Ahad, 23 Ogos 2009

Persidangan

Sabah bakal pengeluar
batik dan songket Malaysia


Datuk Yahya Hussin berucap merasmikan persidangan bagi pihak Ketua Menteri


KOTA BELUD: Puan Seri Haslin Abd Karim, isteri kepada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Jamaluddin Bin Hj Ahmad Damanhuri, mengetuai rombongan kira-kira 100 orang isteri dan suami kepada ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah melawat Kota Belud , sempena Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ke 12, yang diadakan di Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah pada 10 hingga 13 Ogos 2009

Puan Seri Haslin dan rombongan yang diiringi oleh Datin Adeline Dusil, isteri kepada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Ismail Ag Besar, meluangkan masa kira-kira sejam melawat dan melihat kerja tangan menghasilkan batik dan songket di pusat tersebut yang di kelola oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah

Pusat latihan membuat batik dan menenun songket ini kira-kira satu kilometer dari pusat pekan adalah petanda bahawa Kota Belud yang sehingga kini yang masih popular dengan panggilan Pekan Koboi , suatu hari kelak akan muncul sebagai pembekal tenaga mahir dari kalangan anak-anak Sabah sendiri kepada industri batik dan songket Malaysia






Suasana persidangan di Le Meridien Kota Knabalu

Melihat kepada situasai dan prasarana di pusat tersebut, Sabah di masa akan datang diyakini akan muncul sebagai pusat pengeluar batik dan songket . Rakyat Sabah seharusnya berterima kasih dan bersyukur kerana kerajaan telah menyediakan pusat tersebut di Negeri Bawah Bayu ini sebagai persiapan menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka menjadi negara maju ketika itu.

Menurut Encik Laduna, pengurus pusat tersebut , pusat latihan berkenaan telah beroperasi melatih anak-anak Sabah sejak 3 tahun lepas dan setiap tahun selepas keputusan SPM iklan pengambilan akan disebarkan melalui akhbar dan pengambilan terhad kepada 20 orang setiap sesi untuk jangkamasa selama 6 bulan. Selepas latihan tersebut pelatih boleh memilih untuk melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau menceburi kerjaya membuat batik dan songket secara sepenuh masa

Tidak ramai terfikir Sabah akan mempunyai pusat latihan sendiri dalam industri yang sudah sinonim dengan Terengganu dan Kelantan. Dengan wujudnya pusat latihan tersebut Sabah boleh berbangga kerana setiap tahun pusat tersebut akan melahirkan ramai anak watan yang berkebolehan dalam bidang pembuatan batik dan menenun songket



Gambar atas: Pegawai Perhubungan, En Ag Zulkernain Ag Hassan memberi taklimat kpd Urus Setia SPAN
Gambar bawah: Urus Setia persidangan tiba dan beroperasi di Le Meridien

Kerajaan, baik di peringkat negeri mahupun perseketuan harus terus menerus dan melipat gandakan lagi sokongan dan bantuan kepada pelatih-pelatih di pusat tersebut khususnya apabila mereka menamatkan latihan supaya bakat dan pengetahuan mereka dapat di manfatkan sebaik mungkin dan tidak menjadi sia-sia akhirnya

Cik Normawati Ismail berusia dalam 20an, seorang pelatih bercita-cita menjadi pengusaha batik dan berhasrat untuk menggunakan kemahiran yang diperolehi memulakan perniagaan dalam industri tersebut sebaik sahaja menamatkan pengajian . Beliau sudah menghabiskan masa lebih 4 bulan, menunjukkan kemahiran membuat batik kepada ahli rombongan. Beliau memang mempunyai bakat dan tidak mustahil akan menjadi pengusaha batik yang berjaya pada masa akan datang



Atas kiri: TYT Tun Datuk Seri Panglima Hj Ahmadshah bergambar kenangan bersama para peserta riadah Golf
Atas Kanan: Datuk Ismail mengirigi SKN, Datuk Sukarti ke kaunter pendaftaran riadah Golf
Bawah kiri: Encik Pudin memusatkan tenaga sebelum memulakan balingan boling
Bawah kanan: Pengerusi Penganjur boling, Datuk Udin Dullah sedang berucap

Sementara Cik Inziana Saitim juga dari Kota Marudu, sudah 4 bulan mengikuti latihan dalam bidang menenun songket berkongsi hasrat dengan Cik Normawati untuk memulakan kerjaya dalam bidang masing-masing sebaik tamat latihan kelak

Promosi dan sokongan moral penggunaan dan pembuatan batik Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah dimulakan oleh Allahyarham Datin Seri Endon, isteri mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi, tentunya akan gembira seandainya beliau berkesempatan untuk melihat kejayaan Sabah menjadikan industri batik dan songket ini bertapak di sini. Allahyarham yang bertanggunjawab mempopularkan lagi batik dan songket Malaysia ini pasti akan di ingati oleh mereka yang terlibat dalam industri itu di seluruh negara





Gambar atas: Puan Seri Haslin menyampaikan cendera
kenangan kepada Tn Hj Jimin di GDW Kg Bobot Kota Belud

Selepas meluangkan masa di pusat latihan tersebut, para rombongan telah disambut meriah oleh masyarakat Gabungan Desa Wawasan ( GDW ) Kg Bobot kira-kira 3 kilometer dari pusat latihan tersebut dengan sambutan penuh tradisi sukukaum bajau. Mereka telah diarak sejauh kira-kita 500 meter diiringi pemuda-pemuda berkuda bersama pukulan gong, gendang dan kompang
Turut sama mengiringi rombongan adalah Pegawai Daerah, En Mohd Najib Muntok, Ketua Daerah, OKK Datuk Golkhan Bin Hasbullah dan Pengerusi JKK GDW Kg Bobot, Tuan Haji Jimin Md Taib

Pengerusi JKK, Tuan Haji Jimin Md Taib dalam ucapan alua-aluan menyambut ketibaan robongan, mengucapkan terima kasih kerana memilih GDW Kg Bobot sebagai destinasi lawatan tersebut. Beliau berharap pada masa akan datang ahli rombongan sudi bersama keluarga masing-masing berkunjung semula ke Kota Belud khususnya GDW Kg Bobot dan beliau sedia menguruskan di mana perlu ketika lawatan akan datang

Puan Seri Haslin Abd Karim, dalam ucapan balas merakamkan ucapan terima kasih kerana diberikan sambutan yang sangat meriah oleh masyarakat GDW Kg Bobot. Beliau menyeru agar golongan wanita di GDW Kg Bobot terus meningkatkan ilmu pengetahuan mereka bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi dan pendidikan keluarga masing-masing kerana kedua bidang tersebut adalah penting untuk membangunkan sosioekonomi mereka

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang silih berganti mengiringi rombongan di setiap sempadan daerah yang dilalui bagi memudahkan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Le Meridien di Kota Kinbalu sejauh kira-kira 80KM

Sementara itu, di Papar sehari sebelum ke Kota Belud sambutan meriah juga diadakan di Dewan Masyarakat Papar oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, YB Datuk Gulam Haidar @ Yusof Bin Khan Bahadar , Ahli Dewan Undangan Negeri Bongawan, YB Datuk Karim Bujang dan Pegawai Daerah Papar , Encik Iman Ali meraihkan rombongan puan Seri selepas melawat Kg Papaga



Gambar atas: Puan Seri Haslin menyampaikan cendera kenangan kepada Pegawai Daeah Papar,
En Iman Ali diperhatikankan oleh YB Datuk Gulam

Manakala di Muzium negeri Kota Kinabalu , walaupun ahli rombongan tidak dapat melawat keseluruhan Muzium utama kerana bekalan letrik terputus ketika itu namun mereka berkesempatan juga melawat Kampong Warisan yang memiliki tarikan tersedniri.


Puan Seri Haslin menyampaikan cendera kenangan kepada
En Ismail HJ Mansur ,Kurator Muzium Negeri Sabah

Sesiapa sahaja yang berada di Kampong Warisan Muzium negeri pasti merasakan mereka seolah-olah berada dalam satu perkampongan sukubangsa bajau, murut ,kedazan,cina dan rungus di era tahun 60an

Sehari sebeum persidangan para peserta telah disediakan jadual ketat menyertai riadah golf di Nezus Karambunai Golf Resort pada sebelah pagi yang turut disertai oleh TYT Tun Ahmadshah dan pada malamnya mereka menyertai Boling di CPS Bowl, Centerpoint Kota Kinabalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan