Ahad, 23 Ogos 2009

Perkahwinan

USTAZ BONGSU NIKAH…!



MASJID UMS: Cik Ofelia Binti Yaakob,Sarjana dalam bidang Micro Biologi, Universiti Malaysia Sabah telah dinikahkan dengan Ustaz Bongsu Aziz, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Teknologi MARA , Kota Kinabalu pada 21 Ogos 2009, selepas Asar di Masjid Universiti Malaysia Sabah ( UMS ).



Majlis tersebut dilakukan oleh Imam Haji Lamsin Bin Anggali bersaksikan Ustaz Sarif Adol dan Ustaz Abdullah Khalid dengan mas kahwin satu set kitab Al Quran dan kitab Tafsir Ibnu Katsier.



Turut hadir menyaksikan majlis tersebut , Ustaz Ishaq Ramli, Ustaz Arshad Hj Hussien, Imam masjid UMS Ustaz Razali , dan rakan-rakan serta keluarga terdekat pengantin

Ustaz Bongsu berasal dari Membakut dan cik Ofelia dari Sandakan telah mengenali pasangan masing-masing sejak tahun lepas.

Semoga Allah merahmati mereka berdua sehingga ke anak cucu. Selamat Pengantin Baru.

2 ulasan:

  1. alhamdulillah,

    Moga dipanjangkan jodoh. Rasanya ini isteri ust bongsu yang kedua. Redha Isteri pertama nescaya PAYUNG EMAS akan dimilikinya di syurga kelak. Bukan senang dan mudah isteri pertama untuk bermadu.

    Wallahu'alam.

    albelurani.blogspot.com

    BalasPadam
  2. salam.

    saya salah seorang pelajar, peminat, & menganggap ust bongsu sbg sahabat yg hebat. alhamdulillah.
    moga melahirkan generasi pejuang & pendakwah Islam, selamat berbahagia insyaAllah sampai ke syurga.
    kepada isteri pertama ust...Hanya Allah saja yang mampu membalas amal ikhlasmu.

    Allahuakbar.

    (Minta izin copy k blog saya. Syukran =)

    BalasPadam