Khamis, 22 Oktober 2009

UMUM

BUKANKU PINTA
JADI BEGINI..!

KOTA KINABALU: Sipolan ada girlfriend! Si polan sudah kahwin lagi! Sipolan pencuri! Sipolan menganiaya! Sipolan kejam! Sipolan perasuah! Sipolan pembunuh! dan banyak lagi kata-kata sipolan begitu dan begini.

Cakap-cakap dan gosip seperti ini tidak terlalu asing pada kita kerana kenyataan sedemikian sentiasa dipaparkan secara tersirat atau tersurat dalam banyak penulisan untuk tatapan umum

Kesan daripada tulisan sedemikian sangat merbahaya kepada diri yang empunya gosip, kepada yang di gosip, masyarakat umum juga kepada negara keseluruhanya

Gosip sedemikian boleh mendatangkan dosa kepada pencetus gosip, kemudaratan berpanjangan kepada yang digosipkan dan mewujudkan suasana tidak tenteram kepada masyarakat umum juga boleh menjatuhkan maruah sesebuah negara andainya pembesar negara tersebut yang digosipkan,

Berasas atau tidak dan segaja atau tidak, cetusan sesuatu gosip pastinya akan menimbulkan suasana gelisah, sakit hati, risau, tidak tenteram serta mewujudkan berbagai andaian dan buruk sangka masyarakat terhadap mereka yang kena gosip

Satu contoh betapa bahayanya gosip ialah mengenai seorang wanita yang telah meninggal dunia beberapa bulan lalu, menjadi mangsa gosip yang berpanjangan. Beliau seorang yang punya nama besar dalam bidang dan kerjaya yang diceburinya. Pernah digosip bahawa beliau sebenarnya adalah seorang lelaki . Ada cakap-cakap yang mengatakan beliau telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan. Gosip atau cerita-cerita ini telah berlaku sejak beliau masih hidup lagi dan telah dihebahkan secara meluas apabila beliau telah meninggal dunia

Semasa hayatnya, dia tidak pernah memberi komen, beliau mendiamkan diri mengenai gosip tersebut begitu juga kaum keluarganya namun masyarakat umum terus mendapat maklumat berupa gosip ini sehinggalah dikhabarkan, ibu Allahyarham tampil memaklumkan bahawa beliau ada bukti bertulis daripada mufti berupa fatwa yang membenarkan Allahyarham memilih samada menjadi wanita atau lelaki kerana dia adalah khunsa!

Maknaya Allahyarham tidak menukar jantina sepertimana digosipkan sebelum ini! Allahyarham tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai khunsa! Itu adalah ketentuan Allah S.W.T !

Beliau dengan tabah dan sabar terus mencurahkan bakti kepada bangsanya sekalipun ada antaranya yang tanpa usul periksa telah menyebabkan beliau diaibkan sebelum ini.
Beliau telah meninggalkan untuk tatapan kita beberapa karya yang bermutu mengisahkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum , umpamanya filem pendek kisah burung Murai dan kisah remaja India yang lebih gemar menggunakan nama barat. Karya tersebut benar-benar menyentuh hati setiap yang berkesempatan menontonnya.

Nabi s.a.w. telah ditanya oleh seseorang, “ Apakah itu mengumpat?” Baginda bersabda, “ Bercakap tentang sesuatu yang tidak disukai oleh seseorang di belakangnya.” Penyoal tadi bertanya lagi, “ Bagaimana kalau perkara yang diperkatakan itu sememangnya ada padanya?” Baginda s.a.w. menjawab, “ itulah mengumpat, kalau ia sememangnya tidak ada maka itu adalah fitnah.”

Sekali Nabi s.a.w. telah lalu berdekatan dua buah kubur. Baginda s.a.w. telah bersabda, “ Mereka berdua sedang mengelami azab kubur. Seorang daripadanya kerana menumpat dan seorang lagi kerana tidak berjaga-jaga ketika kencing.”

Mudah-mudahan Allah S.W.T mengampunkan segala dosa kita yang pernah bersikap buruk sangka terhadap sesiapa sahaja baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Semoga Allah S.W.T mecucuri rahmat atas roh Allahyarham yang merupakan seorang insan yang memiliki sifat, minda, dan jasmani lelaki dan wanita sekaligus, telah memilih untuk menjadi wanita

Alfatihah untuk beliau , seorang insan yang memiliki jiwa yang besar dan mulia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan