Khamis, 18 Jun 2009

PERHIMPUNAN ISLAM DI MASJID MENGGATAL



























MASJID MENGGATAL, KOTA KINABALU: Kira-kira 2000 orang Islam dari sekitar Labuan, Beaufort, Keningau, Papar, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas,Kudat , Pulau Banggi, Pulau Tibagu, Ranau, Kundasang dan Kota Kinabalu telah berhimpun di Masjid Pekan Menggatal sejak awal pagi Sabtu hingga Zohor Ahad minggu lepas

Perhimpunan yang dihadiri oleh kebanyakannya ketua keluarga seawal belasan tahun sehingga yang berusia melepasi 70an adalah Nelayan, Petani, Peniaga, Kakitangan Kerajaan, Arketik, Jurutera, Juruterbang, Doktor, Guru Agama dan sebagainya bertujuan semata-mata untuk memantapkan lagi akidah mereka sebagai Islam Ahli Sunnah Waljamaah yang merupakan agama rasmi negara ini

Mereka yang hadir lebih dikenali sebagai ‘ahli masjid’ kerana peranan mereka yang sentiasa menjadikan masjid dan surau sebagai tempat Ibadah, Pusat Dakwah, Gedung menimba ilmu dan Pusat Khidmat Masyarakat setempat

Mereka yang hadir dan iktikaf di masjid tersebut, sebahagian besar dari mereka ditempatkan dalam 19 unit khemah seluas 20’X 20’ dan 10’ X 10’ di luar masjid terdiri dari pelbagai sukubangsa seperti China, Melayu, Dusun, India, Pakistan, Indonesia dan Filipina

Sepanjang perhimpunan para peserta dihidangkan roti canai sebagai sarapan pagi dan nasi briani untuk makan tengahari dan malam serta lebih 400 kotak air meniral untuk minuman dan kira-kira 100,000 liter air bersih digunakan yang ditempah khas dari syarikat membekal air di sini untuk kegunaan sepanjang perhimpunan tersebut selama 1 malam 2 hari.

Perhimpunan berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan dan galakan masyarakat sekitar termasuk mereka yang bukan Islam dengan menyediakan kawasan lapang masing-masing untuk meletak kenderaan mereka yang hadir

Seperkara yang menarik ialah ada dikalangan yang hadir terpaksa datang satu malam lebih awal kerana tempat tinggal mereka jauh dari tapak perhimpunan tersebut. Encik Khamis Kaya seorang guru di Pulau Tibagu terpaksa merentas lautan memakan masa kira-kira lapan jam menaiki bot untuk sampai ke bandar Kudat kemudian menaiki bas ke Kota Kinabalu sebelum menaiki bas lain ke Masjid Pekan Menggatal

Encik Imran dari Pulau Banggi, kira-kira dua jam perjalanan menaiki bot ke bandar Kudat pula sanggup meninggalkan profesion beliau sebagai Nelayan selama tiga hari tiga malam semata-mata tidak mahu terlepas peluang menyertai perhimpunan tersebut yang turut dihadiri oleh guru-guru agama dari dalam dan luar negara

Selepas perhimpunan, seramai lebih 70 orang daripada yang hadir telah dihantar ke Beaufort, kepulauan di Utara Sabah khususnya Banggi dan Balambangan dan Pedalaman Pantai Barat untuk jangka masa sekurang-kurangnya empat puluh hari bertujuan mempelajari kehidupan Masyarakat Islam dan mempraktikan Dakwah mengikut cara Rasulullah SAW

Ceramah Khas untuk wanita di sekitar Kota Kinabalu juga diadakan di rumah Puan Faridah Hj Abdul Ahmad di di Tg Aru. Beliau ketika ditemui menjelaskan bahawa ceramah khas seperti itu perlu selalu diadakan kerana boleh memantapkan lagi akidah Islam mereka yang menghadiri ceramah tersebut

“ Dengan mantapnya akidah, kita akan mudah melaksanakan apa juga hukum-hukum agama yang diperintah untuk dilaksanakan dan meninggalkan segala larangan yang ditegah Allah SWT, dan ibadahpun akan lebih berkualiti malah hubungan sesama insan juga akan bertambah lebih baik lagi.” Ujarnya.

“ Bukan lelaki sahaja, wanita pun perlu selalu mendengar nasihat agama dalam majlis sedemikian supaya yang diperolehi dari majlis tersebut dapat secara langsung dipraktikan untuk kebaikan bersama keluarga, dan anak-anak juga akan mendapat tunjuk ajar yang betul dan mengikut kehendak agama daripada ibu mereka yang memang model kepada anak-anak.” Tambahnya lagi

Guru Agama yang hadir dan mengendalikan perhimpunan dipenuhi dengan ceramah agama itu diketuai oleh Maulana Mohamad Shoukath dari India, bertolak ke Beaufort selepas subuh Isnin, seterusnya ke Labuan selepas asar dan ke Brunei pada selasa pagi sebelum pulang ke Kuala Lumpur

Pengerusi Pelaksana Perhimpunan, Tuan Hj Mohamad Sulaiman, berkata perhimpunan itu berjalan lancar tanpa ada apa-apa insiden yang tidak dingini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada yang hadir kerana kerjasama yang diberikan hingga perhimpunan dapat berjalan lancar, juga terima kasih kepada pihak berkuasa , rakan-rakan dan jiran-jiran yang memberi kerjasama yang baik hingga terlaksananya perhimpunan tersebut dengan jayanya. Dan beliau berdoa semoga Allah membalas kebaikan kepada semua yang terlibat menjayakan perhimpunan tersebut.

Sementara itu di Tawau , program yang sama untuk Masyarakat Islam Pantai Timur juga di- adakan serentak pada hari dan masa yang sama di Madrasah Tahfiz Al Quran Jalan Imam Galundang, Kg Tanjung Batu Darat kira-kira lima kilometer dari bandar Tawau

Perhimpunan yang dipimpin oleh Maulana Abdul Hamid, Imam masjid Bandar Baru Sri Petaling dihadiri kira-kira 1,500 orang, dan lebih 100 orang dari perhimpunan tersebut telah dihantar untuk jangka masa sehingga empat bulan ke kepulauan dan Pendalaman Pantai Timur Sabah atas tujuan yang sama yakni mempelajari kehidupan Islam dan mempraktikan Dakwah Rasulullah SAW.

Ahad, 7 Jun 2009

AGENCY AWARDS NITE 2008









Hotel Meridien,Kota Kinabalu: Suasana malam Agency Awards Nite 2008 MAA Takaful dan MAA Assurance bagi Sabah dan Miri di sini pada 15 Mei 2009

ABDURRAHMAN HANTAR TPM DI T2






KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2009 di Padang Merdeka disini. Sambutan Tadau Kaamatan ini adalah antara enam perayaan utama kaum-kaum di Malaysia yang telah di istiharkan sebagai Majlis Terbuka Malaysia

Perayaan yang di sambut setiap tahun oleh masyarakat kadazan/Dusun dan murut adalah tanda kesyukuran kerana selesai musim menuai padi

Tan Sri Muhyiddin berangkat pulang petang tadi selepas meluangkan masa kira-kira hampir 4 jam bersama ribuan rakyat pelbagai kaum di negeri ini meraikan majlis rumah terbuka tersebut. Turut hadir di T2 mengiring keberangatan pulang TPM ialah Datuk Sri Panglima Yahya Hussin TKM, Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Datuk Taufik Abu Bakar Titingan, TM Kewangan Negeri dan Datuk Rashid , Pesuruhjaya Polis Sabah

Gambar Tengah: Tan Sri Muhyiddin berbual dengan TKM Datuk Yahya sebelum menaiki jet rasmi

Gambar Bawah: kelihatan pegawai-pegwai kerajaan turut serta mengiringi keberangkatan pulang TPM

Gambar Atas: Abdurrahman Said berusia 4 tahun turut serta menghantar TPM di Terminal 2

HARRIS CEMERLANG









KOTA KINABALU: Orangnya lemah lembut, ceria, periang dan mesra,siapa sahaja yang pertama kali bersua muka dengan nya pasti terasa seakan sudah mengenali beliau agak lama.Beliau senang dan sentiasa sedia berkungsi idea dan pengelaman dalam banyak perkara khasnya dalam menyelesaikan tugas harian di pejabat

Berusia 55 tahun masih berkhidmat dan telah 37 tahun menyumbang khidmat bakti kepada 10 buah jabatan setakat ini,memang dikenali ramai sebagai anggota perkhidmatan Awam. Beliau adalah Harris Bin Awang Tahir,Ketua Bahagian Memangku, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri,

Mula bertugas pada 05 Febuari 1972 sebagai Kerani Am gred D1A,1,2,3 di Pejabat Residen Pedalaman, Pejabat Daerah Keningau. Setahun kemudian menjalankan tugas yang sama di Pejabat Daerah Pensiangan sehingga akhir tahun 1974, dan Kerani Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara Sabah ,di Pejabat Daerah Tambunan sehingga penghujung tahun 1978

Bertukar di Jabatan Kerja Raya Kota Kinabalu sebagai Kerani Akaun, gred C11 sehingga jun 1983, sebelum di naikkan pangkat ke Kerani Tingkatan Khas ,gred C3 pada 01 Januari 1985.

Sepuluh tahun kemudian beliau dilantik Memangku jawatan Penolong Pegawai Tadbir, N6 di kementerian Pembangunan Luar Bandar sehingga Disember 1996, dan di tukarkan ke Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Kota Kinabalu hingga Disember 1999 seterusnya di naikkan pangkat Secara hakiki ke Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N6 pada 28 Jun 2001 dan berkhidmat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri hingga Mac 2003

Lapan bulan kemudian beliau dinaikkan pangkat lagi ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir N32, dan berkhidmat di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, hingga Januari 2007 sebelum di tukarkan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dan di lantik Memangku jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N36 dan di naikkan pangkat secara hakiki ke jawatan tersebut pada 25 April 2008 sehingga sekarang

Beliau yang mendapat pendidikan awal di Govt Primary School, Tandek Kota Marudu pada bulan Januari 1963 dan SRK Sembulan , Jesselton pada januari 1964 hingga 1967 seterusnya La Salle Secondary School, Tg Aru sehingga Disember 1969 dan mengakhiri alam persekolahan di SMK Arshad , Kota Belud pada 31 Januari 1972.

Ayah kepada lima anak perempuan dan seorang lelaki ini sudah mendapat gelaran 'Datuk' daripada tiga orang cucu pada usia setengah abad ini hasil perkongsian hidup dengan puan Habibah Binti Ahmad Seorang suri rumah sepenuh masa.

Dilahirkan di Kota Marudu pada 12 Jun 1954, berketurunan Kadazan/Dusun, kelihatan masih gagah dan kacak lebih-lebih lagi bila memakai songkok hitam dan baju Melayu bersamping songket setiap Jumaat

Selain sibuk dengan tugas harian setiap hari beliau juga meluangkan masa berpersatuan dan terlibat secara langsung sebagai ahli Koperasi Kementerian Pertanian ( KOTANI ),Kelab Sukan dan Rekreasi dan Badan Kebajikan Islam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

Pada masa lapang, beliau meluangkan masa bermain Badminton, Dart, Kerom dan dan baru-baru ini Juara berpasukan Sahiba 2009, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

Peristiwa manis sebagai anggota perkhidmatan awam yang sukar dilupakan dan akan di kenang hingga akhir hayat ialah apabila menerima anugerah Sijil Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am pada tahun 1994 dan dianugerahkan Bintang Setia Kinabalu ( BSK ) oleh TYT Tun Sakaran Bin Dandai pada tahun 2000, serta yang terbaru menerima anugerah Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2008 bersama wang tunai seribu ringgit daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri yang di sampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Sukarti Wakiman pada 28 Febuari lepas.

" InsyaAllah, Saya akan terus menabur bakti kepada negara sebelum bersara pada 12 Jun 2012." katanya mengakhiri perbualan kami sambil berjalan menuju 'punch kad' untuk keluar pejabat kira-kira jam 5.30 petang jumaat lepas

Semasa majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang tersebut, En Yunus Hj Ashmat, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, dalam ucapan beliau berharap kakitangan akan terus membentuk dan membina keperibadian positif seperti jujur, ikhlas, rajin, amanah dan cekap dalam menjalankan tugas harian dan meminta Ketua Bahagian memastikan setiap kakitangan di bawah jagaan masing-masing akan terus berperibadi lebih baik lagi berbanding tahun 2008 supaya kecemerlangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah akan terus meningkat di masa akan datang.

Gambar atas: Encik Harris menerima Sijil Cemerlang drpd SKN

Gambar Tengah: SKN Datuk Hj Sukarti Wakiman, Pengerusi SPAN,Datuk Ismail Ag Besar,En Yunos Ashmat, Setiausaha SPAN

Gambar bawah: Encik Harris diiringi isteri tersayang tidak mengira susah atau senang