Selasa, 6 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya di Masjid Menggatal

Sate dan Sup tulang
antara yang dihidangkan..



^ Pengerusi Masjid, Tn Hj Sono ( duduk dua dari kiri ) bergambar bersama tetamu pada majlis tersebut sebagai kenangan

KOTA KINABALU: Sekitar 500 orang ahli masjid dari Banggi, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Kota Belud ,Ranau, Kundasang, Tuaran dan sekitar Kota Kinabalu menghadiri majlis jamuan tengah hari sempena Hari Raya Aidil-Fitri di Masjid Pekan Menggatal sabtu lepas.

Jamuan tersebut dianjurkan oleh ahli masjid Pekan Menggatal, menyediakan enam kaunter makanan, minuman dan buah-buahan, mula di penuhi orang ramai sebaik selepas solat zohor dan berakhir asar . Antara yang dihidangkan,nasi beriani, sup tulang, kelopis, rendang, lemang, sate,rambutan dan air bandung


Ahli Masjid adalah masyarakat Islam yang sentiasa menjadikan masjid dan surau sebagai Pusat Dakwah, Gedung pembelajaran ilmu, Tempat Ibadah dan Pusat Khidmat Masyarakat setempat

Selepas Asar diadakan muzakarah meningkatkan iman dan diteruskan perbincangan tersebut selepas solat Maghrib.

Selepas Isyak Ustaz Mohd Shah Jahan, seorang pendakwah Islam dari New Delhi mengambil tempat untuk memulakan muzakarah meningkatkan kesedaran agama di kalangan wanita Islam.

Antara lain beliau menyeru, setiap lelaki Islam sentiasa memberi peringatan kepada wanita-wanita di bawah jagaan mereka betapa pentingnya mereka memiliki ilmu dan mengamalkan agama Islam yang betul selaras dengan anutan kita yakni mengamalkan ajaran Islam Ahli Sunnah Waljamaah, kerana wanita merupakan orang yang paling rapat dan banyak bergaul dengan keluarga, tentunya memberi kesan secara langsung kepada komuniti keluarga tersebut

Sekiranya wanita dalam sesuatu komuniti seorang yang berilmu dan beriman, insyaallah ahli komuniti tersebut dalam situasi yang baik dan dikehendaki agama, namun sebaliknya jika wanita berkenaan jauh dari amalan agama islam maka dikuatiri keluarga atau komuniti tersebut akan hidup dalam suasana yang jauh dari ajaran dan amalan Islam yang sebenar

Sebab itulah kata beliau; lelaki Islam yang merupakan ketua sesebuah keluarga wajib mempertingkatkan ilmu dan mendidik isteri serta anak-anak sebaik mungkin seperti mana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T dan Muhamad Rasulullah S.A.W.

Selepas muzakarah, majlis pembacaan Hayatussabah bahasa Arab dan diterjemahkan dalam bahasa Melayu oleh Ustaz Al Amin Bin Hj Munib.

Hayatussabah adalah himpunan riwayat kehidupan sahabat-sahabat Nabi S.A.W., riwayat ini jika sentiasa di perdengarkan akan menimbulkan minat dan keinginan kepada yang mendengar untuk meningkatkan amal agama dalam kehidupan mereka seperti mana amalan umat Islam di zaman kegemilangan Islam dahulu

Pengerusi Masjid Pekan Menggatal Tuan Hj Sono, ketika ditemui; mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk menjayakan majlis jamuan tersebut.




“ Diharapkan di masa akan datang kita boleh mengendalikan majlis yang lebih baik lagi dari apa yang sudah kita lakukan pada hari ini” Tambahnya.

Antara yang menghadiri majlis jamuan tengah hari tersebut ialah Datuk Hj Sanin Pandin, mantan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Presiden Perniagaan India Muslim Sabah Datuk Baisul Khan Salman Faris, Prof Madya Hj Wahi, Universiti Teknologi Mara Kota Kinabalu, Dr Mohd Kamal Mohd Shah, Pensyarah Universiti Malaysia Sabah( UMS ),
Timbalan Pengarah Penyiaran Sabah Tn Hj Hashim Jafry, Timbalan Pengarah Jabatan Komputer Sabah, Encik Abdul Wahid Ali, Ketua Penolong Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Encik Mohd Sayuti Hatt Abdullah, dan Tn Hj Hussin Bappo, Cawanagan Khas Polis DiRaja Malaysia Sabah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan