Rabu, 14 September 2011

JAPIAL EWON MEMELUK ISLAM

KOTA KINABALU(12 Sept 2011): En Japial Bin Ewon, 51 tahun (Bersongkok) telah memeluk agama islam, Isnin lepas dihadapan tuan ustaz Kelana Lias( Kiri ), Pegawai Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah(JHEAINS), disaksikan oleh Encik Sham Hari Dahlan, di tingkat 9 Blok A, Wisma Muis

Menurut beliau, Islam tidak asing padanya kerana nenek dan anak buahnya beragama Islam. Beliau memang berhasrat memeluk Islam sebelum Ramadan lagi agar dapat berpuasa dan Berhari Raya sebagai orang Islam namun hasrat tersebut baru kini tercapai atas bantuan beberapa kawan rapat

Beliau yang berkhidmat di Sabah Electricity Sdn. Bhd,

Tanjung Aru Kota Kinabalu, menggunakan nama islam sebagai Nazri Ewon Abdullah, dengan lancar menjawab salam ketika dihubungi melalui telefon pagi tadi. Kini beliau mula belajar mendalami agama Islam

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah..Allah buka hati dia.. tuan dok sabah ke? jemput ke blog sy utk bce laporan 40H kat ranau

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Bertambah seorang lagi umat Islam ke dlm 1.57B yg ada skrg ini. Semoga menjadi manusia yg bertaqwa.

    BalasPadam