Ahad, 23 Ogos 2009

TAZKIRAH

TINGKATKAN TAKWA
DI BULAN RAMADAN
- USTAZ BONGSU





KOTA KINABALU : Badan Kebajikan Islam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah mengadakan ceramah agama khas kepada ahli dan kakitangan Islam sempena menyambut bulan Ramadan di tingkat 3, Blok B, Wisma Muis pada khamis lepas.





Ceramah tersebut disampaikan oleh tuan Ustaz Bongsu Aziz, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Institut Teknologi MARA ( UITM ) Kota Kinabalu, dihadiri hampir kesemua kakitangan muslim seramai 51 orang

Dalam ceramah tersebut, beliau antara lain menyeru agar bulan Ramadan ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan amal kebaikan dan berusaha mendapatkan malam lailatul qadar yakni malam yang lebih baik dari seribu bulan






Beliau juga berharap bulan Ramadan ini akan menjadi medan untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt dengan bersyukur atas nikmat yang diperolehi dan berusaha memiliki sifat sentiasa mengingati kebaikan seseorang dan berterima kasih kepada orang yang pernah berbuat kebaikan serta sentiasa mengingati kesalahan diri yang pernah dilakukan terhadap seseorang. Juga berusaha sentiasa melupakan kebaikan yang pernah kita lakukan dan melupakan kesalahan seseorang yang pernah lakukan terhadap kita.





Dengan berbuat demikian seseorang itu akan menjadi ikhlas dalam setiap amalan dan sentiasa memperbaiki kekurangan diri serta menjadi insan yang penyabar.





Majlis yang diakhiri dengan tahlil dan doa itu turut dihadiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Y.bhg. Datuk Ismail Ag Besar, Puan Nurul Harlijah Osman, Puan Fatimah Hj Materang, Encik Harris Awang Tahir, Encik Ag Ibrahim Ag Latip dan Encik Awg Zulkernain Ag Hassan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan