Selasa, 1 Jun 2010

Perhimpunan Umat Islam di Beaufort Sabah

Datuk Musa bersama lebih 10 ribu umat Islam di Beaufort


Masjid Bingkul Beaufort , 02 Jun 2010: Lebih 10,000 menghadiri Perhimpunan umat Islam Sabah termasuk Ketua Menteri, Datuk Musa Aman, Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Taufik Datuk Abu Bakar Titingan, Penasihat Sains kepada Ketua Menteri, Datuk Salleh Tun Said, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim dan DSP Mustapha Marof

Perhimpunan yang diadakan setiap dua tahun sekali di Sabah turut dihadiri saudara Islam dari Australia,Indonesia, Brunei, Filifina, Bangladesh, India dan Pakistan

Maulana Qasmi Mohammad Shauket dari India antara lain menasihatkan umat Islam agar sentiasa memantapkan akidah mereka dan menggunakan pelbagai nikmat kurniaan Allah yang mereka miliki untuk berbakti kepada masyarakat khususnya kepada golongan miskin tanpa mengira suku kaum dan agama mereka

Beliau juga menyeru Umat Islam di Malaysia agar terlibat secara langsung dalam menyebarkan keindahan Islam kepada masyarakat dunia kerana umat Islam Malaysia memiliki pakej yang dikehendaki agama untuk disebarkan ke seluruh dunia

Datuk Musa Aman yang datang menaiki Helikopter dalam ucapan beliau merakamkan perasaan gembiranya dan mengalu-alukan kehadiran puluhan ribu umat Islam di perhimpunan tersebut kerana ianya dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara umat Islam di negara ini dengan saudara Islam dari negara lain

“ Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri dan Pusat untuk membantu rakyat tempatan yang miskin tanpa mengira kaum dan agama terutama sekali mereka yang belum memiliki tanah”. Tambah beliau.

Perhimpunan akan berakhir tengahari ini dengan menghantar beberapa jamaah dakwah untuk jangkamasa 4 bulan, 2 bulan dan 40 hari keseluruh daerah di negeri Sabah dan negara luar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan