Khamis, 3 Jun 2010

Perhimpunan Umat Islam Sabah

31 jamaah dakwah
4 bulan dan 40 hari
dihantar ke pelusuk negeri Sabah


MASJID BINGKUL, BEAUFORT (03JUN2010 ): Tiga puluh satu jamaah dakwah berjaya dibentuk pada hari terakhir Perhimpunan Umat Islam disini kelmarin.

Enam jamaah empat bulan telah diputuskan masing-masing untuk negara India, Bangladesh dan beberapa daerah dalam negeri Sabah sementara dua puluh lima lagi jamaah untuk jangka masa empat puluh hari akan dihantar ke seluruh pelusuk negeri Sabah dan Semenanjung

Datuk Musa bersalaman dengan para peserta ^

Demikian dijelaskan oleh Encik Rosoli, salah seorang badan pemikir pengeluaran jamaah dakwah atau lebih popular dengan panggilan ahli jamaah taskel dari Kota Kinabalu.

Diakhir perhimpunan tersebut beberapa orang ketika ditemui semua melahirkan rasa gembira dan syukur dapat menghadiri perhimpunan tersebut kerana sepanjang tiga hari di sana mereka mendapat suntikan semangat baru untuk terus beramal agar kekal menjadi insan yang beriman dan bertakwa

Menurut encik Abdul Gajer, seorang jurutera awam, nasihat –nasihat yang diterima sepanjang perhimpunan daripada ulama-ulama Malaysia dan luar negara memang benar-benar dapat memujuk jiwa untuk terus sentiasa taat kepada Allah s.w.t.

Encik Iskaharuddin Ahmad pula menjelaskan bahawa nasihat Maulana Qasmi Mohammad Shauket dari India yang turut didengari oleh Ketua Menteri Datuk Musa Aman, memang memberi kesan yang sangat mendalam kepada mereka yang mendengarnya.

“ Nasihat Maulana memang padat dan memuaskan semua orang yang hadir ”. Tambahnya

Encik Mohd Zaid Said, seorang pelajar yang baru menerima tawaran Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politiknik Kota kinabalu, menjelaskan kehadiran Ketua Menteri, di perhimpunan tersebut pastinya telah berjaya menyuntik semangat juang para jamaah dakwah untuk terus cekal dan tabah meneruskan dakwah mereka di seluruh negeri Sabah

“ Kahadiran Ketua Menteri sudah pasti akan menyemarakkan lagi semangat kasih sayang dikalangan umat Islam Sabah khususnya” Jelas beliau lagi.

Perhimpunan tersebut berakhir sebelum zhohor dengan doa keselamatan dan kesejahteraan seluruh umat Islam dan selepas solat zhohor,hadirin berpeluang pula untuk solat jenazah seorang wanita yang dibawa ke tapak perhimpunan untuk disolatkan. Jenazah tersebut adalah ibu kepada salah seorang peserta yang menghadiri perhimpunan tersebut

<>


Selepas makan tengahari, tiga puluh satu jamaah dakwah yang telah dibentuk mula meninggalkan tapak perhimpunan bertolak ke kawasan yang telah ditentukan untuk mereka melaksanakan dakwah seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w yang dituntut keatas setiap umat Islam.

Sementara itu dari sumber Brunei Darussalam, satu rundingan sedang berjalan dengan rakan Islam di Beaufort untuk mendapatkan kebenaran menggunakan tapak perhimpunan yang telah dikosongkan kelmarin untuk digunakan oleh rakan-rakan dari Brunei kerana permit untuk mengadakan perhimpunan di kawasan perindusterian di Brunei telah tidak diluluskan oleh kementerian dalam negeri mereka.

Sekiranya persetujuan diperolehi dari Bingkul Beaufort, perhimpunan umat Islam Brunei akan diadakan di Bingkul bermula lepas subuh sabtu hingga asar ahad ini.

Dianggarkan sekitar 1000 umat Islam Brunei akan menghadiri majlis tersebut yang akan dikendalikan oleh Maulana Qasmi Mohammad Shauket.







1 ulasan:

  1. salam,

    jika tuan ada/record bayan maghrib maulana shaukat & bayan hidayat/doa, tuan upload. Jazakallahu khairan.

    BalasPadam