Rabu, 28 Oktober 2009

Anugerah

Ucapan
Setinggi-tinggi Tahniah


Kota Kinabalu: Puan Rainah Lajis telah menerima anugerah Bintang Setia Kinabalu (BSK) sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah yang ke-63 minggu lepas,

Beliau yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kanan, berkhidmat di Bahagian Pengambilan dan Pelantikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di Wisma Muis di sini adalah antara dua pegawai SPAN yang menerima pingat pada tahun ini.
( ^ Encik Yunos Ashmat )
( Puan Rainah Lajis >)

Pada bulan Jun yang lepas, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Encik Yunos Hj Ashmat telah menerima pengurniaan Bintang Kesatria Mangku Negara ( K.M.N. ) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XIII

Khamis, 22 Oktober 2009

UMUM

BUKANKU PINTA
JADI BEGINI..!

KOTA KINABALU: Sipolan ada girlfriend! Si polan sudah kahwin lagi! Sipolan pencuri! Sipolan menganiaya! Sipolan kejam! Sipolan perasuah! Sipolan pembunuh! dan banyak lagi kata-kata sipolan begitu dan begini.

Cakap-cakap dan gosip seperti ini tidak terlalu asing pada kita kerana kenyataan sedemikian sentiasa dipaparkan secara tersirat atau tersurat dalam banyak penulisan untuk tatapan umum

Kesan daripada tulisan sedemikian sangat merbahaya kepada diri yang empunya gosip, kepada yang di gosip, masyarakat umum juga kepada negara keseluruhanya

Gosip sedemikian boleh mendatangkan dosa kepada pencetus gosip, kemudaratan berpanjangan kepada yang digosipkan dan mewujudkan suasana tidak tenteram kepada masyarakat umum juga boleh menjatuhkan maruah sesebuah negara andainya pembesar negara tersebut yang digosipkan,

Berasas atau tidak dan segaja atau tidak, cetusan sesuatu gosip pastinya akan menimbulkan suasana gelisah, sakit hati, risau, tidak tenteram serta mewujudkan berbagai andaian dan buruk sangka masyarakat terhadap mereka yang kena gosip

Satu contoh betapa bahayanya gosip ialah mengenai seorang wanita yang telah meninggal dunia beberapa bulan lalu, menjadi mangsa gosip yang berpanjangan. Beliau seorang yang punya nama besar dalam bidang dan kerjaya yang diceburinya. Pernah digosip bahawa beliau sebenarnya adalah seorang lelaki . Ada cakap-cakap yang mengatakan beliau telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan. Gosip atau cerita-cerita ini telah berlaku sejak beliau masih hidup lagi dan telah dihebahkan secara meluas apabila beliau telah meninggal dunia

Semasa hayatnya, dia tidak pernah memberi komen, beliau mendiamkan diri mengenai gosip tersebut begitu juga kaum keluarganya namun masyarakat umum terus mendapat maklumat berupa gosip ini sehinggalah dikhabarkan, ibu Allahyarham tampil memaklumkan bahawa beliau ada bukti bertulis daripada mufti berupa fatwa yang membenarkan Allahyarham memilih samada menjadi wanita atau lelaki kerana dia adalah khunsa!

Maknaya Allahyarham tidak menukar jantina sepertimana digosipkan sebelum ini! Allahyarham tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai khunsa! Itu adalah ketentuan Allah S.W.T !

Beliau dengan tabah dan sabar terus mencurahkan bakti kepada bangsanya sekalipun ada antaranya yang tanpa usul periksa telah menyebabkan beliau diaibkan sebelum ini.
Beliau telah meninggalkan untuk tatapan kita beberapa karya yang bermutu mengisahkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum , umpamanya filem pendek kisah burung Murai dan kisah remaja India yang lebih gemar menggunakan nama barat. Karya tersebut benar-benar menyentuh hati setiap yang berkesempatan menontonnya.

Nabi s.a.w. telah ditanya oleh seseorang, “ Apakah itu mengumpat?” Baginda bersabda, “ Bercakap tentang sesuatu yang tidak disukai oleh seseorang di belakangnya.” Penyoal tadi bertanya lagi, “ Bagaimana kalau perkara yang diperkatakan itu sememangnya ada padanya?” Baginda s.a.w. menjawab, “ itulah mengumpat, kalau ia sememangnya tidak ada maka itu adalah fitnah.”

Sekali Nabi s.a.w. telah lalu berdekatan dua buah kubur. Baginda s.a.w. telah bersabda, “ Mereka berdua sedang mengelami azab kubur. Seorang daripadanya kerana menumpat dan seorang lagi kerana tidak berjaga-jaga ketika kencing.”

Mudah-mudahan Allah S.W.T mengampunkan segala dosa kita yang pernah bersikap buruk sangka terhadap sesiapa sahaja baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Semoga Allah S.W.T mecucuri rahmat atas roh Allahyarham yang merupakan seorang insan yang memiliki sifat, minda, dan jasmani lelaki dan wanita sekaligus, telah memilih untuk menjadi wanita

Alfatihah untuk beliau , seorang insan yang memiliki jiwa yang besar dan mulia

Khamis, 15 Oktober 2009

Mesyuarat Agong BKI SPANS

Ag Ibrahim Pengerusi baru
BKI SPANS

KOTA KINABALU: Encik Ag Ibrahim Ag Latif telah dipilih sebagai Pengerusi Badan Kebajikan Islam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ( SPANS ) yang baru bagi tahun 2009/2011.

Encik Rosli Abas dipilih menduduki Timbalan Pengerusi manakala Encik Ag Zulkernain Ag Hassan sebagai Setiausaha dan Cik Hassa Matjin sebagai Bendahari sementara Cik Rosimah Abdul Rahman, Penolong Setiausaha.

Enam telah dipilih dari 13 orang yang menawarkan diri menduduki Ahli Jawatankuasa BKI SPANS, mereka ialah Encik Amir Hj Ibrahim,Puan Katijah Kassim,Puan Rainah Lajis,Encik Yahya Ramli,Cik Nurulharlijah Othman dan Encik Jumatin Dukani

Demikian diumumkan oleh Tuan Hj Said Bin Hj Usman, mantan pengerusi BKI yang tidak bertanding dalam mesyuarat agong tahun ini

Mesyuarat agong BKI ini telah diadakan di bilik mesyuarat tingkat 3, Wisma Muis Blok B dan dirasmikan oleh Encik Yunos Hj Ashmat, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pagi tadi.

Dalam ucapan perasmian, beliau berharap jawatankuasa yang dipilih akan terus meningkatkan lagi kecemerlangan BKI dimasa depan agar pencapaian BKI akan lebih baik atau sekurang-kurangnya sama seperti yang telah dicapai oleh pengurusan BKI ketika ini

Beliau juga merakakamkan ucapan terima kasih kepada BKI yang telah Berjaya mengadakan aktiviti keagamaan sepanjang tahun khususnya kelas pengajian Al Quran setiap Isnin hingga khamis dan majlis Qurban setiap tahun

Terdahulu, Tuan Hj Said dalam ucapan beliau berharap semoga Allah S.W.T. sentiasa membimbing, melindungi dan memberi kekuatan kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dalam merealisasikan setiap program yang akan dilaksanakan demi kebajikan kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Beliau mengakhiri ucapan dengan membaca firman Allah S.W.T ,mahfumnya : “ Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru ( berdakwah )kepada kebajikan ( mengembangkan Islam ), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah ( buruk dan keji ). Dan mereka yang bersifat demikian itulah orang yang Berjaya.” ( Ali-Imran :104 )

Encik Ag Ibrahim Ag Latif dalam ucapan beliau selepas diisytiharkan sebagai Pengerusi BKI yang baru, memaklumkan bahawa BKI di bawah pimpinanya akan meneruskan program-program yang telah dirancang disamping mengadakan program-program baru sedikit masa lagi
Turut menghadiri mesyuarat agong tersebut ialah Puan Rosnah Kuyung, Ketua Bahagian Kenaikan Pangkat, Puan Hajah Latifah Datuk Abu Bakar Titingan dan Puan Fatimah Materang, Ketua Bahagian Tatatertib.

Khamis, 8 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya SPANS

Terserlah
slogan 1Malaysia
Encik Yunos Hj Ashmat, Setiausaha SPANS^

KOTA KINABALU: Majlis Jamuan Hari Raya Aidil- Fitri Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ( SPANS ) yang diadakan setiap tahun di sini bagai menepati slogan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Majlis yang disambut oleh semua kakitangan tidak mengira kedudukan, sukubangsa dan anutan agama ini berjaya mengiratkan lagi hubungan persaudaraan sesama kakitangan SPANS




Datuk Claudius Roman ( dua dari kanan)>

Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Encik Yunos Hj Ashmat semasa memberi ucapan di majlis jamuan hari raya SPANS disini pagi tadi.

“ Sempena Hari Raya Aidil- Fitri ini saya memohon maaf kepada semua kakitangan atas segala kekasaran dan tingkahlaku saya sekiranya ada yang tidak menyenangkan tuan-tuan dan puan-puan”, Tambah beliau

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa Kelab SPANS yang telah berjaya menganjurkan majlis tersebut


Encik Ag Ibrahim,tiga dari kiri (belakang)



Sementara itu dalam ucapan mengalu-alukan kedatangan kakitangan dan ahli lembaga, saya sebagai Pemangku Presiden Kelab SPANS, merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Yunos Hj Ashmat selaku ketua jabatan yang banyak memberi sokongan dan dorongan sehingga Kelab dapat melaksanakan aktiviti dengan jayanya

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengumumkan tidak akan bertanding sebarang jawatan dalam mesyuarat agong Kelab yang akan diadakan pada 12 November depan, juga tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi Badan Kebajikan Islam dalam mesyuarat agongnya yang akan diadakan pada 15 Oktober ini






Datuk Claudis Roman mengagih-agihkan pinggan kepada Ahli SPANS,sambil diperhati oleh Datuk Mohamad Jafry

Saya menjelaskan bahawa mengurus satu-satu persatuan umpama lari berganti-ganti. Pada awal larian nampak hebat namun lama-kelaman akan menjadi lemah, saya sudah penat dan tidak dapat lagi memberi komitmen kepada BKI dan Kelab SPAN selepas ini

Saya berharap kakitangan SPANS dapat memilih kepimpinan baru supaya Kelab akan lebih baik lagi selepas ini

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan atas sokongan dan kerjasama mereka sepanjang saya memangku Presiden Kelab sejak tahun 2007 dan berharap sokongan sedemikian akan terus diberikan kepada kepimpinan baru Kelab nanti.

Sebelum menikmati hidangan yang tersedia Encik Ag Ibrahim Ag Latif mengetuai sekumpulan tiga belas kakitangan pelbagai peringkat bergabung menyanyikan tiga buah lagu hari raya bagi memeriahkan lagi majlis tersebut



Puan Justina bertambah anggun selepas Ramadan ( empat dari kanan ) >

Antara yang menghadiri majlis jamuan hari raya ini ialah Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Claudius Roman, Datuk Peter Athanasius, Datuk Ir. David Chiu Siong Seng, Datuk Philip Chiu Nam Kiong, Datuk Udin Bin Dullah dan Datuk Mohammad Jafry

Pengerusi SPANS Ybhg Datuk Ismail Ag Besar tidak dapat hadir di majlis tersebut kerana kurang sehat





Selasa, 6 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya di Masjid Menggatal

Sate dan Sup tulang
antara yang dihidangkan..



^ Pengerusi Masjid, Tn Hj Sono ( duduk dua dari kiri ) bergambar bersama tetamu pada majlis tersebut sebagai kenangan

KOTA KINABALU: Sekitar 500 orang ahli masjid dari Banggi, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Kota Belud ,Ranau, Kundasang, Tuaran dan sekitar Kota Kinabalu menghadiri majlis jamuan tengah hari sempena Hari Raya Aidil-Fitri di Masjid Pekan Menggatal sabtu lepas.

Jamuan tersebut dianjurkan oleh ahli masjid Pekan Menggatal, menyediakan enam kaunter makanan, minuman dan buah-buahan, mula di penuhi orang ramai sebaik selepas solat zohor dan berakhir asar . Antara yang dihidangkan,nasi beriani, sup tulang, kelopis, rendang, lemang, sate,rambutan dan air bandung


Ahli Masjid adalah masyarakat Islam yang sentiasa menjadikan masjid dan surau sebagai Pusat Dakwah, Gedung pembelajaran ilmu, Tempat Ibadah dan Pusat Khidmat Masyarakat setempat

Selepas Asar diadakan muzakarah meningkatkan iman dan diteruskan perbincangan tersebut selepas solat Maghrib.

Selepas Isyak Ustaz Mohd Shah Jahan, seorang pendakwah Islam dari New Delhi mengambil tempat untuk memulakan muzakarah meningkatkan kesedaran agama di kalangan wanita Islam.

Antara lain beliau menyeru, setiap lelaki Islam sentiasa memberi peringatan kepada wanita-wanita di bawah jagaan mereka betapa pentingnya mereka memiliki ilmu dan mengamalkan agama Islam yang betul selaras dengan anutan kita yakni mengamalkan ajaran Islam Ahli Sunnah Waljamaah, kerana wanita merupakan orang yang paling rapat dan banyak bergaul dengan keluarga, tentunya memberi kesan secara langsung kepada komuniti keluarga tersebut

Sekiranya wanita dalam sesuatu komuniti seorang yang berilmu dan beriman, insyaallah ahli komuniti tersebut dalam situasi yang baik dan dikehendaki agama, namun sebaliknya jika wanita berkenaan jauh dari amalan agama islam maka dikuatiri keluarga atau komuniti tersebut akan hidup dalam suasana yang jauh dari ajaran dan amalan Islam yang sebenar

Sebab itulah kata beliau; lelaki Islam yang merupakan ketua sesebuah keluarga wajib mempertingkatkan ilmu dan mendidik isteri serta anak-anak sebaik mungkin seperti mana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T dan Muhamad Rasulullah S.A.W.

Selepas muzakarah, majlis pembacaan Hayatussabah bahasa Arab dan diterjemahkan dalam bahasa Melayu oleh Ustaz Al Amin Bin Hj Munib.

Hayatussabah adalah himpunan riwayat kehidupan sahabat-sahabat Nabi S.A.W., riwayat ini jika sentiasa di perdengarkan akan menimbulkan minat dan keinginan kepada yang mendengar untuk meningkatkan amal agama dalam kehidupan mereka seperti mana amalan umat Islam di zaman kegemilangan Islam dahulu

Pengerusi Masjid Pekan Menggatal Tuan Hj Sono, ketika ditemui; mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk menjayakan majlis jamuan tersebut.




“ Diharapkan di masa akan datang kita boleh mengendalikan majlis yang lebih baik lagi dari apa yang sudah kita lakukan pada hari ini” Tambahnya.

Antara yang menghadiri majlis jamuan tengah hari tersebut ialah Datuk Hj Sanin Pandin, mantan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Presiden Perniagaan India Muslim Sabah Datuk Baisul Khan Salman Faris, Prof Madya Hj Wahi, Universiti Teknologi Mara Kota Kinabalu, Dr Mohd Kamal Mohd Shah, Pensyarah Universiti Malaysia Sabah( UMS ),
Timbalan Pengarah Penyiaran Sabah Tn Hj Hashim Jafry, Timbalan Pengarah Jabatan Komputer Sabah, Encik Abdul Wahid Ali, Ketua Penolong Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Encik Mohd Sayuti Hatt Abdullah, dan Tn Hj Hussin Bappo, Cawanagan Khas Polis DiRaja Malaysia Sabah



Ahad, 4 Oktober 2009

Baja Mygrow Fertilizer

Baja Mygrow Fertilizer
100% milik bumiputera,
ringkas dan jimat


SANDAKAN: Mygrow Agriculture Enterprise, sebuah syarikat 100% milik Bumiputra muncul sebagai syarikat alternatif baru kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh Malaysia khususnya Sabah dalam penyediaan baja pilihan yang mudah dan ringkas digunakan.


Baja Mygrow Fertilizer buatan Malaysia ini adalah satu rumusan yang lengkap dan seimbang mengandungi unsur-unsur makro (N,P,K ) dan mikro (Mg, Cu, Fe,Mn,B,Mo dll )

Sesuai untuk tanaman kekal ( seperti kelapa sawit , pokok getah, dan buah-buahan ), tanaman jangka pendek seperti Padi, sayur-sayuran ), dan tanaman kontan (seperti tebu, jagung, ).

Mudah menyerap pada akar, ringkas dan menjimatkan kos serta telah diuji berkesan oleh pakar pertanian.

Mygrow Fertilizer dicipta khas dalam setiap beg seberat 2.5kg, mencukupi untuk pembajaan satu ekar kelapa sawit untuk jangka masa tiga bulan. Cara penggunaan Mygrow Fertilizer ini ada tercatat dalam setiap beg baja tersebut.

Pekebun-pekebun kecil atau sesiapa yang yang berminat untuk membeli baja baru ini terus dari syarikat dengan tawaran harga hanya RM90.00 setiap beg, hubungi terus pemilik, pengurus atau agen-agen syarikat.

Syarikat Mygrow Agriculture Entrprise, juga mempelawa sesiapa yang berminat menjadi agen atau stokis di daerah masing-masing dengan perolehan keuntungan yang baik. Hubungi terus:

Tuan Haji Said Bin Hj USman ,
Pemilik Mygrow Agriculture Enterprise

Lot 107, Lorong 4, Hillside, Taman Khong Lok
90000 Sandakan, Sabah, Malaysia,
Tel: 014 371 4324, 019 860 4324

No 80,Jalan Selangor,Tg Aru,88100 Kota Kinabalu,SabahMalaysia
Tel: 014 371 4324, 019 860 4324

Pengurus,
Mygrow Agriculture Enterprise
Tuan Haji Mohd Suhaimi

BATU PAHAT, JOHOR, Tel: 0137778037

AGEN JUALAN:

SANDAKAN- Encik Amid Dul: 0148742707,Encik Mapindo @ Zubair Mohammad 0198421541,Tuan Imam Saudi Osman: 019583377 PITAS-Encik Sharif Ali: 018 208 9308,013 676 0210 BANGGI-Tuan Ustaz Ismail: 012 821 6330

Khamis, 1 Oktober 2009

Mesyuarat Agong BKI & Kelab SPANS


Dijangka Persaigan sengit
isi pelbagai jawatan

KOTA KINABALU: Mesyuarat Agong Badan Kebajikan Islam ( BKI ) dan Kelab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ( Kelab SPANS ) akan diadakan pada 15 Oktober dan 12 November 2009

Borang pencalonan untuk mengisi pelbagai jawatan kedua-dua organisasi tersebut akan diedarkan awal minggu hadapan, dijangka pertandingan sengit untuk semua jawatan akan berlaku kerana ramai pemegang jawatan kedua –dua organisasi ini khususnya Pengerusi BKI yang juga Pemangku Presiden Kelab SPANS tidak akan bertanding untuk memberi laluan kepada kakitangan lain mengisi jawatan tersebut

Encik Jumatin Dukani, Setiausaha BKI yang juga Penolong Setiausaha Kehormat Kelab SPAN berkata demikian selepas mesyuarat serentak BKI dan Kelab SPAN sebentar tadi di bilik Mesyuarat SPAN tingkat 3 Wisma Muis disini.

Badan Kebajikan Islam dianggotai oleh pegawai-pegawai Muslim manakala Kelab SPANS oleh semua pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah