kenangan kepada Pegawai Daeah Papar,
En Iman Ali diperhatikankan oleh YB Datuk Gulam

Manakala di Muzium negeri Kota Kinabalu , walaupun ahli rombongan tidak dapat melawat keseluruhan Muzium utama kerana bekalan letrik terputus ketika itu namun mereka berkesempatan juga melawat Kampong Warisan yang memiliki tarikan tersedniri.


Puan Seri Haslin menyampaikan cendera kenangan kepada
En Ismail HJ Mansur ,Kurator Muzium Negeri Sabah

Sesiapa sahaja yang berada di Kampong Warisan Muzium negeri pasti merasakan mereka seolah-olah berada dalam satu perkampongan sukubangsa bajau, murut ,kedazan,cina dan rungus di era tahun 60an

Sehari sebeum persidangan para peserta telah disediakan jadual ketat menyertai riadah golf di Nezus Karambunai Golf Resort pada sebelah pagi yang turut disertai oleh TYT Tun Ahmadshah dan pada malamnya mereka menyertai Boling di CPS Bowl, Centerpoint Kota Kinabalu

Ahad, 2 Ogos 2009

PERSIDANGAN

PERSIDANGAN SPA KE -12
DI KOTA KINABALU


KOTA KINABALU : Persidangan Suruhanjaya - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-12 akan diadakan pada 10 hingga 13 Ogos 2009 di Le Meridien , Kota Kinabalu Sabah ,bertemakan Perkhidmatan Awam: Pelanggan didahulukan, Pencapaian diutamakan


Persidangan tersebut dianjurkan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Suruhanjaya Perkidmatan Pelajaran dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah berobjektif memberi peluang kepada peserta berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan pelantikan, pengurusan sumber manusia dan perkhidmatan awam amnya dan membolehkan peserta menimba ilmu dari amalan terbaik urusan pengambilan dan pengurusan sumber manusia dan melaksanakannya ke arah perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan dan mengutamakan pencapaian

En Ag Ibrahim Ag Latif


Menurut Encik Ag Ibrahim Ag Latif, Penolong Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sabah, Sebanyak 13 kertas kerja akan dibentangkan oleh beberapa individu terkenal negara dalam persidangan tersebut termasuk Y. Bhg Dato’ Lamien bin Sawiyo, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Y.Bhg Prof Dr Md Yusof Bin Abu Bakar, dari Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tingg, Cik Normi Binti Nordin, Pengarah Bahagian Pembasmian Kemiskinan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, dan Y.Bhg Datuk Haji Nordin Siman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, dijangka lebih 200 peserta dari seluruh negara menyertai persidang itu.