Ahad, 7 Jun 2009

HARRIS CEMERLANG









KOTA KINABALU: Orangnya lemah lembut, ceria, periang dan mesra,siapa sahaja yang pertama kali bersua muka dengan nya pasti terasa seakan sudah mengenali beliau agak lama.Beliau senang dan sentiasa sedia berkungsi idea dan pengelaman dalam banyak perkara khasnya dalam menyelesaikan tugas harian di pejabat

Berusia 55 tahun masih berkhidmat dan telah 37 tahun menyumbang khidmat bakti kepada 10 buah jabatan setakat ini,memang dikenali ramai sebagai anggota perkhidmatan Awam. Beliau adalah Harris Bin Awang Tahir,Ketua Bahagian Memangku, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri,

Mula bertugas pada 05 Febuari 1972 sebagai Kerani Am gred D1A,1,2,3 di Pejabat Residen Pedalaman, Pejabat Daerah Keningau. Setahun kemudian menjalankan tugas yang sama di Pejabat Daerah Pensiangan sehingga akhir tahun 1974, dan Kerani Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara Sabah ,di Pejabat Daerah Tambunan sehingga penghujung tahun 1978

Bertukar di Jabatan Kerja Raya Kota Kinabalu sebagai Kerani Akaun, gred C11 sehingga jun 1983, sebelum di naikkan pangkat ke Kerani Tingkatan Khas ,gred C3 pada 01 Januari 1985.

Sepuluh tahun kemudian beliau dilantik Memangku jawatan Penolong Pegawai Tadbir, N6 di kementerian Pembangunan Luar Bandar sehingga Disember 1996, dan di tukarkan ke Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Kota Kinabalu hingga Disember 1999 seterusnya di naikkan pangkat Secara hakiki ke Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N6 pada 28 Jun 2001 dan berkhidmat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri hingga Mac 2003

Lapan bulan kemudian beliau dinaikkan pangkat lagi ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir N32, dan berkhidmat di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, hingga Januari 2007 sebelum di tukarkan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dan di lantik Memangku jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N36 dan di naikkan pangkat secara hakiki ke jawatan tersebut pada 25 April 2008 sehingga sekarang

Beliau yang mendapat pendidikan awal di Govt Primary School, Tandek Kota Marudu pada bulan Januari 1963 dan SRK Sembulan , Jesselton pada januari 1964 hingga 1967 seterusnya La Salle Secondary School, Tg Aru sehingga Disember 1969 dan mengakhiri alam persekolahan di SMK Arshad , Kota Belud pada 31 Januari 1972.

Ayah kepada lima anak perempuan dan seorang lelaki ini sudah mendapat gelaran 'Datuk' daripada tiga orang cucu pada usia setengah abad ini hasil perkongsian hidup dengan puan Habibah Binti Ahmad Seorang suri rumah sepenuh masa.

Dilahirkan di Kota Marudu pada 12 Jun 1954, berketurunan Kadazan/Dusun, kelihatan masih gagah dan kacak lebih-lebih lagi bila memakai songkok hitam dan baju Melayu bersamping songket setiap Jumaat

Selain sibuk dengan tugas harian setiap hari beliau juga meluangkan masa berpersatuan dan terlibat secara langsung sebagai ahli Koperasi Kementerian Pertanian ( KOTANI ),Kelab Sukan dan Rekreasi dan Badan Kebajikan Islam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

Pada masa lapang, beliau meluangkan masa bermain Badminton, Dart, Kerom dan dan baru-baru ini Juara berpasukan Sahiba 2009, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

Peristiwa manis sebagai anggota perkhidmatan awam yang sukar dilupakan dan akan di kenang hingga akhir hayat ialah apabila menerima anugerah Sijil Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am pada tahun 1994 dan dianugerahkan Bintang Setia Kinabalu ( BSK ) oleh TYT Tun Sakaran Bin Dandai pada tahun 2000, serta yang terbaru menerima anugerah Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2008 bersama wang tunai seribu ringgit daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri yang di sampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Sukarti Wakiman pada 28 Febuari lepas.

" InsyaAllah, Saya akan terus menabur bakti kepada negara sebelum bersara pada 12 Jun 2012." katanya mengakhiri perbualan kami sambil berjalan menuju 'punch kad' untuk keluar pejabat kira-kira jam 5.30 petang jumaat lepas

Semasa majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang tersebut, En Yunus Hj Ashmat, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, dalam ucapan beliau berharap kakitangan akan terus membentuk dan membina keperibadian positif seperti jujur, ikhlas, rajin, amanah dan cekap dalam menjalankan tugas harian dan meminta Ketua Bahagian memastikan setiap kakitangan di bawah jagaan masing-masing akan terus berperibadi lebih baik lagi berbanding tahun 2008 supaya kecemerlangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah akan terus meningkat di masa akan datang.

Gambar atas: Encik Harris menerima Sijil Cemerlang drpd SKN

Gambar Tengah: SKN Datuk Hj Sukarti Wakiman, Pengerusi SPAN,Datuk Ismail Ag Besar,En Yunos Ashmat, Setiausaha SPAN

Gambar bawah: Encik Harris diiringi isteri tersayang tidak mengira susah atau senang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan