Khamis, 15 Oktober 2009

Mesyuarat Agong BKI SPANS

Ag Ibrahim Pengerusi baru
BKI SPANS

KOTA KINABALU: Encik Ag Ibrahim Ag Latif telah dipilih sebagai Pengerusi Badan Kebajikan Islam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ( SPANS ) yang baru bagi tahun 2009/2011.

Encik Rosli Abas dipilih menduduki Timbalan Pengerusi manakala Encik Ag Zulkernain Ag Hassan sebagai Setiausaha dan Cik Hassa Matjin sebagai Bendahari sementara Cik Rosimah Abdul Rahman, Penolong Setiausaha.

Enam telah dipilih dari 13 orang yang menawarkan diri menduduki Ahli Jawatankuasa BKI SPANS, mereka ialah Encik Amir Hj Ibrahim,Puan Katijah Kassim,Puan Rainah Lajis,Encik Yahya Ramli,Cik Nurulharlijah Othman dan Encik Jumatin Dukani

Demikian diumumkan oleh Tuan Hj Said Bin Hj Usman, mantan pengerusi BKI yang tidak bertanding dalam mesyuarat agong tahun ini

Mesyuarat agong BKI ini telah diadakan di bilik mesyuarat tingkat 3, Wisma Muis Blok B dan dirasmikan oleh Encik Yunos Hj Ashmat, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pagi tadi.

Dalam ucapan perasmian, beliau berharap jawatankuasa yang dipilih akan terus meningkatkan lagi kecemerlangan BKI dimasa depan agar pencapaian BKI akan lebih baik atau sekurang-kurangnya sama seperti yang telah dicapai oleh pengurusan BKI ketika ini

Beliau juga merakakamkan ucapan terima kasih kepada BKI yang telah Berjaya mengadakan aktiviti keagamaan sepanjang tahun khususnya kelas pengajian Al Quran setiap Isnin hingga khamis dan majlis Qurban setiap tahun

Terdahulu, Tuan Hj Said dalam ucapan beliau berharap semoga Allah S.W.T. sentiasa membimbing, melindungi dan memberi kekuatan kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dalam merealisasikan setiap program yang akan dilaksanakan demi kebajikan kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Beliau mengakhiri ucapan dengan membaca firman Allah S.W.T ,mahfumnya : “ Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru ( berdakwah )kepada kebajikan ( mengembangkan Islam ), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah ( buruk dan keji ). Dan mereka yang bersifat demikian itulah orang yang Berjaya.” ( Ali-Imran :104 )

Encik Ag Ibrahim Ag Latif dalam ucapan beliau selepas diisytiharkan sebagai Pengerusi BKI yang baru, memaklumkan bahawa BKI di bawah pimpinanya akan meneruskan program-program yang telah dirancang disamping mengadakan program-program baru sedikit masa lagi
Turut menghadiri mesyuarat agong tersebut ialah Puan Rosnah Kuyung, Ketua Bahagian Kenaikan Pangkat, Puan Hajah Latifah Datuk Abu Bakar Titingan dan Puan Fatimah Materang, Ketua Bahagian Tatatertib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan