Rabu, 24 Mac 2010

Lawatan

Jangan lupa jasa orang tua
- Yunos Ashmat

Gambar: Datuk Ismail Ag Besar( Tengah),puan Sharifah Nurafizah ( Kanan) dan En Yunos Ashmat ( Kiri )

KOTA KINABALU: Seramai 16 pelajar Diploma Pengurusan Ladang UITM Sabah bersama pensyarah, Puan Sharifah Nurafizah Syed Annuar mengadakan lawatan akademik ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri ( SPAN ) di tingkat 3, Wisma MUIS pagi tadi di sini.


Lawatan tersebut sebagai memenuhi keperluan Kursus Human Resources Management pelajar berkenaan

Taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha SPAN menerangkan mengenai Peranan dan Fungsi Suruhanjaya terutamanya dalam bidang pengurusan sumber manusia selama lebih sejam dan diakhiri dengan sesi soaljawab


Semasa sesi soaljawab, beliau menasihatkan pelajar agar tidak hanya berharap semata-mata untuk berkhidmat sebagai anggota perkhidmatan awam sahaja, mereka harus berani menceburi perkhidmatan dalam pelbagai bidang seperti agensi swasta dan bidang perniagaan kerana jawatan dalam perkhidmatan awam terhad

'Bekerja sebagai anggota perkhidmatan awam cukup-cukup makan sahaja tetapi glamourlah’, kata beliau disambut dengan ketawa yang hadir

Beliau juga menarik perhatian pelajar agar tidak melupakan jasa orang tua mereka apabila sudah dikemuncak kejayaan kelak

“ Seorang ayah menjaga kebajikan setiap anak mereka sejak kecil hingga dewasa sekalipun mereka mempunyai anak yang ramai, tak kan kita tidak boleh menjaga kebajikan hanya seorang ayah “. Katanya lagi yang terserlah sifat kebapaan beliau.

Sebelum sesi taklimat, Puan Sharifah Nurafizah Syed Annuar telah diringi oleh Setiausaha SPAN mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi SPAN, Datuk Ismail Ag Besar di tingkat 4,

Puan Sharifah Nurafizah, merakamkan terima kasih kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang sudi menerima lawatan rombongan 15 pelajarnya

Beliau yakin pelajar telah mendapat banyak manfaat daripada taklimat Setiausaha SPAN mengenai fungsi dan peranan khususnya dalam bidang pengurusan sumber manusia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Turut hadir dimajlis tersebut ialah Pn Rusnah Kuyung, Penolong Setiausaha( Kenaikan Pangkat ), Puan Fatimah Materang, Penolong Setiausaha ( Tatatertib),


Puan Hjh Latifah Datuk Ab Titingan, Penolong Setiausaha ( Pembambilan dan Pelantikan ), Cik Nurul Harlijah Hj Osman, Penolong Setiausaha ( Pengesahan Jawatan ), Encik Ag Ibrahim Ag Latif, Penolong Setiausaha ( Pentadbiran dan Kewangan ), Encik Harris Ag Tahir, Penolong Setiausaha ( Pemangkuan ) dan Encik Ag Dzukernain Ag Hassan, Penolong Setiausaha ( Kualiti )


1 ulasan:

  1. salam satu malaysia..

    saya salah seorang pelajar yang turut serta dalam lawatan tersebut dan saya mewakili pensyarah saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana layanan yg sangat baik dlm lawatan tersebut.. harap-harapnya lawatan yg akan datang akan sentiasa di alu-alukan lagi..

    BalasPadam