Sabtu, 5 Disember 2009

Ibadah Korban

Ibadah Korban
tanda kesyukuran


Datuk Ismail dan Datin Adeline memerhati lembu korban mereka sebelum di sembelih( atas)


KOTA KINABALU: Ibadah Korban sangat dituntut bagi setiap keluarga Islam yang mampu melakukanya. Korban adalah haiwan ternakan yang disembelih pada hari selepas solat Aidil Adha dengan niat taqqarub pada Allah. Menurut Imam Malik dan Imam Syafi’i berkorban itu diwajibkan bagi orang-orang kaya. Allah SWT berfirman ( Mahfumnya)


" 1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu ( Wahai Muhammad)kebaikan yang banyak didunia dan akhirat)
2. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata , dan sembelihlah korban
( sebagai bersyukur)
3. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus ( dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). "
( Surah Al Kautsar: 1-3 )

Sekiranya umat Islam yang berkemampuan berkorban setiap tahun, saya percaya ramai umat Islam yang berada dibawah paras miskin akan dapat merasai nikmat makan daging korban


< ( T/Pengerusi BKI, En Rosli turut sama melapah lembu korban)
Pada Hari Raya Aidil Adha kedua, dua ekor lembu dikorbankan oleh Ybhg Datuk Ismail Ag Besar, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bersama sekeluarga serta beberapa orang kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

Majlis ibadah korban tersebut di uruskan oleh Badan Kebajikan Islam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sabah diketuai oleh pengerusinya ,En Ag Ibrahim Ag Latif

Majlis tersebut seperti juga tahun lepas, diadakan di perkarangan kediaman Puan Faridah Hj Abdul Ahmad, pegawai Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah

Pengerusi BKI, Ag Ibrahim menerangkan sesuatu
kpd Datuk Ismail( berdiri dua dari kanan)>

Majlis berkenaan diakhiri dengan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Ismail, pengetua Madrasah Tahfiz Al Quran kg Warisan Inanam.


Turut hadir Ketua bahagian Memangku En Haris Tahir, Ketua bahagian Pelantikan Puan Hjh Latifah dan Ketua bahagian Pengesahan Puan Nurul Hj Osman

Ketika diminta oleh Datuk Ismail Ag Besar untuk saya menguruskan pembahagian daging korban tersebut, saya teringat ketika berada di laut selama seminggu antara kudat dan Sandakan tahun lepas.

Ketika itu saya dapat menikmati keindahan alam semula jadi dengan batu karang dan pelbagai spesis ikan mendiami lautan yang jernih. Kelihatan indah sekali sehingga saya merasakan soronok dan lupa seketika segala masalah kehidupan yang dihadapi. Nikmat sekali melihat banyaknya khazanah Allah yang terdapat di dasar laut.

Melihat keindahan dasar laut memang terserlah ketenangan dan kebahagian hidup masyarakat laut meskipun kehidupan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang


<( Setiausaha BKI, Ag Dzulkernain (duduk t- shirt gelap)berhempas pulas mengurus tulang lembu korban)

Ketika kami berlabuh di sebuah pulau kecil yang tidak berpenghuni ,sebuah bot kecil kira-kira 20 kaki panjang dan 7 kaki lebar serta 4 kaki tinggi menghampiri bot kami. Dalam bot kecil tersebut kelihatan seperti satu keluarga besar terdiri daripada datuk, nenek, anak, menantu dan beberapa orang cucu berumur kira-kira 3 tahun hinga belasan tahun.

Mereka menghampiri kami untuk meminta garam dan gula. Abang saya yang tua merupakan serang ( kapten) bot kami telah memberikan apa yang mereka inginkan tanpa mendapatkan apa-apa bayaran. Hati saya memprotes perlakuan abang tua saya itu kerana gula dan garam yang kami bawa hanya cukup untuk seminggu sahaja, terbayanglah saya akan minum kopi tanpa gula dan makan tanpa garam untuk beberapa hari akan datang

Pn Hjh Latifah, Ketua bhg Pelantikan,(kanan )memerhati lembu korban dari jauh)>


Selepas bot tersebut beredar, saya menghampiri abang tua yang memang menjadi nelayan sejak 40 tahun. Orang Palauuh! katanya ringkas, seakan dapat membaca protes hati saya. Kasian mereka! Kataya lagi tanda simpati. Menurut beliau mereka sentiasa berpindah tempat mengikut musim angin dari Sempurna, Lahad Datu, Sandakan, Kudat dan kadang-kadang kelihatan bot dari kumpulan mereka berada di perairan pantai barat Sabah. Mereka mencari nafkah dengan memacing ikan dan menyelam mencari sesuatu yang berhaga untuk di tukar dengan beras, ubi, gula,kopi, garam dan pakaian dengan nelayan-nelayan yang mereka temui di laut


Peristiwa didatangi pelauuh itu sentiasa menjadi ingatan saya hingga kini. Bila teringatkan mereka saya merasa sangat bertuah dan bersyukur kerana berada dalam kedudukan saya ketika ini. Kadang-kadang terfikir juga bagaimana mereka tidur di bot tersebut yang sempit yang sentiasa dipukul gelombang tanpa ada bilik pemisah antara mereka yang telah berkeluarga dengan anak-anak lelaki dan perempuan yang sudah bujang.



Bagaimana mereka makan dan mencari makanan setiap hari khususnya apabila musim bergelora?


< Yang lain sedang melegakan pinggang..Setiausaha BKI masih tekun melapah daging korban

Pernahkan mereka merasai nikmat makan daging korban disepanjang kehidupan mereka?

Tidak berdaya saya untuk menghantar daging korban kepada mereka! Lagi pun kedudukan mereka pasti sudah berubah mengikut musim angin.


Melihat kehidupan mereka yang sangat daif itu, agaknya sukar sekali mereka dapat membeli belah di pasaraya atau kedai seperti kebiasaan kita. Peluang mereka untuk bergembira, berseronok dan menikmati kehidupan bahagia di daratan memang sukar melainkan ada pihak yang sudi membantu mereka.Pihak berkuasa mungkin perlu mencari kaedah untuk membimbing dan melatih mereka agar sudi dan biasa hidup di daratan.

Bendahari BKI, Cik Hassa senyum dalam keletihan?>

Berdasarkan pengelaman, untuk hidup senang dan mewah di laut adalah satu harapan yang belum pasti dapat diperolehi tetapi kehidupan didaratan sekalipun tidak menjanjikan kesenangan dan kemewahan namun kita boleh duduk tenang tanpa dipukul gelumbang setiap hari.

Sekiranya berlaku apa-apa musibah di laut kepada mereka kita tidak akan mengetahui kerana mereka tidak punya siapa-siapa di daratan dan mereka tidak berpendidikan malah untuk membalas ucapan salam pun mereka tidak tahu menjawab apatah lagi membaca fatihah.

Sangat besar sumbanganya kepada sesiapa yang dapat membantu orang pelauuh keluar daripada kemiskinan yang mereka warisi sejak turun temurun itu


< Cik Nurul dan Cik Rosimah tauke daging korban...Timbang Simah...!Jangan tak timbang

Seandainya umat Islam yang berkemampuan di Sabah ini khususnya dan Malaysia amnya, sentiasa mengadakan ibadah korban setiap tahun saya yakin orang-orang yang sangat miskin seperti mereka pasti suatu ketika dapat merasakan nikmatnya daging korban mereka

Menjelang tengahari ramai yang keletihan..Rosli dan Ag Dzulkernain tetap mantap menyelesaikan kerja..>
Semoga ditahun-tahun mendatang kita berkemampuan mengadakan ibadah korban sekurang-kurangnya seekor kambing setiap tahun di setiap daerah, bandar, kampung dan kepulauan yang banyak berselerak di seluruh Malaysia. Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan