Selasa, 20 April 2010

Surau Al Ikhlas

HADIAH SEORANG AYAH...!



Surau Al Ikhlas Kg Kapungit; Terletak di tepian bukit menghadap Hospital Queen Elizabeth, kira-kira empat ratus meter dari masjid negeri Kota Kinabalu.

Surau yang diperbuat daripada kayu itu boleh menampung kira-kira dua puluh orang solat berjamaah setiap waktu pada satu masa

Istimewanya, menjelang solat maghrib dan isyak surau ini akan dikunjungi oleh beberapa kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur serendah tujuh tahun lengkap dengan pakaian melayu dan baju kurung tanpa diiringi oleh ibu bapa masing-masing

Ibu bapa yang anak mereka sekecil itu sudah berjinak-jinak dengan surau atau masjid bolehlah berbangga bahawa anak mereka ini akan menjadi anak yang soleh dan solehah meskipun itu bukanlah jaminan anak meraka pasti menjadi orang yang baik suatu hari kelak, namun peratusanya adalah tinggi menjadi insan mulia suatu hari nanti


Terdapat dalam hadith bahawa Rasulullah s.a.w menyarankan ibu bapa supaya menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun mendirikan solah dan merotani anak-anak yang berumur sepuluh tahun jika mereka masih tidak mahu mendirikan solah.


Hazrat Abdullah bin Mas’ud ra. Berkata, “ Awasilah solah anak-anak, didiklah mereka dengan budi pekerti dan tingkah laku yang baik.

Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa memeberi peringatan kepada anak-anak lebih baik daripada mensedekahkan satu saa’ ( bersamaan lebih kurang 3 kg ) gandum

Rasulullah s.a.w. juga bersabda, “ Tidak ada sesuatu pemberian hadiah yang lebih baik daripada seorang bapa kepada anaknya melainkan mengajar budi pekerti yang baik kepada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan