Daripada Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah bersabda:
“Aku menjamin sebuah rumah di dalam syurga yang paling bawah bagi orang yang
meninggalkan pertengkaran walaupun dia berada dipihak yang benar, dan aku
menjamin sebuah rumah di syurga yang tengah bagi orang yang meninggalkan
penipuan walaupun dia hanya bergurau, dan aku menjamin sebuah rumah di dalam
syurga yang paling tinggi bagi orang yang berakhlak mulia( Riwayat Abu Daud)
Daripada Aisyah r.ha bahawa Rasulullah
bersabda:”Sesungguhnya seorang mukmin dapat mencapai kedudukan orang yang
berpuasa dan bangun malam(dengan bersolat) dengan akhlak yang baik( Riwayat Abu
Daud)
Daripada Jabir ra. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat kedudukannya
disisiku pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya, dan
sesungguhnya orang yang paling aku benci dan jauh kedudukannya daripadaku pada
hari kiamat ialah orang yang berlebih-lebihan serta sombong di dalam
percakapannya(Riwayat at-Tirmizi)
Diriwayatkan oleh Sa’ad ibn Abi Waqqas,Rasulullah
Sallallahu Alaihi wasallam telah bersabda: Sesungguhnya Allah menyukai akhlak
yang mulia dan membenci akhlak yang rendah.
Nabi sallallahu ‘ alaihi wasallam telah bersabda:”
Sesungguhnya aku diutuskan semata-mata untuk menyempurnakan akhlak yang
baik(Riwayat bukhari)
Imam Abdullah ibn Mubarak telah memberi pengertiannya tentang akhlak yang baik kepada kita dengan berkata “ Ia adalah wajah yang manis, membuat kebaikan dan menghalangi kejahatan.”